Bally.Da.Shoe: June 2010

Sunday, June 27, 2010

KeDahKelaTe kitO~

Hari neh dah berjam2 depn skrin dan maseh tak dpat tulis apa2...lupa habes~ So aku cerita pasal aku kemaren je la

Kemaren aku p warung feberet aku [ koeyteaw sup mak aji], lepak dengan membe2, memandangkan aku pun lama tak jumpa mereka2 itu berberan-beran la crita yang meleleh keluar dari mulut masing2, Ada yg cerita pasal kereta la, 'penang' la. Tengah suam-suam hot bercerita tiba2 semua diam...?! Lepas tu gelak.. HAHAHA!!!

Diorang cakap aku dah tukar slank~ dah murtad kedah.... huuu T_T mulut dah kelu lidah dah keras.... Selalunya orang tukar slank jadik slang KEY EL [org kedah panggey kelumpo~] tapi aku neyh dh jadik kelate~ Berat dah ni.... patut la aku p padang besar beli barang tak dpt diskaun... Arghhh!!! Aku tak mau murtad negeri~~ hahaha
Mungkin hari2 aku dikampus dikelilingi oleh masyarakat "kelateganu". Ini membuktikan masyarakat ini banyak dimana2... Haha tapi apa2 pun I LOVE MY KEDAH... So kepada yang diluar sana tu... belajar molek2 lepastu balek berbakti pada negeri masing2 opsss... tak betoi tu...berbakti pada negara amnya...hehehehe kan kita neh dibawah payung satu Malaysia...mana tumpahnya kuah kalao tak ke payung.... ^_^
+biarjasajadikenangan+

Friday, June 25, 2010

Kawan & biskut...mana lagi mahal ?

Kalau kita ke kedai rucit, Harga biskut 2hengget, Garam 4Kupang(sen dlm kedah), gula2 2kupang, sabun daia harum sengget dan mcm2 lagi la, kalao takde barang tak jadik kedai plak dye... Tapi satu hal yang aku tak tahu, berapa harga persahabatan?? sapa2 nak bid untuk persahabatan tak so kita boleyh tau harganya...

Kalau ajak makan tak ikot nak putus sahabat, tak teman pegi kedai runcit pon nak putus sahabat, tak teman sopink nak putus sahabat, dan tak keluar makan pun nak putus sahabat~ wow!!! mesti bagi dia harga persahabatan 2 murah sangat, senang nk putus2... boleyh lelong dekat pasar malam " lai2 3 singget 3 singget!!!! yang comey bagi saja, beli satu pecuma plastik bag~" Mungkinn sebab banyak sangat membe dye sampai melimpah ruah.... Itulah permainan manusia, bila dah banyak tak menghargai, bila takdak tercari2... hahaha~ maluw jugak kadang2 mengingati peradaban yang semakin lusuh..luntuh..lumpuh :(

Bagi aku sahabat biar tetap sahabat, takde putus2...ingat tali ka boley kerat2~ sekali berkawan, kawan sampai mati..biar macam mana gaduh pun akan baek semula..tapi kawan makan kawan tu laen cerita la.. itu laen bab, Kalao benda2 remeh macam tu boleh buat kamu putuskan persahabatan, what can i say~ dah itu ja nilai untuk prsahabatan kamO~

p/s: Jangan sesekali bermain dengan perkataan sahabat, Kerna sahabat la masyarakat kita semakin jatuh skang, dan kerana sahabat juga ita mampu menjadi bangsa yang kuat~ [just pendapat Encek Bally] ^_^


+bilajasajadikenangan+


Wednesday, June 16, 2010

HendakPerlu!!

