Bally.Da.Shoe: July 2012

Monday, July 30, 2012

Nasihat sangat: Niat Puasa

Hari pertama mak pesan... li jangan lupa niat untuk sebulan. Hari2 mak tanya,"dah niat ke belum?" Eh.. lupa la ma. =P


Niat puasa :

Niat puasa ni wajib. Kalau tak niat kira tak puasa lah. Waww! bertapa pentingnya niat tu. Bulan puasa ni semua orang pun niat. **yang tak puasa tu lain cerita** Tapi niat yang lagi satu tu~ niat yang mana pulak... ala yang tu la. oooo~

"Aku niat puasa bulan Ramadhan ni aku nak turun 60KG!!" **padahal berat badan 50 jer~**
"Puasa kali ni aku nak jimat 80% dari perbelanjaan bulan2 biasa! **pegi bazar borong tak henggat**

Sepatutnya kita ...

"Aku berpuasa ni sebab aku nak merasai macam mana keadaan orang2 susah yang tak cukup makan..."

Hmmm macam tu lah sepatutnya. Aku pun ada niat macam yang mula2 kat atas tu... tapi aku cepat2 betulkan niat aku hehehe... tapi aku percaya semua orang akan niat macam yang bawah ni... Kalau ada yang silap niat tu cepat2 betulkan.. jangan tak niat sudah la... kang sia2 puasa.

Video puasa matlutfi Ramadhan ni pun cara jugak... jom layan.


+biarjasajadikenangan+

Saturday, July 28, 2012

Siapa mabuk laut angkat tangan!!


Selepas gigih aku berpuasa 2 hari, hari ni tak bangun sahur pulak.. memang naisss~. Aku baru ja balik dari outstation kat Langkawi dengan Penang. Seingat aku la, Sepanjang2 aku melancong ke Langkawi sebelum ni takdak pulak ombak seganas baru2 ni. Macam nak karam feri dibuatnya. Manusia2 dalam feri jangan cerita la, masing2 muka dah biru... ‘lava’ dalam badan dah sampai ke tengkuk, tinggal nak sembur ja. ** itu aku lah tu**

Aku terfikir, kenapa aku mabuk sangat ni... sebab baru2 ni jugak aku ada pi mencandat sotong di Kemaman. Dia punya mabuk jangan cerita. Aku fikir aku mengalami fobia yang membuatkan aku mabuk dengan semua pergerakan. ** okay aku saja buat terok** “ pssttt!! Si bali tu memang ada motion sickness, saja takmau mengaku la tu”.

Untuk menyedapkan hati yang aku tak fobia, aku google la cari info pasal mabuk laut ni. Mabuk atau kinetosis, juga dikenali sebagai mabuk perjalanan, merupakan satu keadaan di mana berlaku perbezaan antara apa yang kita rasa dengan apa yang kita lihat ketika kita berada dalam kendaraan yang bergerak. Ia boleh berlaku di dalam kapal (mabuk laut), dalam kereta atau apa saja benda bergerak.

Aku bagi contoh Feri atau Bot. Dari dalam kabin, kita dapat rasakan yang kapal sedang naik turun mengikut gelombang. Kita akan mencatatkan gerakan itu dalam telinga (Tiub Eustachio). Telinga akan bagi tahu otak yang kita sedang bergerak. TETAPI...kepitelete ni... Bagi mata pulak, bilik di sekeliling kita (suasana dalam kabin) seperti tak bergerak. Mata kita akan hantar maklumat ke otak mengatakan yang kita tak bergerak. Ini menyebabkan otak konfius.. “yang mana satu betul ni?”


Pening, letih, dan loya adalah simptom yang paling biasa jika mengalami mabuk perjalanan. Jika loya ni tak diatasi, muntah la jawabnya. Cuma, muntah dalam konteks mabuk perjalanan lebih cenderung tidak melegakan rasa loya itu. So kita akan muntah kuning, muntah merah, muntah muntah, dan muntah hijau. euww~ habis toksik keluar. 

Macam panjang ja entri ni... OK, last dah ni, masa aku mencandat hari tu banyak petua aku dapat dari member2, pensyarah, saudara mara, pakcik bot... semua aku sebat... Ditopup sket dengan sumber internet. Petua2 menghilangkan mabuk adalah :

Urut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut. **internet**

Minum air laut masa mula naik bot. Kalau nak minum sampai kembung pun boleh. Ini kerana rasa masin boleh menahan tekak dari merasa loya. **Petua pakcik kedai pancing dekat downtown mines**

Makan ubi keledek mentah. Keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya. Pisang kelat, air limau pun mempunyai ‘efek’ yang sama. ** internet**

Selit atau ikat kangkung dipinggang atau poket. **Petua epong** Terasa asli pulak ikat kangkung dipinggang. =P

Tumbuk lada hitam yang dicampur dengan halia bara, kemudian sapu diperut terutama dibahagian pusat sebelum ke laut. Nak lagi senang tampal ja koyok dekat pusat.. pasti berangin~ **Petua Doc Mano**.

Sebelum turun ke laut atau travel, elakkan makanan berkrim, berminyak atau bersusu... Lagi bagus kalau bawak air oren... masam2 boleh menghilangkan rasa loya. **Petua Doc Mano**

Ok enuf!! Itu saja.. panjang sangat dah ni. Renung2kanlah dan selamatt beramal! **ucapan bajet ada orang baca** Kbai.

