Bally.Da.Shoe: November 2011

Monday, November 28, 2011

Ohsem! Mesin ATM yang aneh!! ..ke unik?

Merah CIMB...Kuning MAYBANK...OREN Bank Rakyat. tengok warna saja semua orang pun tau ATM Bank apa... *semua yang berkaitan dengan duit orang tahu~*

Seronok baca 1 blog tu cerita pasal bangla nak keluarkan duit kat ATM... hahaha ada masa baca lah entry tu kat sini. Dengan keterujaan aku yang melampau2 tu mengidam pulak nak tengok gambaq mesin ATM. =P nak pegi bank pun bukan ada duit nak keluarkan... hujung2 ni duit tak 'ramai' *tyme bila yang ramai??* enuff~ jom usya gambaq!



Cuba bayang kalau betul2 ada mamat bank yang duduk dalam 'mesin basuh' tu dan huluq (hulur) duit kat hangpa semua.. er...er... aku yang membayangkan un rasa lemas.. O2 pelisss~


ATM ni lagi ohsem!! Ni bukan ATM biasa, ATM organ ni direka oleh Allora & Calzadilla. ATM unik ini berhubung ke sebuah komputer yang akan mengeluarkan nada semasa kita memasukan nombor pin ATM kita. Bayangkan kalau ada 7 bijik sederet benda alah ni dan semua orang pun sibuk masukkan no pin... whoa!! haru!

ATM ni khas untuk kanak2 dan orang yang suka makan kek... tapi kena hati2 takot nanti kena hurung dengan semut =P tapi sekali imbas macam senang ja nak rompak ^^, (bapak polisi saya begurau sajer~)

Ni memang btol2 ATM nih. Sebatu dah nampak peti duit. Mesti besar jumlah duit kat dalam tu..besar jugak la 'pedal ayam' (mangga) dia. Sapa2 nak simpan duit banyak boleh try bank ni... macam selamat ja =P

Bagi mereka2 yang ada gaot.. tak leh berdiri lama boleh try ATM ni... Yang rendah2 tak payah suruh pun..memang makanan korang lah ni *perasan tinggi sekejap* Bukan tu saja ATM ni direka untuk memudahkan pengguna berderma. hangpa keluarkan duit dari ATM.. pusing kiri atau kanan dan dermakan pada peminta sedekah yang turut besila tepi2 hangpa... mudah kan. =P
Er...er.... pink! no komen.... aku mungkin tak kan pilih ATM ni... huhu lagi satu selamber ja mamat tu cocok duit... tak takut kena libas ka... Aiyak!! gajah tu tindik dagu dengan lampu pendafelor~

Ehemmm!!! Menganjeng ke hape ATM neh... mentang2 aku ni spesies yg 'Tinggi'. hahaha tapi kelakar mamat tu. Gigih dah mcm spiderman dah aku tengok demi nak keluarkan duit. Aku rasa ATM ni hanya digunakan tyme2 banjir saja. bila air naik senanglah orang2 kat sana naik sampan di 'cocok' duit

Ini lagi ohsem! Nak tipu pun agak2 la. Ingat juai hotdog dekat kolej ka hape... Maju2 teknologi... manual jugak dia nak... hmmm... tapi sempoi!

Whoa!! kalau ini gayanya mesin ATM nak kena selesaikan equation bagai... tak ambik duit la gamaknnya aku ni... I hate Math!!! **lari laju2**

p/s: pilihla yang mana korang yakin ~ ^^.

+biarjasajadikenangan+

Friday, November 25, 2011

Penyiul yang Peniru

Pejam...celik...pejam lagi....eh! celik lagi~

Adoyai tak mengantuk pulak malam ni... teringat pulak aku cerita Doc Mano pasal Makhluk yang pandai meniru... Ingatkan manusia saja meniru er...er... tak eh ?

Semua burung pandai bersiul.. itu biasa. sesetengah burung dapat meniru siulan burung lain.. itu agak luar biasa.. tapi ada burung yang pandai meniru suara manusia... Whoa!! ohsem! **big whoa** Burung ni sama macam pita rakaman yang boleh playback apa yang dah kita rekodkan...*mestila..nama pun pita RAKAMAN* Burung yang aku maksudkan adalah Tiong Mas.
Nak tahu tak ?

