Penggunaan Topeng samar Venice berasal dari Venice, Itali dalam festival-festival mereka. Jenis topeng dipakai di dalam karnival yang pertama direkodkan pada abad ke-13. Ini membawa kita kembali hampir 10 abad yang lampau dimana tradisi ini masih diketengahkan dan menjadi kegilaan pada abad ini
Sepanjang karnival di Venice, orang-orang menggunakan topeng untuk menyembunyikan wajah mereka yang sebenarnya. Ini membolehkan mereka bergaul dengan orang-orang dari status sosial yang berbeza. Dengan cara ini identiti dan status sosial mereka dapat disembunyikan. Perkara yang sama juga berlaku dalam parti samaran pada hari ini. Pemakaian topeng Venice lebih disukai oleh mereka2 dari kelas atasan sejak berabad-abad lalu.
Selain dapat menyembunyikan identiti pengguna, lelaki dan wanita mampu mengungkapkan rasa cinta atau kasih sayang tanpa harus menunjukkan wajahnya. Orang lebih cenderung untuk menjadi lebih jujur ketika mereka memakai topeng. Mereka boleh melakukan apa yang mereka ingin dengan lebih bebas dan tanpa halangan. (pendapat orang Venice)
Topeng Venice masa kini sama seperti topeng Venice yang digunakan pada abad ke-13. Ianya dikenali berdasarkan ciri designnya yang kompleks. Ianya ditunjukkan melalui warna-warna cerah dengan memberi penekanan kepada warna emas atau perak. Topeng ini mempunyai bentuk yang berbeza iaitu Topeng penuh wajah (bauta) atau topeng yang hanya menutupi mata (Columbina).

Topeng masquerade Venice boleh dibuat dari beberapa bahan seperti plaster, kulit dan kertas mache. Mereka biasanya dilukis dengan menggunakan tangan dan mempunyai fabrik yang teratur rapi, permata dan bahan-bahan lain bagi meningkatkan kecantikan dan keunikan topeng.
Sehingga kini, Topeng samar Venice masih digunakan oleh kebanyakan orang yang menghadiri masquerade balls untuk menyerlahkan keanggunan dan keindahan kepada si pemakainya.

p/s: lepas ni boleh la masing2 cari topeng..lepas tu g marah orang yang korang tak suka puas2... =P [im just joking...jgn buat betol2 plak]
+biarjasajadikenangan+
3 comments:
twin..aku nk topeng coklat tu...ala2 phantom of the opera lak....bez...=)
same la kite...hahaha
Saya ada promote entri ini yg ada kaitan dengan tema majlis kami, masquerade dalam page kami : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1507460256142400&set=a.1487709631450796.1073741828.1485881928300233&type=1
Jadi, saya minta jasa baik admin untuk promote page kami ya. terima kasih.
Post a Comment