Bally.Da.Shoe: April 2013

Wednesday, April 10, 2013

Gunung Bunga Buah: Versi Belacak Bukit

Setelah sekian lama makhluk alah ni bersawangan... aku rasa terpanggil untuk kembali melarik cerita2 hari kemaren. Sesungguhnya saat ni aku sedang buntu dengan penulisan-penulisan saintifik yang tak ketahuan punca. 

Ini aku nak cerita kisah pertama aku panjat gunung dengan budak2 rekreasi. Gunung Bunga Buah yang berketinggian 1430m dari aras laut ni menawarkan pemandangan yang agak cantiklah. Pintu masuk ke denai Gunung Bunga Buah ni bermula di belakang Hotel Seri Malaysia di Gohtong Jaya (Genting Highland). 

Semua 'peserta' berkumpul dirumah aku petang jumaat tu untuk agihkan barang2 dan ration. Memang mengejutkan bila si Nora bawa lesung batu naik gunung. Peserta2 yang join untuk trip kali ni Abu, Gebu (Ketua Chef), Wani, Nora, Amoi, Akem, Payed, Piti, Kak Ed, Azhar, Wini, Fizah dan Gaban sebagai guide. Sepatutnya kami berada di kaki bukit pukul 8.30 malam tapi disebabkan kereta Gebu terkunci menyebabkan kami tiba di Hotel Seri Malaysia pukul 10.00 malam. 

Selepas taklimat dan bacaan doa, kami memulakan perjalanan mendaki. Disebabkan hujan yang turun menemani perjalanan kami menyebabkan jalan naik licin dan berselut. Sempat juga aku menyaksikan perlawanan 10pin bowling dimana gebu jatuh bergolek2 ke bawah. Nasib aku, amoi dan wani sempat memasang memasang kuda-kuda untuk menahan si gebu dari terus menjatuhkan peserta2 lain ke bawah.

Perjalanan menjadi sangat sukar bagi peserta ke-4 dan seterusnya memnadangkan jalan sangat berkelodak dan licin tahap gaban. Dengan Gaban yang sudah tak yakin dengan jalan yang kami lalui, akhirnya kami sampai di pintu bekas kuari dan mengambil keputusan untuk bermalam disitu sebelum mencari semula jalan naik keesokannya.

Disini aktiviti Dapur Chef Wan mula meriah bila Gebu dan gadis2 yang lain mula mengetuk2 belakang periuk.  Ketuk-ketuk Ramadhan katanya. Menu malam ni 'Popia Bukit'.

Gaban kuat mengaji sementara tunggu menu siap!! Anak soleh ni~ 

Popia bukit memang boleh tahan... sedap!! Aktiviti memasak terus berlarutan sehingga pukul berapa pagi. Aku pun dah tak ingat sebab lambat sangat. 

 Wani ingat tisu lap hingus~ euww

 Apa lagi lah yang dimasaknyer~~ mengantuk oii

 Sejam kemudian~



Pagi esoknya kami dihidangkan dengan Nasi Lemak. Menu berat katanya... Semua orang dengan tugas masing2. Aku dengan daun pisangku~ dah nama pun nasi lemak.


 anee~ nasi lemak satu~


 Kat mana lagi lah roh budak2 ni




 Dimana2 pun Hup Seng memang di hati


jom makan!!!


Selepas isi minyak, masing2 menghidupkan pesawat untuk menawan puncak Bunga Buah. Perjalanan pada mulanya agak santai memandangkan kami hanya melalui denai landai dan jalan balak. Dalam setengah jam kaki tiba di bahagian sebenar pendakian. Kami mula memanjat tanah2 yang mendidih setiap kali dipijak. Mana taknya semua pun berselut dan licin. Pendakian kami berlarutan dalam 2 jam lebih sebelum kami dapat melihat beirut Gunung Bunga Buah.

 Permandangan di Rock Garden - dapat lihat Genting Highlands


Payed posing serius... come on la yed~  


 Kulit muka dah sama dengan bibir dah amoi, tapi takpa yang penting semangat mau ada .


 Akak tali sedang gigih mengatur langkah...


Akhirnya... berkhelah di puncak... Makan magee jom!!


Sesi bergambar di beirut... Kenangan katanya.

Walaupun nasib kami tak berapa baik memandangkan puncaknya dilitupi kabus tapi kami puas hati kerana berjaya sampai ke puncak dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Dengan trek yang "Belacak Bukit" memang menduga mental terutamanya bagi yang first timer.



Selepas sejam di atas, kami berkemas dan bergerak turun memandangkan langit seperti nak muntah semula. Secara keseluruhannya pendakian kali ini berjaya dan meninggalkan kenangan yang indah bagi semua peserta terutamanya mereka yang bawa lesung batu naik gunung ni. ^^, 


+biarjasajadikenangan+




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...