Benarkah di bawah selimut itu? | Bally.Da.Shoe

Monday, October 25, 2010

Benarkah di bawah selimut itu?

Malam ini sejuk..aku naik ke kamar... menghadap lappy... cuba menulis tentang orang itu... tentang malam itu... Aku menyandar dibirai katil sambil menyelesaikan tugasanku... malam semakin larut, sel2 darah merah menunjukkan kemalasannya mengangkut oksigen ke otakku. Kelopak mataku terasa disentap turun...aku mulai memejamkan mataku.

Pabila ku celik, aku berada di hdapan sebuah rumah. Tahu sangat aku itu rumah siapa... Aku lihat orang berpusu2 masuk. “Ada apa ya? Kenduri barang kali...tak pun kenduri budak berkhatan”. Masakan budak berkhatan... Aku melangkah mendekati rumah itu. Suasana hiba mula menyerang disegenap kubu pertahananku..hati. Aku terlihat ibu itu...bersandar dibuaian dengan tuala kecil tergenggam erat ditangan.

“Makcik...ada apa makcik?” Ibu itu diam seribu bahasa... dari riak wajahnya, tersimpan seribu kedukaan. Aku melangkah masuk. Alunan yassin jelas berkumandang...semua wajah tertunduk kelantai. Ku lihat disudut itu terhampar kaku tubuh jenazah diselimuti kain. Ya Allah, siapakah itu... Tolong jangan... Fikiran mula meracau menagih jawapan. Setiap titis kudratku kerah...memberanikan diri membuka kain yang menutupi jenazah itu... Ya Allah benarkah apa yang kulihat? Dia terbaring kaku tiada bergerak.... Mukanya pucat... matanya terkatup rapat... senyum manisnya tawar hari itu. Apakah untuk bersahabatpun aku tiada berlayak!!

Aku terjaga, keringat membutir didahiku. Aku terus mencapai telefon untuk mempertanyakan perihal naskah tidurku itu. Namun percaya ku itu hanya mainan tidur. Tidur yang tiada disaluti dengan selimut doa. Namun petang itu, telefon berdering...1 mesej diterima. “Bali. Berita buruk”. Sendi tangan terasa longgar...hilang segala perkasaku sebagai lelaki. Aku termenung...Apa aku kuat untuk membaca mesej ini” kugagahkan diri untuk terus membaca... Rupanya mimpiku tidak salah memberi pertunjuk. Dia kecelakaan berhampiran Tol Jelapang.

Namun...dihujung pesanan ringkas itu tertulis "dia tidak apa2, ibu dan kekasihnya dah bergerak ke tempat kejadian". Alhamdullah. Syukur... Umur kau masih panjang.

p/s: kadang2 mimpi juga beri petanda...

+biarjasajadikenangan+

3 comments:

Anonymous said...

syukur xde pape. emm.even mimpi tu mainan tdur tp kdg2 cm ptunjuk kn..? em..

Husna Adilah said...

setuju sgt dgn k.su, petunjuk bg org yg mahu berfikir ..

Bally Da Shoe said...

emmm biar x 100% tp ada jgak sipi2...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...