Bally.Da.Shoe: August 2012

Rakan BlogKu

Wednesday, August 29, 2012

Canggih baq hang nama anak artis kita


Sejak akhir2 ni baru aku perasan nama anak2 sekarang canggih2 sangat **memang aku lah yang terakhir perasan benda ni** terutamanya nama anak2 artis kita. Nak buat macam mana, dah nama artis kan, mestilah jadi perhatian umum.

Sekarang punya stail mesti maw letak nama ala2 omputeh sket, rai.. raaiii... raiiiyen. Adoi~ tegeliat lidah nak sebut. haha Mungkin normal sekarang dengan nama2 yang unik ni.. faham2 la aku kan orang hutan... mestilah stok bas last trip punya.

Tak salah kalau nak namakan anak dengan nama apa pun... yang hang pulun ni pasai apa.. ^^' Betoi jugak... huhu ikot hangpa la nak namakan apa pun as long as esok2 pengantin lelaki tak tegeliat lidah masa nak akad nikah **kalau yang anak pompuan la** Kebebasan adalah hak negara demokrasi~ ulp! lari tajuk ka ni...


Mak aku selalu cakap nama kita ni diibaratkan macam doa. Setiap kali orang panggil maknanya orang tu tengah mendoakan kita... "Ooo... betoi ka ma" **dialog biasa aku** Macam nama aku, Zulfazli yang bermaksud 'yang mempunyai kelebihan' hiuhiu *promote nama sat*.. Hari2 orang doakan aku walaupun aku tak jumpak lagi apa kelebihan aku ^^' tapi aku tetap yakin "ada kot kelebihan" **muntah** So bayangkan kalau anak nama KUDIS. Kena setahun orang dok sebut memang berkudis la jawabnya.. er... nama adalah sekadar contoh.. tiada kaitan dengan sapa2 yang masih atau pernah wujud.

So pilihla nama yang memberi maksud yang baik2... Kerna orang kenal kita dengan nama kan.. Takdaknya orang selak tengok bontot terus kenai tuan punya. Mesti tengok nama punya.. hiuhiu ^^, Kalau tak masakan ada pepatah "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" err... mcm lari ja maksud. Entri ini sekadar pendapat daripada aku yang bagai buih di lautan ni. No heart feelin lah omputeh kata... kalau ada yang terasa... aku tak bermaksud apa2 pun. So meh la usha nama anak artis2 tanah air kita.. Canggih baq hang!! 

Airit Rafqa Arjuna : Anak Rita Rudaini 
Iman Lilly dan Tiara Rose : Anak Shazzy Falak 
Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson - Anak Ruhil Amani 
Althea Raqeem Brian - Anak Nana XFM 
Putra Rayqal Ramli - Anak Jejai & Nora Danishku eh! 
Noah Sinclair - Anak Ashraf Sinclair 
Ryan Ziqry - Anak Zed Zaidi 
Cahaya Malaika - Anak Mawi & Ekin 
Arrianshah Akid - Anak Tomok 
Nur Amna Qeesyara - Anak Lan Kristal 
Indah Sutera Jannah - Anak Fedtri Yahya 
Zander Xayne Iskander - Anak Harith Iskander 
Barr Al Aliy - Anak Sari Yanti 
Lavienda Namiraz - Anak Bienda 
Tengku Cleopatra Haidar - Anak Que Haidar 

p/s: Aku nanti nak letak nama anak aku Siti Aisyah kalau perempuan, Kalau lelaki... Zulkarnain.. *carik calon dulu oii* kbai 

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, August 28, 2012

Peliss Sangat: Selamatkan Naga Tasik Chini

Bila sebut pasal Tasik Chini semua pasti akan teringatkan satu kisah dongeng rakyat "Naga Tasik Chini". Ini dikaitkan dengan lagenda dimana terdapat naga yang menghuni dasar tasik ini. 

Hari ni kita sekali lagi dapat dengar cerita mengenai Tasik Chini.. Jelas sekali ianya bukan cerita pasal penemuan naga di tasik ini... Tasik Chini yang dulunya menjadi destinasi pengunjung2 dan pencinta alam semula jadi kini diambang kemusnahan gara-gara tangan kotor manusia yang galak mencukur dan menggondol kawasan hutan serta aktiviti perlombongan berdekatan tasik tersebut.