"Uish~ Bally beli mecedeh...aku pun nak beli gak... ingat tokey ayam tak leh beli mecedeh ka"


Kehendak atau keperluan yang mana lagi penting~

Huh!! membe aku punya membe tanya dia soklan neh.... Senget punya budak....
Terang tang tang dah keperluan la penting..
Korang ada Seluar, Baju, Tie, dgn tali pinggang. Bayangkan tie dengan belt adalah kehendak. Nak ke korang g keje pakai tie dgn belt je... tak yah pakai baju sluar.... obvious sangat... hiuuu~

Tapi kalao dh kemampuan tu ada, xdak masalah....jerut p la 10 tie pon xdak hal. Penuhkan keperluan dulu, yang mana asas pada kita. Pelan2 kayuh, dh ada kemampuan nnti go on ~ Tapi sebelum tu kena ingat, keprluan kita bukannya sikit, ada banyak aspek yang perlu kita titikberatkan... Aku ada terbaca dalam satu blog, so aku link dekat SINI. Baca lah ye...

p/s: "Jangan berharap pada apa yang kita mahu sebelum kita punya apa yang kita perlu"

maaf kalau contoh aku tu mcm tak sesuai. aku just nk tunjukkan bertapa keperluan tu sangat penting...

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, June 15, 2010

Apa pendapat korang kalao lulusan/status lelaki lebih rendah daripada wanita...

Rasa macam ada yang tak kena je kan... huhu. Bagi pendapat aku, bila situasi ini terjadi... kecik kemungkinan satu hari dialog yang akan muncul " Abang, awak tu dah la lulusan tah hape2...awak sedar tak awak tu menumpang saya jer". Wah memang sadis untuk dibayangkan. Tapi bukanlah nak maksudkan situasi yang sebenar macam tu....cuma sekadar kemungkinan.

Kalau dilihat dari situasi sekarang, Lebih ramai penuntut-penuntut di universiti awam mahupun swasta di negara kita yang terdiri daripada pelajar-pelajar wanita. Tak kurang jugak yang belajar di luar negara. Tak mustahil situasi seperti diatas akan berlaku. Kalao korang gadis2, korang buat mcm ni tak?? harap2 tak... Aku risau ni, mana tau jodoh dengan gadis yang lulusan lagi tinggi ker....

Sekarang ni, ramai wanita yang "kurank" pandai masak. bukan semua tapi sebilangan....jangan dok pi lapor plak...tak pasai2 ke dalam plak aku nanti... Contohnya intebiu yang aku buat dan jawapan yang aku terima " saya nak cari calon suami yang pandai masak, senang dia boleh masakkan. Saya segan la masak-masak ni". Ada pulak nanti pembantu rumah lelaki...

Aku selalu jugak jumpak dekat supermarket suami-suami yang galas beg tangan sambil dukung anak sementara isteri-isteri sibuk memilih barang. Hiuuuu~ Suami mithali tuh.... ^_^ dye nak ringankan kerja isteri je tuh.... jgn dok salah sangka plak... :P

Ada satu lagi masalah yang kian memenatkan kepala otak aku berfikir. Baru-baru ini aku terbaca dalam koran, Kadar peningkatan perokok wanita pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding perokok lelaki. Apa maksud dye nih... maknanya wanita skang dh mula merokok dengan hebatnya!!! Aduh... ini serius~~~ Bila kesan daripada tabiat ini muncul, dialog yang akan muncul, "Abang, anak kita pramatang la, kaki cantum, muka tinggal separuh..kenapa bang!!!". Hah lepas tu saling tuduh menuduh...last skali dah tak tahu nak buat apa, lempaq ja bayi tu dalam longkang, tanam hidup2.

Kita punya jahat orang lain kena tanggung... So kepada gadis2 janganla ada yang macam kat atas ye... Jaga diri molek2, kesian dekat laki-laki yang skang ni tengah tunggu bakal2 isteri diorang... dah la dah semakin pupus...haha [Sekali lagi ditegaskan, ini pendapat aku semata2...jgn bawak p court pless]...hahahaha!!!! Jangan risau kiteorang orang laki2 akan sentiasa mencari yang terbaek buat diri dan masa depan (keluarga). Moh sama2 kita buat master dgn PhD...hahaha

Mintak2 takde pihak yang tersinggung.