Ada lagi 2 kawan baik burung ohsem ni yang juga pandai meniru...(banyak lagi burung laen hokay.. =P) Mereka ni terkenal sebagai pembuat bising di dalam rimba.. Mungkin jatuh dalam senarai burung WANTED sebab bising sangat. enuff mengarut!

Senarai Burung2 yang menggungguli carta ANUGERAH JUARA SIUL peringkat daerah adalah:

Cecawi Hamba Kera menduduki tempat ke-3.
Murai Batu jatuh satu anak tangga di tempat yang ke-2
Juara siul minggu ini jatuh kepada Tiong Mas (Tempat Pertama)

Semua dah tahu yang depa semua ni pandai bersiul so aku cerita keunikan mereka2 ni lah.

Cecawi Hamba Kera/Greater Racket-tailed Drongo
Dicrurus paradiseus


ekor yang ohsem!


Cecawi ni unik sebab ia mempunyai ekor yang ohsem.. Ekornya yang panjang di kiri kanan ekor membuatkan dia segak. dan untuk pengetahuan semua... burung ni satu famili dengan burung gagak... tapi gagak tak hensem... buuu!!! *dendam sebab dia berak atas keta aku hari tu* burung ni pandai dalam bab2 meniru siulan burung lain.

Murai Batu
Copsychus malabaricus


cantik kan.. mcm bird of paradise!


Burung apa.. burung murai.. burung apa.. burung murai lah!! Burung ni memang cantik. dan faktanya.. orang selalu bela burung ni untuk tujuan bertanding suara yang paling sedap. Huhu tapi kena ada lesen lah kalau nak bela benda alah ni. Murai batu sangat hensem dengan rump (bontot) berwarna putih. Ia juga memiliki bulu coklat didada dan putih dikepala.. ala2 mahkota kononnya.. sebab tu mahal harganya =P Murai batu ni pandai meniru siulan burung lain dan suara dia memang superb!!

Tiong Mas
Gracula religiosa


Tiong Man oh Tiong Mas. Ini lah juara. Tiong Mas bukan saja pandai meniru siulan burung lain.. tapi juga pandai meniru suara manusia. Kalau hangpa pi rumah2 kat kampung yang ada bela burung ni cuba bagi salam sekali... nanti dia cakap "Asalamualaikum" hehehe~ Burung ni senang ja nak kenal. Ia memiliki Paruh dan Belang tarung pada mata yang berwarna kuning ke orenan...

p/s: so instead of kenal2 dengan artis2 juara lagu tu.. mai la kita kenai2 dengan burung2 yang ohsem kat dalam hutan tu. Jauh perjalanan luas permandangan...Jauh membaca luas pengetahuan... ^^.

**Apa la motip aku post cerita karut2 ni kan... sori lah kalau aku membosankan =P **

+biarjasajadikenangan+

Thursday, November 24, 2011

Sangat tak Ohsem: Pesta bunuh beramai2...

Acara bunuh ikan paus pilot

sumpah rakus!

Menurut akhbar Kosmo hari ni, sejumlah penduduk di bandar Torshavn, Denmark membunuh beberapa ekor ikan paus pilot. Beberapa ?? macam tak yakin ja bilangan mangsa2 yang terbunuh.


Menurut satu lagi akhbar 'The Ikans', Beberapa buah keluarga Paus Pilot telah melaporkan kehilangan beberapa ahli keluarga mereka. Mangsa dikatakan tidak pulang selepas keluar bersiar2 di perairan Kepulauan Faroe. Kejadian kehilangan beramai2 ini dilaporkan berlaku setiap tahun. Laporan dibuat di Balai Polis Bikini Bottom.

Penduduk2 rakus dikepulauan tu menggunakan tiket sebagai keturunan viking untuk menangkap dan memotong daging 'beberapa' ikan paus pilot. Mereka dikatakan dari keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi.

Ikan paus pilot ni dikatakan menjadi diet kepada penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu. Mereka memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk sebelum menangkap dan membunuh ikan tersebut. Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk.

