Hari tu aku, pensyarah, 2 rakan sekerja dan 2 pelajar tahun akhir tiba di Pekan berhampiran kira2 jam 10 malam. Kami check in di guesthouse yang berdekatan untuk memudahkan kerja keesokan harinya. Di rumah tumpangan, masing2 sibuk menyediakan peralatan masing2 untuk mendaki dan merintis laluan baru. Nak kata tinggi tak jugak sebab bukannya gunung... tapi agak mencanak jugak lah jalan dia. Ada dikalanngan guide yang menggelarnya bukit maut. Untuk pengetahuan, pihak pengurusan kawasan hutan ini ingin membuka satu trail baru (denai hutan) dan kami diminta untuk merintis jalan baru ini dan menyediakan panel2 interpretasi di kawasan ini.
Ekspedisi bermula dari Jeti PERHILITAN. Perjalanan menggunakan jalan laut hanya mengambil masa lebih kurang 45minit untuk ke kawasan pantai berhampiran. Jika menggunakan jalan hutan, pengunjung memerlukan hampir separuh hari perjalanan ^^. Setibanya di pantai, masing2 bersedia untuk mendaki. Aktiviti kali ini adalah tagging pokok (mengenalpasti spesies pokok) dan kami dipandu oleh seorang guide (Pak Sudin) **bukan nama sebenar**.
Perjalanan mulanya senang kerana jalannya agak mendatar dan sesekali kami perlu merentasi anak sungai. Proses mendaki hanya bermula selepas kami merentasi sungai yang ke 3. Boleh tahan la curamnya tu... terjelir jugak lidah. Sepanjang menjalankan kerja2 mengenalpasti pokok, takdak pulak berlaku apa2 yang pelik.
Dalam perjalanan pulang kami melalui suatu tempat yang dipenuhi dengan rotan. Dalam banyak2 rotan yang tumbuh dikawasan tu, ada satu rotan yang nampak menarik dan sesuai dibuat tongkat. Pak Sudin menawarkan diri untuk mengambil rotan itu jika kami mahu. Pada mulanya kami menolaknya dengan baik kerana mengeluarkan hasil hutan di kawasan taman negara adalah salah, namun disebabkan keunikan rotan itu, salah seorang daripada kami telah mengambil rotan itu.
Malam tu, aku terkejut bila terdengar member aku menjerit. Buntang mata aku bila tengok dia menjerit2 sambil menepis sesuatu. Aku lihat jam di dinding. "uish pukul 3 pagi" bisik aku dalam hati. Kata orang pukul 3 pagi ni la waktu hantu bekeliaran...sejauh mana kebenaran tu aku pun tak tahu. Aku baring semula di campbag. Lepas aku pejam ja mata, tiba2 aku terasa berat macam kena tindih. Pada masa yang sama anjing mula menyalak... Auuuu~ panjang dan bersahut-sahutan.
Masa tu, aku dah tak boleh buat apa... Aku baca ayat kursi dalam hati. tapi satu ayat hilang, aku tak dapat nak teruskan. dada makin sendat rasa...sesak nafas! ikhtiar terakhir aku Al-Fatihah. aku baca berulang2 kali.
Dalam 2 3 kali aku baca...anjing pun berhenti menyalak. Aku pun dapat bukak mata dan badan dah tak rasa berat lagi. Aku lihat member aku... dia mendengus kecil... macam orang penat berlari 100meter. Tiba2 dia mengiring ke arah aku... dia tengok campbag aku dan menjerit seolah2 terkejut sesuatu. Sekali lagi anjing menyahut. Aku terus bangun dan duduk. Aku tanya member aku, "awat weh! hang jerit apa". "Aku tak boleh tido".
Disebabkan masing2 tak selesa kami ambil keputusan untuk keluar lepak kedai mamak. Dia kemudian cerita dekat aku. "Ada pompuan (perempuan) panjat katil aku, Dia naik kat kaki aku". Faham la aku kenapa dia jerit. Lagi sekali dia jerit masa tengok campbag aku. Itu sebab dia nampak pompuan tu tido depan aku. Patut la aku macam kena tindih ja rasa.
Keesokan harinya, kami pergi semula ke sana dan pulangkan apa yang kami ambil dan alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Sejak malam tu, aku dah tak berani nak ambil apa2 dari hutan... Walaupun aku minat sangat dengan keladi2 dalam hutan tu.. terpaksalah bersabar. So jangan lah ambik apa2 dari hutan sesuka hati... bukan apa takut dia ikut dan tak mahu pulang... haru~
+biarjasajadikenangan+











Pontianak – Menyerupai perempuan yg memakai Jubah putih dan berambut panjang.Digelar Kuntilanak di Indonesia. Selalunya mengila pada waktu malam.Orang tua2 cakap, belakang tengkuk Pontianak ada paku dan jika dicabut akan merupa menjadik wanita cantek.
Polong - Hantu yg digunakan oleh pengamal ilmu hitam untuk menyakiti seseorang. Orang dulu2 buat saka untuk jaga kampung.

Hantu Pocong - Jasad yang dibungkus kain kafan putih dan melompat-lompat. Ni kategori hantu femes ni. Dipercayai kalau mayat yang dikebumikan tak dibuka ikatan pocongnya(bahagian atas, bawah dan tengkuk), rohnya akan terperangkap. Ini aku baca dekat internet lawan web indon. Tapi cuba korang bayangkan…Kalau korang drive dkt jalan n jumpa perempuan selubung putih….Korang lalu tak jalan tu…mesti lalu kan sbb kita tak sure tu hantu ke tak. Tapi kalau korang jumpak pocong tepi jalan korang berenti tak? Mampus tak kan….haha sebab takde orang yg nak balut badan mcm pocong…. So pocong ni memang terkenal sbg simbolik hantu melayu.

Orang Minyak - "Oily Man". Orang yang mengamal ilmu hitam. Suka Memperkosa gadis. Sekarang tak tau la ada ke tak lagi orang minyak… Senang cerita…selagi ada orang blajar benda2 sesat ni ada lah orang minyak. Beware gadis2….
Penanggalan - Kepala dan saluran usus wanita terbang tanpa tubuh. Suka mengisap darah anak yang baru lahir. Ini juga adalah ilmu hitam yang diamalkan. Orang dulu2 suka letak duri-duri dekat pagar rumah, bawah rumah terutamanya bila ada orang nak bersalin bertujuan nak haling makhluk ni la. Ada sumber mengatakan kalau penanggalan ni tak balik ke jasad dye sebelum azan subuh dye akan terbakar. (Indonesia panggil Si Ruban)
Harimau Jadian - Hantu Harimau atau Saka Harimau. Kenalan aku ada pengalaman tentang saka hariamu ni. Kawan baik dye kena ganggu dengan saka ni. Cerita dye mcm ni. Nenek dye mmeninggal dan saka akan turun kpd anak sulung (ayah bdak malang tu) dan bila xdterima saka ni akan carik anak sulung org yg tolak tu…So kena dkt kawan kenalan aku nih.. Masa kawan dye sakit (kena rasuk), mata semua jadi warna hitam. Korang bayangkan dye boleh lipat badan dye lpas tu duduk bawah kerusi. Memang tak logik. Yang lagi tak logic tu boley panjat dinding…. Ini aku tak tipu memandangkan kawan aku aku tu cerita dengan reaksi mata yg terbeliak so aku pon pecaya. Trpulang korang la nk pcaya ke tak. Tapi satu yang pasti, bila brdamping dengan benda2 mcm tu, nak mati nanti siksa….