Aktiviti2 rakus ni memberikan impak yang sangat besar terhadap keadaan tasik dari segi kualiti air, kadar pembiakan hidupan akuatik sekaligus meranapkan keindahan kawasan tersebut. Bukan itu saja, lumpur2 hasil dari perlombongan voleh menyebabkan tasik menjadi cetek.

Tasik Chini - Dulu **banyak bunga teratai**

 Sekarang!! Buntut ayam lagi lawa lah..


Orang Asli Gumum yang mendiami kawasan itu sangat bimbang akan perubahan mendadak tasik semula jadi ini. Bagi mereka ini akan menjejaskan sumber ekonomi orang tempatan yang dulunya bergantung pada kehadiran pengunjung2. Hanya kekecewaan sajalah yang dapat dilahirkan kepada mereka2 yang galak melakukan penebangan hutan secara tidak terkawal semata-mata ingin mengaut keuntungan.  

 -cantikkan- 

Jadi,aku harap kita dapatlah kiranya bersama2 membantu dalam usaha menyelamatkan naga.. eh! silap... menyelamatkan tasik yang berada di kawasan hutan seluas kira-kira 5,026 hektar ini sebelum ianya berkesudahan seperti sungai klang yang "aman damai" dengan pencemaran yang makin berleluasa. *bahasa cap ayam dah ni* Jangan biar khazanah yang kita ada hari ni hilang gara2 sikap tak ambil peduli kita. Kelak apa lagi yang kita nak wariskan pada generasi akan datang... Sampah? Pencemaran? Tunggul balak? ataupun tasik yang seperti loji kumbahan? Fikirkan dalam2...



Real heroes protect the Earth!! 

+biarjasajadikenangan+

Sunday, August 12, 2012

Aksi2 lucu di Olimpik 2012


Sambil2 dengar lagu raya... sedih tak dapat pi beli baju raya... so aku selongkar gugel... dan apa yang aku jumpa... Aksi2 lawak di olimpik 2012... jom layan~


















p/s: Ok enuff... nak sambung teriak~

+biarjasajadikenangan+

Saturday, August 11, 2012

Budak Hutan sesat dalam hutan.. hmmmm~


Baru2 ni yang tak berapa nak baru.. beberapa orang budak praktikal dan warga Austria telah sesat di dalam Taman Negara Kuala Tahan selama 48jam. Biasa la orang sesat ni... sedangkan dekat town pun boleh sesat.. Eh~  Bukan itu yang aku nak cerita.



"Semua mangsa yang sesat di dalam hutan Taman Rimba Kenong itu termasuk dua warga Austria, Giaf Michale dan Susane Stuckler masing-masing berusia 30 tahun, diikuti mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yap Chua Meng, 24, berasal Batu Pahat, Johor dan tiga lagi mahasiswi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, Rabiatul Adawiyah Jamil, 21, dari Kampung Sri Damai, Kuantan; Nadia Mohd Nazam, 24, dari Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut dan Nasorrosah Mohamad, 24, dari Sri Kembangan, Selangor itu dibawa masuk oleh jurupandu Perhilitan, Mohamad Sujaie Abdul Aziz, 35, untuk melawat Gua Gajah."



Mereka2 yang sesat tu bersama dengan guide dari PERHILITAN yang sudah terserlah kemahirannya... Jadi mengapa masih sesat ? Itu yang nak disembangkan. Orang yang hebat, mahir, pro pun kadang2 termiss jugak. Hutan ni tak dapat dijangka. Kalau diluar cerah..di dalam belum tentu lagi... Kalau di luar hujan renyai2 di dalam mungkin ribut... senang kata hutan ni misteri...