Hmm... apa nak jadi lah sekarang ni. Bila banyak semua pun pakat2 buru dan bunuh... bila dah kurang... dah jatuh dalam senarai calon2 ikan paling hensem dan terancam baru la nak sibuk2 konseff bagai wuddafish!! Orang takkan rasa kepentingan sesuatu sebelum mereka kehilangannya. Ni lah manusia~

note** BEBERAPA TAK BERMAKSUD SEDIKIT!!!


p/s: sedih tengok laut dah macam darah *aku tacin hokay!!*

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 16, 2011

Ohsem!! Pokok paling tinggi atas muka bumi

Pernah dengar "Ferguson Tree" yang kononnya tertinggi di dunia...Malangnya pokok tu dikatakan musnah dalam kebakaran. Menurut pengukur kerajaan, William Furgusan yang mengukur pokok ni dengan pita pengukur pada 21 Februari 1872 jika pokok ni masih ada tingginya dianggarkan menghampiri angka 152m (500 kaki) tinggi. Menurut mamat ni jugak, pokok2 disekitar tu jugak memiliki ketinggian diatas 106M (350kaki). Whoa!! kalau betul lah... no proof no talk!

Alah~ 150meter bunyik macam rendah ja. Kalau pelari pecut, dia makan skejap ja.. tak sampai 10saat. macam makan magee sajer~ Tapi...
Tinggi tak??

Nak lagi jelas jom kita buat perbandingan...

Roda Bulat2 "Eyes On Malaysia" 62m
Sydney Opera House (Australia) 67m
Statue of Liberty (Amareka) 93m *tak termasuk foundation*
Menara Pandang Taming Sari (Melaka) 110m
Menara Telekom Alor Star (Kedah) 165.5m

So cena??? agak2 tinggi tak pokok ni. Tapi tu semua tak membuktikan apa2 sehinggalah penemuan pokok tertinggi di dunia di Amerika Utara iaitu pokok Redwood California atau Giant Sequoias (Sequoiadendron giganteum)yang memiliki ketinggian 115.5m (379 kaki). Pokok Ohsem ni dipanggil2 dengan panggilan Hyperion.


Lokasi pokok ni dirahsiakan untuk mengelakkan malapetaka yang akan dibawa ke pokok ni. Mana la tahu ada tokey2 balak yang nampak semua benda pun duit saja... =P Tapi aku aku yakin pokok ni selamat dijaga oleh hutan2 tebal dan penunggunya Cougars.

115.5m!! dekat2 2kali ganda Statue of Liberty... memang ohsem la pokok ni. Bayangkan bertapa hijaunya dunia kita kalau kita pelihara pokok sejak dari dulu lagi. So renung2kan lah ^^.



nak jugak dia... =P

p/s: aku nak rumah yang macam ni boleh~


+biarjasajadikenangan+

Monday, November 14, 2011

Haiwan paling lantang di dunia



Sepi rasa dunia ni...dah 2 minggu tak jerit2... Selalunya aku lah yang suka memekik dekat rumah.. Tapi aku bukan suki2 nak cerita pasal aku melalak kat rumah.. Nak tahu tak, binatang apa paling lantang dalam dunia... Cuba teka.. its my faforit...

Haiwan yang aku maksudkan tu adalah katak... katak ni bukan calang2 na.. Katak Coqui nama dia. macam cakoi ja bunyi. Katak Caqui (Eleutherodactylus coqui) merupakan katak yang jerit paling kuat... mungkin paling kuat di alam katak atau mungkin paling ohsem!! di hutan rimba.

Tak padan dengan kecik (30 - 50mm) nak jugak jerit kuat2... Sebelum ni aku penah dengar gadis2 kecik saja menjerit... tak sangka pulak katak ni pun ada ciri2 'istimewa' wanita kecil =P Katak ni menghasilkan bunyi hingga 100 desibel dalam jarak kurang 3 kaki, Secara faktanya bunyik makhluk kerdil ni mampu membangunkan kita yang sedang nyenyak tidur. Bunyinya dikatakan lebih kuat dari bunyi hentakan mesin gerudi tanah tu ... hah ?? fakta atau auta ?

Mengapa katak hingaq (bising) ni dinamakan Co-Qui? dah katak ni bunyi macam tu.. Co adalah bunyi yang dihasilkan oleh katak jantan. ia diguna untuk menarik pasangan dan untuk tanda kawasan jajahan... main jajah2 dah ni. Katak betina akan menyahut dengan panggilan Qui... sebab tu la co-qui... =P

katak ni diisytiharkan sebagai spesies perosak di Hawaii dan disenaraikan dalam 100 spesies asing penceroboh terburuk (world's 100 worst invasive alien species). Tudia la, hang kacau orang tidoq sangat.


