Bally.Da.Shoe: October 2011

Sunday, October 30, 2011

Serius aku tak betul malam ni...


Ini adalah penulisan mangsa buntut kematu... *aku lupa aku naik bas ke unta tadi*

Apa yang patut aku buat bila nak berazam... aku terpikir2 nak menyanyi lagu Gemilang Jacklyn Victor sambil berdiri atas meja.. nampak macam gigih sket.

Semalam2 tu aku makan nasi sepinggan 2kali tambah... hari ni aku berazam nak makan setengah pinggan saja... tapi 6-8 kali sehari. bab2 makan ni memang gigih aku ni =P

yang lepas2 tu selalu sangat aku tidur pukul 2 3 pagi. Jadi hari ni aku nak berazam padamkan lampu awal... dan selepas tu layan muvee sepam dua..

Kalau sebelum ni aku asyik begolek ja atas katil ternak lemak... lepas ni aku berazam nak berjogging depan cermin... bila aku tengok muka aku dalam cermin...mungkin aku sedar bertapa gigihnya aku berjogging... lagi bagus kalau cermin tu sebelah katil ^^

Mungkin sebelum2 ni aku sedikit rendah. sedikit saja~ hari ni aku berazam nak tulis besar2 "Aku tinggi" dekat kertas mahjong dan tampal dekat syiling... tiap2 malam boleh baca sebelum tido... esok bangun dah tinggi yeaHH!!

SORI LAH... AKU PUN TAKTAU APA AKU TULIH... maybe azam untuk bulan 11 dua ribu11 =P dah sudah tido bye~ @_@

p/s: bab tinggi tu macam dah tinggal harapan saja~

+biarjasajadikenangan+


Friday, October 7, 2011

Kakak nisan



Menganggur2 ni teringat pulak aku peristiwa masa aku menganggur lepas SPM dulu. Maklumlah orang menganggur... banyak sangat masa. Sampai ada masa tu aku kira berapa ekor semut yang bebaris dekat dinding... gila hape~ *kaitan ke* Okay enuff..

Peristiwa tu memang kelakar bagi aku...tapi mungkin pengalaman ngeri bagi budak-budak tu. Pengalaman yang aku maksudkan tu adalah pengalaman kena usik dengan senior =P mesti semua pernah dengar kan semangat wira. Tujuan sebenar aktiviti ni nak memupuk semangat berani dalam diri pelajar2... tapi disebabkan banyak orang2 yang macam aku ni lah yang membuatkan orang anti dengan aktiviti ni.

Malam tu boleh tengok macam2 jenis orang ada. Yang melaung azan sampai dengar satu sekolah pun ada... yang jadi keras macam batu pun ada... belum tengok yang bertempiaran lagi... tapi aku respek lah ada sorang mamat tu... dia steady je baca surah Al-Baqarah. Tak jadik aku nak ganggu.

**ni lah sepupu makcik karipap**

Dan aku kesian dekat sorang budak tu**budak form1 rasanya...kecik sgt**, lepas dia nampak aku berdiri tepi tiang dia tunduk ja kat situ kaku.. sampai orang kena datang usung. Sadis gak lah aku rasa masa tu. Sapa tak takut kalau tiba2 ada kakak pakai putih bawa batu nisan panggil kau.. Kalau aku pun dah bertiang lari.. Member aku sorang lagi jadik hantu gorilla. Memang ohsem ada hantu gorilla =P

**mana telekung aku rembat pun tak tahu**

Mungkin disebabkan ktorang menganjeng2 kewujudan hantu disekolah yang dah sedia berhantu tu, adalah diantara kitorang yang dah ternampak benda.. termasuklah aku. Tapi semua orang tak nak cerita. Tapi yang pastinya aku dengan kawan aku (wan) Nampak makhluk macam org bersayap macam burung... tapi yang herannya kepaknya Cuma 1. Benda tu merenung ja. Kami pun apa lagi... perlahan2 membelahkan diri lah.. aku pun dah tak ingat mana aku lempar batu nisan tu. Dan lepas tu aku dah tak hengen nak jadik hantu nisan lagi dah... insap dah... dan jadilah aku budak nerd yang Berjaya sampai sekarang **berjaya kah**

p/s: sekolah aku memang banyak hantu pullstop.

+biarjasajadikenangan+

Thursday, October 6, 2011

Saat tertekan


Saat tertekan.. punya banyak masalah. kita pasti mecncari seseorang untuk bercerita. Kata orang.. masalah yang dipendam akan membinasa... dan kata aku.. orang yang hanya berkongsi keseronokan bersama orang lain..sebaliknya menyimpan segala beban dan kesedihan hanya untuk dirinya adalah orang yang tamak.

