Bally.Da.Shoe: March 2012

Friday, March 2, 2012

Misteri: Sulur Bidar mitos.. mistik..atau kenyataan?

Petang2 ni teringin pulak nak buat entri pasal haiwan2 mitos masyarakat melayu. Tetiba teringat pasal makhluk misteri yang menghuni tasik2 yang dalam. So I'll safe my legend for the next entry.

Pernah dengar Sulur Bidar? Mungkin tak ramai yang tahu pasal ni. tapi bagi kaki2 pancing, rasanya nama ni agak familiar lah. Sulur Bidar ni dah jatuh dalam kategori mitos masyarakat melayu dah.

Banyak versi yang boleh kita dengar tentang makhluk ni. Mengikut cerita orang2 yang tinggal di sekitar kawasan tasik dan orang2 asli di sana, makhluk ini menyerupai sehelai permaidani putih,dan mempunyai kaki yg banyak spt ulat gonggok di sekelilingnya. Terdapat kepala yang menyerupai kepala tuntung/labi2 di setiap penjurunya. Boleh bayang tak agak2?



er...er... macam ni kot... ada orang buat ilustrasi lagi ni...

Makhluk ini digeruni kerana ianya akan menyerang manusia, terutamanya mulut2 yang suka cakap besar. Taktau la kalau kebetulan makhluk tu lapar orang2 yang mulut celupar jer kena telan.. =P Cara Sulur Bidar ni menyerang adalah dengan menjerut dan menggulung mangsa sebelum menariknya ke dalam air. Seterusnya badan mangsa akan dipotong.. Err...

Ada jugak versi yg mengatakan makhluk ni adalah sejenis ular yang mendiami dasar tasik. Tak kurang jugak yang percaya makhluk ni adalah makhluk halus yg mendiami sungai2 besar dan kawasan air berpusar. Ini kerana sulur bidar jugak dikenali dengan panggilan Hantu Bidai, Hantu Balong, dan Hantu Balong Bidai. Asal seram ja terus letak hantu.. hmmm~
Kononnya Sulur Bidar versi 'halus' ni adalah semangat jahat yang tinggal dalam air... terbentuk hasil daripada tikar mengkuang bekas alas memandikan jenazah dibuang ke dalam sungai yang telah dihuni atau diserapi makhluk halus penghuni sungai. Mungkin sebab tu masyarakat melayu dalam2 tak suka kutip tikar hanyut...

"Dilarang mengambil tikar hanyut, nanti digulung sanai"

Sulur Bidar biasanya tinggal di dasar tasik atau sungai yang agak dalam. Kehadiran makhluk ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama daun2 'kering' yang terbenam di dasar tasik.

Kepada kaki2 pancing dan penggemar2 tasik... Sila hati2 sebab makhluk ni masih lagi misteri... yang penting jangan cakap besar. Bukan setakat orang jer tak suka... binatang dengan hantu pun tak suka. ^^,

Nah ni ada sket ilustrasi mitos sulur bidar... Baca dan layan... Ingat, mitos tak bererti takdak.

sumber tambahan: mindheartbodysoul

+biarjasajadikenangan+


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...