Katak ini bukannya berasal dari Hawaii, ia telah berhijrah dari Peru. Kedatangannya menyebabkan penduduk Hawaii dah tak boleh tidur malam dengan aman dah... Sebabnya.. si katak Co-Qui ini akan melalak dengan lantang ketika musim mengawan. Dia akan berbunyi dari awal malam sampailah subuh hari.. Azab!!! memalukan keturunan katak betoi lah "Kerana Co-Qui setitik rosak katak sebelanga"

Saiz katak ini dari 15mm-80mm dan mempunyai warna berlainan mengikut tempat. Dan ini ada video bunyi katak ni kalau nak dengar. Terima kasih kepada sahabat blogger - Urut Turun Temurun.

video

p/s: Ni lah antara contoh bencana dari memperkenalkan haiwan eksotik ke dalam ekosistem kita *bawa masuk spesies asing ke tempat baru*


+biarjasajadikenangan+

Saturday, November 12, 2011

Jom Berubah!!!


Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih tak mungkin datang melayang. Semua pun datang berdasarkan usaha. Orang selalu kata kejayaan hanya untuk mereka2 yang lahir dengan kepintaran…genius katanya. Tapi yang sebetulnya… kejayaan akan datan pada orang2 biasa yang berusaha secara luar biasa.

Hari ni result tak ok… “ tak pa lah…esok lah usaha lebih sikit”… Hari ni result baik sket “Hah ok lah tu… dah puas hati dah”.. cepat sangat puas hati.. kan ? ke dak? Kalau dak jomlah kita pakat2 berubah.. ^^.
Berubah!!!

Sebenaqnya ada resipi untuk melakukan perubahan diri. Mulalah berubah supaya kita jadi lebih yakin dengan diri kita sendiri.Ini akan buat orang lain pun jadi lebih yakin dengan diri kita. Memang macam tak mungkin ja kalau kita nak ajak orang lain berubah dengan diri kita yang masih berada pada takuk lama. Orang dah tentu2 akan persoalkan tentang diri dan sejarah lampau kita. Inilah manusia.

Apa yang boleh kita buat ?

Kita boleh buat perubahan secara perlahan-lahan. Memang aku tak nafikan, susah gila untuk terus buat perubahan dalam masa yang singkat atau senang cakap berubah dalam sekelip mata, tapi percayalah, Kalau perubahan tu dilakukan secara perlahan-lahan (janji berterusan), dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita mesti dapat buat perubahan besar dalam diri kita. Biar selembab mana pun kita bergerak.. janji kita tidak pernah berhenti.
Lakukan perubahan sekarang!!! Jangan tangguh2 untuk tempoh yang lama. Semakin lama kita bertangguh nanti semakin melarat dan susah nak lakukannya. Perkara2 yang kecik pun akan jadi lebih besar kalau terus dibiarkan. Jadi, ambil masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan. "Busuk ikan itu bermula dari kepalanya... melarat sehingga keekornya"

Apa yang pnting… Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukan dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu paksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tak dipaksa.. seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga akan jadi semakin degil kalau tak dipaksa. Kawal nafsu… dan jangan biarkan nafsu mengawal diri.

Bila berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. kalau perubahan itu dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya

p/s:Berubah jadi yang lebih baik tu kan perkara yang Allah S.W.T suka… takkan Dia taknak tolong kalau kita bersungguh2 ^^.

+biarjasajadikenangan+

Friday, November 11, 2011

Hari neh~

Senyum oh! senyum...


Pagi ni dengan sengal2 badan... aku mengesot pegi mandi segala macam.. bersedia nak pegi kerja.. " Adoyai hari ni mesti hari malang aku"... sampai ja bawah ada 2 orang brader selisih dengan aku... depa tegur (senyum)... Apa kena masyarakat Malaysia hari neh.. selalunya muka sadis macam bini mati.. lalu pulak dkt Pak Guard, Pak Guard tegur *jerit* "Selamat pagi!!!" Terkesima aku... ramah pulak pakcik ni hari neh...

Dari sengal2 badan tadi ni terus jadi cergas... rasa nak senyum ja kat semua orang. Hokay! sapa2 ada kerja lebih2 kasik ja dekat aku...tengah gudmud neh! Enuff merapek..satgi bos aku marah.. Chow dulu ^^. Eh jap... maybe sbb 11.11.11 kowt... hahaha kufarat (khurafat) semua tu.. Semalam korang kitar semula tak... =P



p/s: Satu senyuman yang manis dapat mengubah keseluruhan hari kita ^^. Betul tak?


+biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 9, 2011

Apa yang hangpa buang hari ni ?


Kemaren buang... hari ni buang... alah tadi pun buang... Adoyai~ Semua pun sibuk2 nak buang.

Aku pun takdak la prihatin sangat.. tapi sejak2 jadi graduan hutan niat lah membuat aku rasa terpanggil nak tuleh entri2 ilmiah mcm ni **wohooo ilmiah la sangat**

nak tahu tak ??

Bahan2 yang tak organik memerlukan masa yang sangat lama untuk mengurai... *Seriusly aku rasa bodoh gila ayat ni* kanak2 7 tahun pun tahu fakta ni.. tapi sila2 ambek tahu yang sesetengah bahan tu mengambil masa yang lebih panjang daripada umur kita...

Jom lihat berapa banyak masa yang diperlukan untuk mereka2 ni mereput

Beg Plastik = 100 Tahun
Puntung Rokok = 3 Bulan
Kaca = Hampir tidak dapat dilupuskan
Botol Plastik = 400 hingga 1000 Tahun
Kertas surat khabar = 2 hingga 4 Minggu
Kertas Berlilin = 3 Bulan
Tin Minuman = 200 hingga 500 Tahun
Styrofom = Hampir tidak dapat dilupuskan

Mungkin plastik2 yang hangpa..er...er... yang kita buang hari ni dapat tengok kita reput dulu sebelum mereka2 tu mereput.. Menurut akhbar kosmo keluaran bila2 entah... Sisa pepejal di Malaysia bertambah dari setahun ke setahun dan dijangka mencecah 30, 000 tan sehari menjelang 2020. Menurut satu lagi artikel dari Utusan Online, Sampah yang dihasilkan dalam tempoh 5 hari sahaja boleh menutupi seluruh negeri Perlis jika ia dikumpul dan diratakan. Sangat tak ohsem!!

Bagi mengurangkan satu-satunya malang yang berbau ini, berbagai perdekatan dah digunakan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan masalah sampah masyarakat neh... yang paling femes skarang ni Kitar Semula... Alah... yang macam rupa tong air besar kat tepi2 jalan tu. Mesti hangpa semua rasa renyah (susah) sangat kan nak asing2 benda alah tu... tapi jangan lupa... alah bisa tegar biasa... buat selalu konfem rasa mudah... Ok lah... takleh lama2... nanti bos aku kata aku mengulat plak =P


Lagi satu hangpa jangan lupa.. Tong Biru untuk kertas... Coklat untuk kaca, dan Jingga untuk tin dan plastik. Enuff merapek! Ok chow~


p/s: Jom amal 3R... bukan rilek respek respon... tapi REDUCE...REUSE...REDUCE ^^.

say NO to plastic bag!!
+Biarjasajadikenangan+

Wednesday, November 2, 2011

Katak paling beracun di dunia ?


Sambil2 gigih bekerja =P ni aku usya2 pakcik gugel.Aku view beberapa belog dan wiki2... dan hasil yang aku jumpa...

Percayakah?

Katak yang paling beracun di dunia.. Golden Poison Frog atau the Golden Dart Frog. Nama dalam sijil lahir katak ni ialah Phyllobates terribilis. Species ni mendiami atau mendiam2kan diri dekat pantai pasifik Columbia. Feww~ jauh lagi *sila seronok*
Species makhluk kekuningan ni dikatakan memiliki racun yang superbisa.1 miligram racunnya mampu membunuh kira2 10,000 ekor tikus atau 10-20 orang manusia... So dengan kehebatan mesin kira2 yang ada pada hari ini.. 1gram racun P. terribilis mampu membunuh 15,000 masyarakat~ serius ohsem!!!

Tapi Spesies kuning lembik2 ni tak lupa diri.. Kehebatan yang dimilikinya hanya digunakan untuk mempertahankan diri dan bukannya untuk menyerang mangsa. Sebabkan kebaikannya itu.. katak ni hampir tidak mempunyai pemangsa... atau mungkin tiada langsung...

Kenapakah si katak ni dipanggil Poisonous Dart Frog... Ini kerana orang2 yang asli menggunakan racun katak ini pada sumpit mereka untuk tujuan berburu. dan percaya tak yang racun katak ini pada peluru sumpit mampu mengekalkan kuasa membunuh sehingga 2 tahun lamanya. Sila jangan cari gaduh dengan orang asli Columbia. Serius kena sumpit =P

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...