Tetap bertahan dengan masalah dan berlagak seperti tiada apa2 tidak bermakna kuat. Mereka lemah kerna tidak bisa mengekspresikan apa yang mereka rasa. Jasad mereka mungkin bertahan, namun hati mereka memberontak.

Menangis dalam menceritakan masalah tidak bermaksud lemah. Mereka sebenarnya sudah lama bertahan dan saat sudah tidak tegar..mereka menitiskan air mata. Mereka kuat kerna mereka berani menzahirkan apa yang mereka rasa. dan lebih kuat lagi jika mereka menzahirkan pada apa yang mereka tak puas. Namun.. menangis tanpa berbuat apa2 adalah orang yang tidak berguna. hanya memekik seperti tin yang kosong... bising tapi tak berisi.

Mereka yang mendengar dengan bersungguh-sungguh masalah orang lain adalah sahabat yang baik. Mereka mungkin tidak dapat membantu apa2 untuk menyelesaikannya tetapi menjadi pendengar yang setia sudah cukup untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh sahabat mereka... dan yang paling penting, mereka ada disisi kita.. mengambil berat kita saat kita memerlukan. Bagi mereka yang mendengar secara acuh tak acuh, jangan terasa hati... mereka hanya sekadar kenalan.. yang kita tersua dan berkenalan.

Kenalan hanya mendengar apa yang kita ceritakan dan mungkin tidak berusaha memahaminya. Sahabat pula mendengar apa yang kita ceritakan... cuba memahami dan membantu.. tetapi sahabat karib mendengar apa yang tak kita ceritakan. Mereka sentiasa mendampingi dan membimbing kita saat kita memerlukan. Mereka membaca perlakuan dan mendengar apa yang hati kita bisikkan.

Berkawan biar seribu.. bermusuh jangan satu.. dan jika satupun tiada untuk mendengar bisikan hati kita.. mungkin kita bukan sahabat yang baik. Ingatlah.. kita meruapakan satu jiwa. Pemilik jiwa pasti sangat menantikan kita untuk bercerita pada-Nya. Tiada satu masalah pun yang terlepas dari pengetahuannya.

p/s: You don’t have to act strong… If you wanna cry.. just cry. and if you get angry.. say it. After all, unable to express your feeling is worst

+biarjasajadikenangan+

Wednesday, October 5, 2011

Bentuk muka dan badan **lelaki sahaja mungkin**



Seronok pusing2 dengan cik gugel tadi terjumpak plak info yang agak best ni. I believe it’s for men only. Manusia dicipta dengan pelbagai rupa dan bentuk… dan setiap satunya punya kelebihan tersendiri. Itulah yang menjadikan manusia ni unik. So, jom kenal bentuk muka, jenis bahu dan bentuk dan perkadaran badan.

Bentuk Muka... aku nak explain pun taktau... tapi korang carik lah muka sendiri. Ada mungkin terselit kat mana2. Aku pun tak jumpak lagi muka aku macam mana. Hmmm...

Jenis Bahu terdapat 3 jenis iaitu **sila lihat gambar yah** Kebanyakan orang memiliki jenis bahu 1 dan 3. 2 mungkin banyak tapi aku tak penah jumpak lagi.. ada masa pulak kan aku nak teropong bahu orang. demmm!!


Bentuk Badan... jenis bintang takde ke =P


Perkadaran badan pun ada variasinya. Ada orang yang badan dan kakinya sama panjang, ada orang yang kakinya lebih panjang daripada badannya dan ada juga yang sebaliknya. Menurut satu majalah yang aku pernah baca… tak hengat pulak majalah apa.. tapi katanya orang yang memiliki kaki lebih panjang daripada badannya memiliki personality yang seksi dan sesuai dalam bidang modeling sebab badan mereka sesuai dengan apa jenis pakaian pun.


Postur badan terjadi melalui tabiat kita. Orang tinggi sesetengahnya cenderung mempunyai posture ke-3 (Orang utara cakap bongkok sabut). Mungkin sebab selalu cakap dengan orang rendah tepaksa tunduk2 =P. Tapi…tapi… aku rendah saja tapi bongkok sabut juga =P Postur kedua lebih kepada askar…ye ke… mungkin lah


p/s: still tak jumpa tips meninggikan diri ^^.

