UPM - Mitsubishi Tree Planting Ceremony | Bally.Da.Shoe

Sunday, October 17, 2010

UPM - Mitsubishi Tree Planting Ceremony

Bila bumi semakin gersang dan tandus... suhu melambung2...masih ada yang prihatin... masih ada yang mahu menjaga...masih ada yang begitu.


Tree planting ceremony diadakan di UPM oleh syarikat Mitsubishi dari Japan. Dalam majlis ini, seramai 600 orang peserta telah terlibat bagi aktiviti menanam 6,000 batang anak pokok Dipterocarpaceae yang terdiri dari 3 species. Peserta2 yang terlibat adalah dari syarikat Mitsubishi dari Kuala Lumpur dan Japan, Pelajar2 dari SMK Seri Indah, SMK Seri Kembangan, SMK Seri Putri, SMK Simpang 3, SMK Dengkil, Pegawai2 kanan dari UPM, pelajar2 sains tanah Fakulti Perhutanan, dan pelajar2 UPM.

Aktiviti seumpama ini membuktikan masih ada masyarakat kita pada hari ini yang masih mengambil berat Alam Sekitar. Biarpun mereka dari Syarikat2 yang besar...biar mereka dari golongan belasan tahun hingga ke 80an, biar juga mereka dari kejauhan... mereka hadir dan sahut cabaran dalam mempertahankan bumi hijau kita pada hari ini. Diharap aktiviti ini dapat menyuntik elemen cintakan alam semulajadi di dalam diri setiap individu yang hadir khususnya generasi2 pelapis yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Jangan biarkan apa yang kita lakukan hari ini menjadi suatu yang sia2...
p/s: biarpun lelah, namun hati puas...moga jasa jadi kenangan

+biarjasajadikenangan+

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...