+biarjasajadikenangan+

Monday, July 23, 2012

Ohsem!! : Imaginasi pada tubuh manusia

Aku selalu bayangkan satu hari manusia dijadikan barang... Sebab selama ni kita ja jadikan haiwan dan binatang barang2 kegunaan harian kita... waw~ Ok takyah fikir banyak. Layanla gambar imaginasi pada tubuh2 manusia ni. Naisss~ Kalau kepala manusia macam ni, takdak la manusia yang bengap dalam dunia ni... asal bengap ja keluarkan otak servis!
 Sempoi, senang la aku nak sembunyikan lemak2 aku ni... tak yah susah2 nak besenam eh!!

Ini lagi senang, tak payah berus gigi... gigi dah jadi berus... rosak ganti baru ja.

Pakcik makcik yang ada katarak tu senang la... Jimat duit ribu riban.. Asal kena katarak ja tarik keluor je. senang tang tang...

er... ini no komen.... nak kata insang duduknya dekat telinga... hiu3

 
Bayangkan kalau terpijak paku..kaca... Arghhh!! saket T_T

p/s: Macam mana dasyat, advance dan gempaknya imaginasi kita... percayalah manusia dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Kbai! ^^,

+biarjasajadikenangan+

Sunday, July 22, 2012

Mana Tepung Pelita?

Tepung dan pelita... nampak macam tak masuk ja... tapi jangan tak tau yang rasanya sangat superb!!

Tepung Pelita

Baru2 ni aku memang kecewa dengan kehilangan tepung pelita daripada lokasi bazar2 di serdang... **memang baru, baru hari ni** Merata aku cari tak jumpa2 jugak tepung pelita. Sadis muka aku mintak simpati. 

Sekarang punya trend jualan semuanya hidangan yang moden2. Ayam penyek, ayam lenyek, ayam kemek. *rage* semua pun ayam...no wonder semua pun dah macam ayam. mana lagi nak cari gulai batang pisang, ikan sumbat, ikan pekasam... Rindu aloq staq. T_T

Tepung pelita pun dah moden... sigh~

Dulu2 kalau beli juadah siap tuan kedai bagi lebih lagi. sedekah katanya. Sekarang lauk satu senduk 3 hengget. lebih sikit keluarkan balik.. walaupun 2 3 hiris daging. Waw~ betapa orang mengejar keuntungan sekarang ni. Itu belum cerita pasal air... lagi ramai orang beratur lagi banyak ais yang dia isi. Mungkin dia takut nak hampakan peminat2 air dia. **positifnya aku**. 

Tapi takpa lah. Niat orang mana kita tahu. mungkin aku fikir tak sama dengan niat dia **muhasabah diri =P** Apa2 pun dalam bekerja pun boleh beribadat. Tak miskin pun kalau kita sedekahkan 2 3 hiris daging tu. Malah rezeki tu Allah akan gandakan. Ok dah habis bebel... huhu selamat bersahur kawan2.. eh! baru pkol 10.30mlm. =P

p/s: Aku nak tepung pelita jugak!! 

+biarjasajadikenangan+


Wednesday, July 18, 2012

Ohsem!! : 60 Watak Doraemon

Bila post saja entri pasal zaman kanak2 teringat pulak pasal Doraemon. Dulu selalu kena rotan sebab lewat sembahyang lewat pi mengaji =P. Asyik sangat nak tengok Doraemon. Kena rotan sekejap lari g tandas, konon2 nak mandi lepas tu keluar balik buka TV... gigihnya aku! 

Seingat aku dulu2 Doraemon tak dak la hebat... robot kucing badan bulat2 rendah macam topui saja.. tapi poket dia memang lejen...  Sekarang ni lukisan dah canggih2... Mai kita layan dambar2 Doraemon dalam beberapa versi...





Doraemon The Avengers


Street Fighter


One Piece **Secebis~**


The King of Fighters


Naruto



Dragon Ball - Si Goku yang lebih femes dari Justin Bibir~


Pokemon


Snorks?? tak penah layan...sorey~


Full Metal Alchemist


RockMan


err... bangsawan mana ni... Doraemon belakon Titanic ka?


Kan senang kalau dari dulu Doraemon yang main... xdelah Nobita kena buli..


Okey... gigih nampak Christiano Dora


Whoa!! macho seyh


Mak aii... ironman!


Okay esok 19/7.2012 sila pi pawagam ehh!


jambut nak lebat!


GIJoe...watak bisu terus hilang mulut.. hmmm


Star Wars ~ topi macam besar je bro~





okayhh.... ini ngeri!


Kiri kanan Jerawat ?





Espekto petronum~





KPOP!! sorey sorey~








Waaachaaa!!


Buzz LightMon of Star Command


Ulp!





The Doraemon...more natural naiisss~

























Waw Teransepomer
















Brand Kereta pun ada... dasyat gileer~











Okayhh ni dah super femes








Serius sangat stai.... sampai pakcik keyepsi pun hado... hahaha. sumber gambar diambil dari  contenganperasan.blogspot.com

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...