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, October 4, 2011

Pengalaman yang takkan aku LUPAkan


Hari ke berapa tah tak ingat.. tapi yang pasti peristiwa ni berlaku masa aku collect data dengan kawan2 dekat plot atas. Memang aku takkan lupa peristiwa lewat senja tu. Hujan lebat (buat projek musim tengkujuh sapa suruh). Kami berehat bawah khemah utama sambil masak milo panas.. memang ohsem!!! Unggun api yang galak menjadi tumpuan semua lah sambil sembang2.
Unggun temppat menumpang kasih ^^. selesanya~

Milo panas yang ohsem!! ^^, sapa yg buat.. hehe

Hujan semakin lebat, banyak dahan pokok yang patah dan jatuh. Ini menambahkan tahap cuak kitorang takut2 pokok pulak yang patah. Akhirnya kitorang buat keputusan untuk turun ke chalet fakulti. Dengan gaya laju2 kitorang masukkan barang2 penting dalam drybag si naim dan chow! Elok sampai dekat alur saja HOHEMGEE! jalan dak takdak.. dah takdak alur2 dah... air dah hampir paras dada. Air naik. Mustahil kalau nak melintas dengan bahagianya sebab air sangat deras. Silap percaturan hanyut~

Kem 3 mesketeer

Disebabkan nafsu nak turun yang naik mendadak2 tu, Kitorang masing2 melintas guna pancang ala2 orang buta melintas zebra crossing. Kitorang pacak pancang kuat2 kt dasar dan lintas... brilliant tak? haha Ijak jalan dulu sebab fizikal dia yang gagah..huhu naim tengah dan aku last sebab aku bawa barang. Masa tengah brilliant2 menyeberang tu, aku tengok ijat dah goyang.. gila ahh kalau dia tak tahan.. apatah lagi aku yang keding dan kering ni. Dalam goyang2 tu lepas jugak.

Sebelum air naik
Selepas air naik

Aku ikut rapat belakang naim. Sampai ja tengah pancang aku pegang tercabut... pelanting rasa. Kalau hanyut ni memang jalan lah. Saat2 tragis dan sadis tu lah si naim sambar lengan aku. Demmm!! aku memang berhutang nyawa dengan hang naim. Bag kamera habis lencun.. nasib la kamera dengan gps dalam dry bag.

"Eh.. jalan putus!"

Kitorang pun panjat tebing terus start motor. Jalan licin giler.. hape ko hengat motor aku pandai shafel tectonik kah.. Banyak kali jugak la motor aku tergelincir.. nasib tak jatuh. Aku gerak belakang.. ijak depan sebab dia suruh aku suluh dia. Tengah sedap safel tu ijak berhenti. Air lintas jalan... dan separuh daripada jalan runtuh. Proses menyeberang terpaksa dabel hati2 takut air tolak motor. Memang tawakkal habes masa menyeberang. Lepas bahagian tu jalan dah agak selamat sebab dah mendaki. takde banjir2 dah.. setakat dahan2 jatuh tu ada la. Tapi tak lepas lagi kitorang.. ada satu lagi azab.

Jalan putus (malam)
Jalan putus ( keesokan hari)

Betul tekaan kitorang, jalan balak yang kitorang lalu tu melintas 2 kawasan tinggi. dan diantara tu air naik. Kali ni arus lagi kuat dan agak dalam. So kali ni aku g dulu sebab motor aku tinggi sket. Masa melintas, moto memang terdorong ke sisi sebab air kuat. tapi disebabkan aku berdua so tak terasa sangat. sampai satu spot tiba moto jatuh lobang. demm!! wap stim membuak2. Aku tengok belakang eksoz aku dah bebuih... aku pulas trottle mcm nk tecabut rasanya.. naik juga moto aku. Aku toleh ja aku nampak moto belakang dah selam.. separuh moto hilang dalam air. Kelam kabut kitorang p tarik motor.

Usaha2 menghidupkan motor


At last.... (afta teti minit)

lokasi motor lemas

Naik tebing ja.. ada setengah jam jugak lah cubaan menghidupkan motor. Nasiblah maw hidup jugak... Hondak petak sangat ohsem!! Berakhirlah pengembaraan sadis hari tu. Aku rasa tu lah pengalaman yang paling teruk sepanjang collect data sebulan tu.. dan aku dah berhutang nyawa dengan orang. kalau tak hilanglah aku malam tu dalam air yang bergulung2. Aku ingat sampai mati naim.. tenks!!

Ni lah cerita...




+biarjasajadikenangan+

Monday, October 3, 2011

Tinggi dan Berat Ideal

Berat & Ketinggian yang ideal

Menjadi tinggi merupakan idaman setiap lelaki. Tipu lah kalau cakap lelaki takmau tinggi. Orang tinggi ni banyak kelebihan. Berpakaian nampak kemas dan mudah untuk dipadankan dengan apa2 saja jenis pakaian. Kalau macam aku yang rendah ni, pakai apa pun hudus...

