Bally.Da.Shoe: May 2011

Sunday, May 29, 2011

P. Ramlee... hilangmu tiada ganti

Dimana kan ku cari ganti...serupa dengannya....






Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, PSM, AMN, DA(P) (Sarawak) (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Che Mah Hussein.


Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola. Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Bakat beliau dalam bidang seni ini mula diasah sejak zaman sekolah lagi. Bermula dengan cerita 'Chinta' Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.


Selain itu beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)). Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee. Nama beliau turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee di tengah Bandaraya Kuala Lumpur (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982 . Tedapat juga jalan yang dinamakan Jalan P.Ramlee di Kuching.




Begitu banyak jasa dan bakti beliau kepada negara dalam bidang seni. Antara pencapaian dan anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh beliau:


1956

Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong

"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee


1957

Festival Filem Antarabangsa Berlin

Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah


Festival Filem Asia ke-4 Tokyo

"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee


1959

Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur

"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok


1962

Festival Filem Asia ke-9 Tokyo

Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok

Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail

"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.


1963

Festival Filem Asia ke-10 Tokyo

"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee


1964

Festival Filem Asia ke-11 Taipei

"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga


1965

Festival Filem Dunia Paris

"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku



Hilangnya P. Ramlee beerti hilanglah satu lagi kilauan bintang dalam industri seni tanah Air. Sempena Ulangtahun pemergian beliau, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah.. Semoga rohnya sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.


+biarjasajadikenangan+

Tuesday, May 24, 2011

Mamat Mat Salleh yang benci Lynas dan sayang Malaysia

Kemaren isu alam sekitar...hari ini isu Alam Sekitar...esok2 pun isu yang sama. Balek2 isu Alam Sekitar. Pagi tadi aku jalan2 dkt youtube... tiba2 aku terusya satu video mamat prihatin dr Australia. Dia cerita pasal isu Lynas ni la... ishk2... Aku tak tahu lah apa sebab benda ini diluluskan... tapi jom kita dengar apa sebab kita patut tentang kilang 'Nadir Bumi' atau 'Rare Earth' di Gebeng, Kuantan.






Kos infrastruktur Lynas di Gebeng, Kuantan dianggarkan sekitar RM700 juta dan ianya 100% milik Lynas Australia.Projek ni dijadual siap bulan September ini dan ianya sudah 95% siap.



Apa faedahnya untuk kita... tolong cari sat...dah jumpa habaq mai sat...cek pun nak tau... adeyhh...



p/s: Kesihatan dan Wang ringgit... nak pilih yang mana taktau...



+bilajasajadikenangan+

Tuesday, May 17, 2011

Spesies Harimau di Dunia

mode: cuci2 sawang sat....



*credit buat pakcik google*



Bila nak pilih nama pasukan, sebolehnya kita nak yang segagah harimau. Jika lihat pada jata negara, diapit kiri dan kanan tanda kemegahan. Bila masuk hutan perkara yang kita paling takuti... harimau. Syaitan pun menyerupai harimau untuk menimbulkan ketakutan pada manusia. Tapi sedarkah kita hari ini berapa kerat saja yang masih tinggal. Jenis apa... dimana... Harimau sekarang sudah diambang kepupusan.

Harimau atau nama saintifiknya Panthera tigris merupakan spesies terbesar dalam keluarga kucing. Mesti dah tahu kan.. ^^, Antara spesies lain dalam kumpulan ini adalah Harimau Kumbang (Panthera pardus). Di Malaysia terdapat 1 subspesies iaitu Harimau Malaya (Panthera tigris jacsonii). Ini merupakan kemegahan yang masih ada... tapi dah dikategorikan sebagai spesies terancam.

Setakat ini sudah 3 subspesies harimau yang sudah pupus. 2 subspesies adalah dari Indonesia dan 1 daripada Asia tengah. Faktor2 yang menyebabkan kematian adalah daripada aktiviti pemburuan dan kehilangan habitat semulajadi. Kalau korang nak tengok spesies lain yang masih wujud. Kat bawah ni aku letak senarai.

Spesies Harimau di Dunia

Masih wujud:


Harimau Siberia (Panthera tigris altaica)
Tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.

Harimau Cina Selatan (Panthera tigris amoyensis)
Tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat Republik Rakyat China.

Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti)
Terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, Republik Rakyat China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

Harimau Benggala (Panthera tigris tigris)
Terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, Republik Rakyat China, India, dan Nepal.

Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) Hanya tinggal di kepulauan Sumatera.

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksonii)
Terdapat di kawasan Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.

Pupus:

Harimau Bali
(Panthera tigris balica)
Pupus sekitar tahun 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia. Spesies Harimau terkecil diantara ketiga Subspesies yang wujud di Indonesia.

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica)
Pupus sekitar tahun 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.

Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata)
Pupus sekitar 1950-an. Harimau Kaspia ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afghanistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Rusia.

So, kita kenala jaga spesies exotic yang dah semakin pupus ni. Kalau kita tak pelihara dengan baik, esok2 nanti anak cucu kita mesti ingat harimau ni just wujud zaman dinasor.... kesian kan... ^^,

p/s: jangan la sampai bawa balek bela kt rumah... haru satgi..


+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...