Bally.Da.Shoe: July 2011

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Ya Ramadhan


Semoga dengan kedatangan bulan yang penuh barakah ini... kita dapat sama2 meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan menyucikan diri kita dari dosa2 lampau... Bulan ini juga diharap dapat mengingatkan kita dengan saudara2 kita yang serba kekurangan...

Dan.....dan.... hahhh semput!!!!

(^^,)y Selamat menjalani ibadat kawan2

+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 30, 2011

Jalur-jalur Jerami



Jalur demi jalur jerami diangkut...dipungut dengan sabar dari segenap pelosok desa... Gigih Sang Tempua menyulam rapi jaluran jerami... menjadi khazanah alam indah... Siap sudah satu mahligai.. khas buat pemilik hati.

Aku berbaring sejenah dibawah pondok... melemparkan pandangan keselaut hamparan alam. Angin yang lembut membelai bertukar garang... galak dek awan hitam yang mengiringi rahmat ilahi. Di langit mula terlihat sesak... oleh burung2 yang menjunam kesarang mencari teduh. Titis2 rahmat mula merenjis ke bumi... berjaluran mencucuri atap.

Saat itu terlihat tempua jantan masih gigih menyulam di bawah sarang yang masih belum sempurna... Sesekali berkibasan mengelak kebasahan. Wahai tuhan... kau perlihatkan pada aku bertapa kasih sayang itu ada pada semua makhlukmu. Tegar ia berbasahan demi yang dikasihi. Sungguh halus cara-Mu menyuburkan kasih dalam diriku... Subhanallah.

p/s: Sedangkan haiwan berkasih2han... inikan pula kita sesama manusia

**nama saintifik Tempua = Ploceus philippinus (Baya Weaver)

+biarjasajadikenangan+

Monday, July 18, 2011

Biawak Komodo


Biawak adalah dalam golongan haiwan reptilian dari family Varanidae. Terdapat beberapa spesies biawak yang wujud seperti Biawak Air, biawak seruling dan banyak lagi. Namun.... dalam banyak2 species biawak ni, Biawak komodo adalah spesies biawak terbesar didunia. Biawak ini jugak adalah biawak terfemes kerana pernah membintangi filem Komodo pada tahun 1999 yang diarahkan oleh Michael Lantieri. Filem tersebut telah Berjaya membuatkan aku lari bila tejumpa biawak...gud job!

Biawak Komodo atau nama saintifiknya Varanus komodoensis mempunyai panjang melebihi 3 meter. Disebabkan oleh saiznya yang besar, komodo dapat memburu mamalia besar seperti Babi hutan dan Rusa. Terdapat juga kes2 dimana haiwan ini menyerang manusia. Mana taknya, kalau babi hutan pun dia makan apatah lagi manusia. Tapi kes2 seperti ini jarang berlaku.

Biawak Komodo hanya dijumpai di beberapa pulau kecil di Nusa Tenggara, seperti di Pulau Komodo, Pulau Padar, Pulau Rinca dan di hujung barat Pulau Flores. Jadi kalau nak lihat haiwan ini kenalah berkunjung ke tempat2 berkenaan. Namun haiwan ini sudah diklasifikasikan dalam kelompok terancam (IUCN list).

Klasifikasi biawak komodo

Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Reptilia
Order : Squamata
Suborder: Lacertilia
Family : Varanidae
Genus : Varanus
Species : V. komodoensis

Varanus komodoensis Ouwens 1912 (The Komodo Monitor/Dragon)

p/s: Adakah ini biawak yang mebaham itik2 aku.... Grrr.... Itu Varanus salvator...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...