Bally.Da.Shoe: July 2013

Monday, July 29, 2013

Gastrik di bulan2 Ramadhan T.T

Dah lama sangat aku menyepi... takdak kabar berita entah hidup entah mati.. tup tup jengoi(muncul) kat sini.. huhu tiba2 rasa terpanggil nak menulis balik... banyak benda berlaku lately ni sayang pulak kalau tak dicoret..

Tahun ni Ramadhan datang lagi... aku bersyukur sebab daat berjumpa lg dengannya.. cewah.. tapi ada ja yang selalu nak mengacau.. Gastrik memang berleluasa di saat ni... sakit tahap guling2 ni. Sebab tak tahan sgt aku godek2 sket kat gugel jumpa la info sket pasal makhluk alah ni..



Gastrik adalah kesakitan yang disebabkan oleh hakisan dinding permukaan di dalam perut oleh 'gastric acid'. Senang cerita ianya asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan permukaan perut disebabkan oleh asid ini tak hanya berlaku sehari dua. ia mengambil masa berbulan2 sebelum seseorang itu mendapat simptom2 gastrik seperti :-

1. Rasa loya
2. Berat badan susut
3. Hilang selera makan
4. Pedih dan sakit perut
5. Kembung perut selepas makan
6. Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
7. Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
8. Muntah (disebabkan oleh tolakan gas daripada perut)
9. Senak, rasa berangin dan tidak selesa di bahagian perut.


Penghidap gastrik yang kronik kebiasaannya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan. Menurut sumber daripada internet, Penghidap gastrik paling ramai di kalangan penduduk China, Taiwan, Jepun dan Korea. Ini mungkin juga disebabkan faktor pemakanan kerana asia terkenal dengan makanan yang berlemak, pedas, berasid, makanan yang mengandungi bawang, kopi dan minuman berkarbonat. ia juga sememangnya menu2 kegemaran rakyat Malaysia. Di Malaysia, Negeri Sembilan dan Kedah memang terkenal dengan makanan pedasnya. Mungkin aku patut cari statistik pesakit gastrik di kedua negeri ni.

Sebenarnya gastrik ni tidak hanya disebabkan oleh faktor makanan yang diambil oleh pengidap sahaja, ia juga boleh disebabkan oleh amalan waktu makan yang tidak teratur dan selalu 'skip meal'. Sekejap sarapan pukul 8pagi sekejap pukul 12 tengah hari... budaya sebegini memang senang nak kena 'ambushed' dengan gastrik. Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang juga boleh menyebabkan gastrik. Helicobacter pylori, sejenis kuman yang menyebabkan gastrik. Jangkitan oleh bakteria ini kemungkinan besarnya dari makanan dan air yang tercemar dan melalui hubungan dengan orang yang mempunyai bakteria ini. Tekanan/ stress yang tak terkawal juga menjadi penyebab kepaada gastrik. er..er.. akhirnya.. punca yang terakhir ni macam sesuai pulak dengan aku =P. Akhir sekali adalah tabiat merokok. Percaya tak kalau merokok ni boleh menyebabkan gastrik.. sila gugel.. 


 Jadi apa perlu aku buat ? 

1. Makan secara teratur 
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam 
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 
4. Mengawal stress dengan bijak 
5. Elakkan minuman berkarbonat 
6. Berhenti merokok **ni la benda paling susah bagi perokok2** 


Itu je lah yang aku nak tulis pun... mungkin terlalu panjang entri ni untuk orang seperti aku.. huhu. tapi sebelum tu nak tanya...Bila datang gastrik saja mesti orang suruh minum susu. Kalau ada sapa2 yang tahu bolehla kongsi.

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...