Bally.Da.Shoe: February 2012

Wednesday, February 22, 2012

Wednesday yang tak wordless: Kita takdak kesedaran!!

Sayangilah hutan kita
-
-
Sayangilah hutan kita
-
-
Hoi!!! sayang la hutan sket!



Hari2 nak sentuh pasal kepentingan hutan, konservasi, lindung sini lindung sana... tapi takde sapa yang peduli... not a single. Siapa yang salah ? Adakah kurang promosi, undang2 kurang ketat, atau kita yang kurang sedar.

Dengan alam yang semakin tenggelam hari ini, seluruh dunia sibuk sana sini mempromosikan pelihara dan pulihara. Tapi kita buat apa...

Situasi 1

Abu: Hoi Ali, jangan hisap rokok dalam hutan, nanti terbakar
Ali: Ala.. Aku nak halau nyamuk

Situasi 2

Minah: Ali, aku tumpang kau pegi kelas boleh?
Ali: Takleh!! nanti awek aku tak selesa. Kau pegilah sendiri
Minah: Berkongsi kenderaan dapat kurangkan pelepasan gas rumah hijau. Baik untuk alam sekitar.
Ali: Takpa2, nanti esok2 kau kongsi la suami kau dengan perempuan lain... maybe baik untuk alam jugak.

Situasi 3

Milah: Jah! kelas baju bulu landak tu. Aku nak lah!
Lijah: Jangan milah,jangan kau sokong sangat orang2 yang jual barang2 bulu ni.
Milah: Takpe lah.. Aku memang suka barang2 bulu ni.
Lijah: Ooo~ lelaki berbulu kau taknak pulak.
**nama2 melayu yg sering jadik mangsa**

Orang kita masih kurang tahap kesedaran terhadap alam sekitar ni Kalau nak dibandingkan dengan negara2 lain. Bagi aku, rakyat jepun sangat prihatin dengan isu2 alam sekitar ni.Penah aku jumpak pasangan vateran dari jepun yang dah 6 bulan menetap di Penang. Tiap2 hari Ahad diorang akan datang ke Taman Negara Pulau Pinang untuk kutip sampah. Bayangkan sampai macam tu sekali dorang sayangkan alam sekitar. Kita? Kita? kita kat mana?

Maybe medium atau cara kita sampaikan mesej ni tak kena... So, pendekatan yang baik adalah menggunakan gambar, sebab apa? bcoz picture speaks thounsands word~ **kaitan** layanlag gambar2 ni dan digest baek2 noh~























P/s: MESEJ AKU CUMA NAK KITA HARGAI ALAM SEKITAR, DAN SAMA2 MENYUMBANG PADA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. SEDIKIT PUN TAKPA.. MEMANG NAMPAK MACAM TAKDAK KESAN... TAPI SANGAT BESAR MAKNANYA BAGI ALAM SEKITAR ^^,

**hurup besar hokay!**

+biarjasajadikenangan+

Sunday, February 19, 2012

Cincin paling berbisa~ 'Blue-ringed Octopus'

Boleh pandang-pandang~ Jangan pegang-pegang... bla...bla...


lawa nan bisa~

Mentang2 aku baru balik pulau teringin pulak aku nak buat entri pasal marin ni. Baru2 ni aku ada pegi Pulau Tinggi. The beach was so great!! teruja pulak aku tengok air laut yang biru2 hijau tu...Biru?? sebut psal biru ni aku nak cerita pasal cincin paling berbisa...kalah cincin emas 916. =P

Pernah dengar pasal 'Blue-ringed Octopus'. Bahasa melayu nak sebut apa ae? Sotong Cincin Biru mungkin... Setakat yang diketahui manusia, Sotong cincin biru atau 'BRO' ni saja antara sotong kurita yang boleh membawa maut kepada manusia.



Sedikit fakta disini~

Si sotong cincin biru ni tergolong dalam famili Octopodidae. Ia mempunyai 8 tangan beserta mata dan kepala yang besar. Fakta kot~ Apabila terancam, cincin2 biru pada tubuhnya akan menjadi terang ala2 gelang 'glow in the dark' dekat funfair.. Itu tanda amaran yang dia akan menyerang... Siap kasik hazard light lagi..

Dengan saiz diantara 12-20cm.. jangan tertipu!! Bisanya mampu membunuh!! dan yang paling teruk tiada penawar yang ditemui lagi setakat ni. Menurut Cephalopodpage.org, 1 miligram toksin boleh membunuh manusia. Rawatan yang diberikan hanya CPR selama 24jam... ini kerana racun akan beransur2 hilang dan disingkir dari sistem badan.

layan video kat bawah ni... mana tahu dapat sumtin ka =P..


Death never looked so beautiful !

p/s: yer... mati tak penah hensem!

+biarjasajadikeangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...