+biarjasajadikenangan+

Sunday, June 13, 2010

Teriak Bumi HijaO~


Andai bumi bisa berkata-kata
Pasti geruh teriaknya
Melolon
g menyergah sekalian isinya
Menzahirkan penyiksaan keatasnya

Andai bumi bisa berkata-kata

Tak tertanding guruh dilangit

Mendengar maki dan hamun
Pada mereka yang durjana


Andai bumi bisa berkata-kata
Pasti tiada mereka yang cela
Mengorek
dan menghirup sekalian isinya

Menyukir senyuman sinis disaat bumi semakin gering

+biarjasajadikenangan+

Saturday, June 12, 2010

Bila Lihat~

Bila manusia melihat burung
"Seronoknya jadi burung, boleh terbang setinggi awan, dapat pergi ke mana saja"
Bila burung melihat ikan
"Seronoknya tengok ikan meliuk-liuk dalam sungai, malangnya bulu pelepah aku tak boleh kena air"

Bila ikan melihat kura-kura
"Seronoknya kura2, dapat hidup di dua alam. Bila bosan di air dapat naik ke darat. Malangnya aku tak boleh naik ke darat seperti kura2.
Bila kura2 melihat arnab
"Eleh!! walaupun lari laju tapi kalah juga dengan kaum aku. Fizikal jer cun, otak mcm taek!!"

p/s : Fizikal bukanlah kayu ukur bagi kejayaan seseorang. Sebaliknya usaha yang berterusan yang menetukan turun naiknya seseorang itu... Usaha yg jitu mesti disertakan dengan doa & tawakal... ^_^

Kalo ikot logik, nak ka ikan tengok kura2. hmmm...... :P

+biarjasajadikenangan+

Friday, June 11, 2010

Aku Pengkhianat~!!

Perasaan cinta yang tiada diberi peluang untuk bercambah berkemungkinan akan mati. Namun ada juga yang tersemai menjadi sayang pabila dibanjiri dengan baja persahabatan.

Mungkin dulunya dia kegilaanku, tapi hari ini aku tersadar yang aku cuma ingin dia bahagia, aku ingin dia sentiasa tersenyum dan aku juga ingin keringkan telaga air mata penderitaannya. Aku tidak mahu menjadi salah seorang dari mereka-mereka yang menyimbahkan kesakitan dan kelukaan padanya di saat perkataan jodoh itu tiada.

Aku mahu dibelakangnya memberi semangat saat ia bersedih. Aku ingin melinduginya saat ia terancam. Aku ingin lihat dia terus mengukir senyuman manis. Bertapa aku ingin melindungi dia. Sekarang aku sedar yang itu bukan cinta, itulah sayang, seperti sayang saudara sama saudara.

Maafkan aku kerna tiada dapat mencintai, kerna dimataku kau adalah saudara yang sangat ku kasih. Jika itu adalah pengkhianatan, maka aku adalah pengkhianat );

p/s: sangat mohon maaf. Moga kamu ngerti... bukan karna aku menantikan orang jauh itu... tapi inilah hakikat persahabatan kita..

+biarjasajadikenangan+

Thursday, June 10, 2010

Secebis itu pun pantas~


Aku simpan apa yang aku lihat dalam gambar
Aku simpan setiap kenangan yang aku lalui dalam lagu
Aku simpan perasaan aku dalam coretan tintaku

Dalam segala apa yang aku lakukan, aku cuba untuk abadikannya sebagai satu kenangan yang telah aku lalui sepanjang perjalanan hidupku dan bagi mengingatkan aku bertapa matangnya aku dari setiap pengalaman yang ditimba.

Bila mata semakin kabur, Bila ingatan semakin haus,
dan perasaan semakin kering...biarlah gembiraku, sedihku, bahagiaku, cintaku, dan ilmuku terabadi sebagaimana ianya benar-benar wujud. Walaupun ianya begitu seni dan tiada nilai dimata orang, ianya sangat bererti bagiku dan pantas buat diingat.


Monday, June 7, 2010

Lisa Surihani

1. UPLOAD GMBR YG ADA KAT DLM PC/LAPTOP ANDA

2.CITER SKIT SAL GMBR TU

Saper x knal mmg pendek umo la.... Lisa Surihani.... Kalau tengOk senyuman dye.. mmg format sume masalah aku...haha ples jangan letak gamba dye dkt dinding bas awam....Silap2 eksiden aku nanti :P

3.BILA LAST SKALI MKN PIZZA

Tudia....Taon lpaih rasanya....Kita mkn pizza magee slalu la...hakhak~!!!

4.LAGU YANG TERAKHIR YG ANDA DENGAR

Lagu OST Lagenda Anak Setan...haha sebab aku mmg tengah angau dengan cerita ni skang neh....