Orang tua2 pun selalu pesan "jangan cakap lebih kurang dalam hutan" "jangin ambil benda2 ikut suka" jangan...jangan... dan jangan. banyak sangat~



Apa2 pun semua yang hilang sudah selamat pulang. Semoga selamat menjalani ibadah puasa dan berbahagia disamping keluarga di hari raya ni ^^, . Ok lah aku nak sambung dengar lagu raya.. lalala~



p/s: 3 yang hilang tu junior aku... shhh~ jangan cakap org~ =P


Info lanjut di sini 

+biarjasajadikenangan+ 

Wednesday, August 8, 2012

Kusut~


Membongkok membilang bintil-bintil merah ditubuh. Gatal.. berbisa... perit betul rasanya. Bersandar ke dinding sambil melumur minyak panas ke betis... yang kejang dek penangan bukit maut. Memang sesuatu..

Akal... akal tak pernak berhenti memikirkan hal-hal yang besar. Rumit! memerah segala kudrat akal adalah hari-hariku. Mengejar takdir-takdirku dengan akal yang sangat terbatas.

p/s: Orang celaru memang tulih macam ni ~@_@~

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, August 1, 2012

Semua yang feberet2 sahaja!

Dah lama tak sembang pasal diri sendiri. Kata personal blog tapi sembang pasal alam sekitar saja. Hahaha sorry i can't help that. it live in my veins. Aku perasan selalu dengar orang gosip2 pasal peberet masing2... Err tak matang langsung gosip, macam budak dajah nam ( Darjah 6).

Aku pun nak gosip..**padahal tak tahu nak tulis apa** huhu dah terlintas... tulis je lah. Hmmmm okeh semua pun pasal feberet ^^, Apa yang aku paling suka. hmmm~ mana nak mula..

Minuman. Aku paling suka minum limau ais. Sampai panas telinga lah ceritanya. Mak aku pun dah bosan nak beleter sebab aku tetap akan oder "bagi saya limau aih"


Genre Cerita. Aku suka cerita2 yang tak logik akal. yang auta sangat. Sebab aku kagum macam mana manusia boleh berimaginasi~ waww~ Harry Potter salah satu feberet aku lah... kelas kau jah~


Genre bahan bacaan. Aku baca ja semua benda asalkan bukan nombor.. hiu hiu aku takut nombor. But but but feberet aku adalah bacaan berkaitan sejarah. Aku pun tak tau kenapa aku suka sangat sejarah **dalam kelas sejarah menguap ja** Aku seronok layan buku2 hikayat, cerita2 sejarah lama, buku teks sejarah.. er.. er... ye ke?


Jenis riadah. Dulu aku suka jogging. tapi sekarang aku dah beralih pada riadah berenang. Meskipun begitu... aku tetap jogging jugak kadaang2... **meskipun? tak tahan XD** Bagi aku renang osem sebab kita tak sedar yang kita dah bakar banyak kalori... hehe dan sukan ni menggunakan keseluruhan otot badan. *ilmiah sangat~* tapi...tapi... sebnarnya aku apa sukan pun tak tau main. itulah hakikatnya =(

Binatang. Aku suka katak and do i need a reason for everything that i like. *omputeh la pulak* Sebab katak mata bulat ada kaler2... haha kodok? kodok kureng~ Ce tengok... inesen gila katak ni.

Motor. Aku dah lama idam2 makhluk ni. Orang datang layang superbike pun aku tak cair lagi. Tapi ini... vroom vromm!! **speechless** haha aku suka hutan... mungkin tak salah kalau aku suka motor ni kan.

Kenderaan. Ini lejen~ Aku dari masa sekolah lagi teruja nak memiliki van wolkwagen ni. In fact, masa sekolah menengah pun aku naik van. tapi rembat van bapak aku la. Sebabnya aku suka travel dengan member2. Bila nak ke mana2, kalau boleh aku nak bawak semua. tak tercicir sorang pun. Jadi aku memerlukan kenderaan yang ada lebih tempat duduk ^^, kan~


Rumah. Aku suka rumah macam kat atas ni. Ini bukan bermaksud aku suka duduk dalam hutan. Nanti takdak awek nak kat aku pulak. Aku suka suasana rumah yang macam ni. Tenang ja. So moh le kita tanam pokok banyak2 biar kita tenang. iklan kementerian sumber asli dan alam sekitar. sekian.

p/s: maaf takdak input apa2 pun dalam entri ni 

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...