Orang tinggi senang nak peluk awiks... =P Okay *i'm jokin* tp betol wud... senang nak peluk istri lah. Gadis pun aku berani cakap mostly suka lelaki yang tinggi. terasa selamat katanya. Mungkin sebab kejadian wanita itu dari rusuk dan dekat dengan hati. =P

Sebab yaang paling penting bagi aku. Ketinggian ni memberikan rasa percaya diri yang sangat tinggi. Bila duduk dalam makhluk2 yang ramai.. terasa kerdil saja. Nak becakap pun gagap2.. haha susah la macam ni. Bila nak maju bali!!

So, kat bawah ni ada carta ketinggian dan berat ideal.. Carta BMI pun ada ^^.


Lelaki


Wanita


158 cm 51-64 kg


150 cm 44-55 kg


160 cm 52-66 kg


153 cm 45-57 kg


163 cm 54-69 kg


155 cm 47-59 kg


165 cm 55-70 kg


158 cm 48-61 kg


168 cm 57-71 kg


160 cm 49-63 kg


170 cm 59-73 kg


163 cm 50-64 kg


173 cm 61-75 kg


165 cm 52-66 kg


175 cm 63-77 kg


168 cm 53-67 kg


178 cm 64-79 kg


170 cm 55-70 kg


180 cm 66-81 kg


173 cm 57-73 kg


183 cm 68-84 kg


175 cm 59-75 kg


185 cm 70-86 kg


178 cm 61-77 kg


188 cm 72-88 kg


180 cm 63-79 kg


BMI Formula BMI( kg/m² ) = berat dalam kilogram / tinggi dalam meter²


Nilai BMI


Status


<18.5


Underweight


18.5 - 24.9


Normal


25 - 29.9


Overweight


>30


Obesiti


BMI aku : 18.33 ternyata mormal ^^, ukurlah sendiri *mcm iklan garnier* tapi tinggi macam tak normal jah. T_T Menyedari diri rendah memang menyedihkan.. tapi BMI yang normal mengubat sedikit lara ni.. haha. kalau tak seimbang tak mengapa.. BMI masih boleh diubah =P

p/s: tinggi idaman aku.. 170cm saja...sikit ja.. mcm sia2 saja merayu dalam blog.. haha
+biarjasajadikenangan+

Sunday, October 2, 2011

Makanan Hati : Wanita Gula2


Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Lelaki kristian: kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu
salah satu darinya dibukakn bungkusanya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian

Lelaki muslim: Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

Lelaki kristian: Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim: Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.

p/s: wanita perhiasan dunia ^^.


+biarjasajadikenangan+

Saturday, October 1, 2011

Bahaya Tandas

Nak cerita... tak cerita....

Mungkin isu ni tak patut dibincangkan.. tapi aku akan menyesal jika tak cerita dan sesuatu berlaku pada kawan2 aku. Mungkin ramai dah tahu hal ini tapi mungkin ada yang masih tak tahu. Isunya cuma tandas ^^.


Seperti yang kita tahu tandas ada 2 kategori... ** tandas tepi sungai tak kira** Tandas duduk dan tandas cangkung. Lets take it positively... aku tak sembang kotor or lucah2 aih =P Samada kita tahu atau tak, ramai orang yang gunakan tandas duduk seperti menggunakan tandas cangkung. Orang2 yang lahir dah tengok tandas duduk memang takkan lihat ini sebagai satu masalah... tapi mungkin orang2 lama dalam keluarga kita mungkin ada buat.
Duduk mencangkung atas mangkuk tandas sangat bahaya. Bukan sebab tergelincir, dan bukan sebab kurang feel~ tapi sebab ia mungkin pecah. Dulu member aku pernah cerita.. dia cakap abang dia pernah angkat seorang makcik yang cedera disebabkan mangkuk tandas pecah. Darah penuh dilantai tandas wanita.. **er..er...pening** Dekat mid kalo tak silap.. . Bertapa sengsara makcik tu aku tak dapat bayangkan tapi itu lah kesan jika menggunakan barang binaan yang kurang berkualiti semata2 untuk menjimatkan kos.

Disini ada aku letakkan gambar mangsa kes tandas pecah yang aku jumpak kt gugel. Kalau korang rasa korang lemah semangat tak perlulah tengok. dan maaf lah jika gambar ni kurang sopan.. just to let you know the situation.. Aku pun pening tengok gambar ni.

Bawah ni cuma gambar saja... if nak tengok


macam tak percaya kan...

p/s: penting bagi setiap tandas awam ada kedua2 jenis tandas

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...