5. APA YG KORANG BUAT SLAIN SELESAIKAN SOKLAN NI

Garu hidung.... Pedih kena geget nyaMuk.... Malaria la aku lpas neh~ :)

6.SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL DGN NAMA APA

Tudia...knA jawab ka ni... bnyak jgak nama neh~
1)Bali (seantero dunia tau nama ni...haha)
2)Fazli - Cikgu2 panggey... slalu jek ckgu nk dptkn tips2 (zaman skola)
3)Jambu -Makhluk2 dkt tempat praktikal aku panggey - seram~
4)Ley - Rumet aku panggey ( nk singkat punya pasai)

7.TAG LAGI 8 ORANG...


Xleyh discount lagi ka....adeyh

1)Uden
2)Deqna Jepun
3)Markmean
4)Pitri
5)Khairul Naim
6)Shafri
7)Echahz
8)Alepxx

8.SIAPAKAH ORG NO1 BG ANDA


Pitri. Rumet aku. Kira Abg Long arr... Banyak kasik semangat maa... dh tlebih garam apa boley buat... ^_^


9.YANG NO3 ADA HUBUNGAN DGN SAPA


Gadis dari Timur....Oghe Kelate kito lo.... :P

10.KATA KATA CINTA UTK NO2

Ngaji molek deh dkt Amareka nun....Ingat pesey mok ayoh...huhu ^_^

11.SAPA NO5 TU??

Tudia....Practikal mate.... Otai Kemasul ni... (org kata dya mcm syahir AF)...erkkk!!

12.BERI 5 YG ANDA TAU TNTG ORG YG TAG ANDA


1)ZulHUSNEY
2)orang AloQ StaQ ( pelat jangan dok ubah noh~)
3)Senior aku di SAHC and di UPM
4)Misterius guy.....HAHAHAHA

13.PERSAMAAN KAMBING DGN LEMBU

Kaki 4 Mata 2 Ekor 1...Puas!!! Kedua2 pun x mcm maknusia :)

14.PRASAAN ANDA DI TAG

SeDak....(tgh mkn nasi neh)

15.GAY or LESB

Soklan cap ayam btoi.... Lagi maw tanya ka.... Kalao aku dh minat Lisa Surihani tu, STRAIGH la tu.... psyco~

Sunday, June 6, 2010

"Bicara pada mulut Orang"


Andai rintangan itu bulat, aku cuba untuk menjadi segi. Namun datang pula yang bersegi. Tak putus-putus bagai air air yang mengalir menyelusuri sungai. Semakin banyak isinya, semakin keroh airnya.

Bermula dengan pepatah orang-orang baru, bermulalah derita yang tak putus2 ” Sedangkan kapal terbang dilangit pun dirampas orang, inikan pula awek orang”

Andai muka manusia umpama whiteboard, Akan aku tulis besar2 “ Kepada pakwe-pakwe atas muka bumi ini, dun worry be happy, aku takkan mengorat awek-awek korang semoa. Aku pun bukan smart sangat so apa korang risau Namun whiteboard tetap whiteboard dan begitu juga muka aku ni.

Orang yang bersimpati akan berkata “buat tak tahu jer, senang2 ank cari awek” Berapa kali nak cakap macam tu daa~ Bila kita tak jawab....

Orang akan cakap “memilih sangat hang ni, kapel jer dengan sapa2 pun, cari pengalaman dulu”. Apa perasaan kita kalau kita pula yang jadi tikus makmal... Suka~

Orang akan cakap lagi, “ nak buat macam mana takde jodoh”. Sedikit pun tak rasa bersalah walaupun dengan nada yang sinis kata2 diucap. Sungguh membakar..

Jangan risau, aku mencari juga, Cuma jalannya agak panjang. Mula berkenal, berkawan. Tapi aku mohon, jangan pula nanti ada yang cakap, “cari punya lama takkan dapat yang macam ni ja”. Sesungguhnya kita tak punya kuasa untuk menjadualkan segala hal. Aku hanya berusaha, namun hasil itu dating daripada-Nya. Aku terima kalau itu untuk aku.

+biarjasajadikenangan+

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...