Bally.Da.Shoe: August 2017

Tuesday, August 15, 2017

Sekadar rasa ingin tahu?


Buat apa beli buku..
kalau tidak ada penanya…
buat apa menyimpan pilu..
Andai lepas itu jalannya.


Dari sehari ke sehari aku merasakan lebih mencipta musuh dari sekutu. Di rumah mahupun di tempat kerja. Seperti barah yang makin parah.. menunggu ajal singgah.
 
Aku.. mencipta musuh tanpa sedar dengan alasan yang tak layak dibahaskan.. iaitu mulut orang. Dikias orang dulu2.. kerana pulut santan binasa.. kerana mulut badan binasa. Dan seperti biasanya yang binasa itu pastinya aku.

2017... menyaksikan begitu banyak peristiwa yang berlaku.. dari sebuah kejayaan hingga rintih kekecewaan. Tapi aku.. masih berkira-kira bagaimana mengadu dalam ayat-ayatku.. agar orang tahu ketidakpuasanku.. yang selalunya gagal diterjemah dalam lisanku.

Aku cuma ingin tahu.. apa salah aku ?

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, August 8, 2017

Midlife crisis

Rindu...
Rindu masa lalu..
Makin kerap termangu..
Rasa ingin kembali.. menongkah masa dulu.

Apakah ini kemurungan.. atau "midlife crisis" yang melanda insan-insan makin lanjut seperti aku. Perasaan amarah yang parah.. bagaikan minyak yang menambah marak pada api. 

Biarkan aku disini... biar masa itu terhenti.. kerna aku.. masih punya banyak angan yang ingin ku gapai. Masih jauh langkah yang ingin ku tempuh dengan kudrat mudaku.. dan masih banyak budi yang ingin ku balas dalam hayatku.

Jesteru itu.. benarkan aku terus meratah masa mudaku.. dalam mencorakkan duniaku.. selari dengan redhaMu.. ya tuhan.

+biarjasajadikenangan+


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...