Bally.Da.Shoe: January 2011

Monday, January 24, 2011

Anggota...


Kita punya 2 mata dan 1 lidah
Jadi kita perlu melihat 2 kali dan hanya sekali bercakap

Kita punya 2 telinga dan 1 mulut
Jadi.. harus lebih banyak medengar dari berkata-kata

Kita punya 2 tangan dan 1 perut
Ini berarti kita harus bekerja berlipat ganda dari jumlah yang kita makan
Kita punya 2 bahagian utama pada otak (otak kiri dan kanan) dan 1 hati
Jadi kita boleh berfikir 2 kali dan mencinta hanya
1

Sungguh ajaib bagaimana tubuh badan mampu memperingati kita dalam menjalani kehidupan...Ajaib kan? Angguk kepala kalau setuju..

Melihat 2 kali dan bercakap sekali..kerna dengan melihat ilmu bisa dicerna sedangkan bercakap sesuatu yang tidak perlu hanya akan mengundang musibah. Kata orang, mereka yang suka asyik bercakap saja seumpama dengan tin kosong, bising tapi tak punya isi didalamnya.

Lebihkan mendengar dari berkata-kata. Sekarang ini yang meruntuhkan bangsa itu adalah fitnah... Disebabkan pendengaran yang dibataskan dengan percakapan membuatkan maklumat yang diterima jadi kurang tepat dan menyeleweng... Mereka cuma dengar apa yang mereka mahu sahaja... dan mereka sebar2kan apa yang tidak mereka dengar sepenuhnya... Ini telefon karat namanya...laen yang didengar..laen pula yg disampaikan.

Lipat gandakan bekerja dari jumlah apa yang kita makan. Jika makan = kerja, alamatnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..macam ayam. Orang sekarang kuat sangat makan ayam...sebab tu suka ikut perangai ayam. Kalau nak makan besar kenalah kerja rajin2.. Jangan jadi macam pepatah kelantan,
"Besar tahi dari punggung, makan kecil berak besar"


Berfikir 2 kali dan mencinta hanya 1. Fikir betul2 sebelum memilih... Jangan terlalu cepat gelap mata pada yang cantek menarek tertarek kau memang de BoM... CAntek luar tak semestinya cantik dalamnya... Lihat baik2, dengar baik buruknya, lipatgandakan usaha...pasti bisa dapat yang terbaik dalam hidup... jika sudah difikirkan secocok, nah baru bisa mencinta dengan sepenuh hati...


p/s: kalau tak cinta, mana bisa diri ikhlas mencinta dan berbakti...tanpa keterpaksaan.. ^^,


+biarjasajadikenangan+

Saturday, January 22, 2011

7 perkara lelaki benci

7 perkara lelaki itu benci

  1. Lelaki itu benci bila ada lelaki lain nak berkongsi katil dengan dia sedangkan masih banyak katil kosong
  2. Lelaki itu benci orang peluk dia dari belakang,dan orang tu adalah lelaki
  3. Lelaki itu tak suka bila ada lelaki datang bilik dia dan tak nak balik
  4. Lelaki itu benci bila orang fikir mereka sama dengan dia
  5. Lelaki itu tak suka bila ada lelaki merengek (nak buat manja) dengan dia
  6. Lelaki itu tak suka kalau lelaki terlalu ambil tahu semua hal peribadi dia
  7. Lelaki itu tak suka kalau lelaki pegang2 dia


DAN Lelaki tu AKU!

Sekarang, 1 perkara yang lelaki itu perlukan
Lelaki itu perlukan KAUNSELOR!!!!!!

Agrhhh!! Aku sakit jiwa... Aku terasa marah bila benda dah diingatkan tapi masih diulang... Kalo hang nak peluk2 pegi cari awek....Aku memang pantang!! Aku ingat hang faham bila aku kata aku tak suka... malang sekali hang tak paham atau buat2 tak paham... Sial!!
Kenapa manusia...seringkali begitu...bila diberi muka mulalah naik lemak... Sekali terkena sampai mati pun orang dah tak percaya... Jadi bersyukurlah sikit bila dah dikasi peluang kedua...

p/s: Maaf blog karna kau jga sudah jadik tempat pelampiasan amarahku... Aku sudah nggak tahu harus gimana...

Friday, January 21, 2011

Topeng masquerade Venice


Penggunaan Topeng samar Venice berasal dari Venice, Itali dalam festival-festival mereka. Jenis topeng dipakai di dalam karnival yang pertama direkodkan pada abad ke-13. Ini membawa kita kembali hampir 10 abad yang lampau dimana tradisi ini masih diketengahkan dan menjadi kegilaan pada abad ini

Sepanjang karnival di Venice, orang-orang menggunakan topeng untuk menyembunyikan wajah mereka yang sebenarnya. Ini membolehkan mereka bergaul dengan orang-orang dari status sosial yang berbeza. Dengan cara ini identiti dan status sosial mereka dapat disembunyikan. Perkara yang sama juga berlaku dalam parti samaran pada hari ini. Pemakaian topeng Venice lebih disukai oleh mereka2 dari kelas atasan sejak berabad-abad lalu.

Selain dapat menyembunyikan identiti pengguna, lelaki dan wanita mampu mengungkapkan rasa cinta atau kasih sayang tanpa harus menunjukkan wajahnya. Orang lebih cenderung untuk menjadi lebih jujur ketika mereka memakai topeng. Mereka boleh melakukan apa yang mereka ingin dengan lebih bebas dan tanpa halangan. (pendapat orang Venice)

Topeng Venice masa kini sama seperti topeng Venice yang digunakan pada abad ke-13. Ianya dikenali berdasarkan ciri designnya yang kompleks. Ianya ditunjukkan melalui warna-warna cerah dengan memberi penekanan kepada warna emas atau perak. Topeng ini mempunyai bentuk yang berbeza iaitu Topeng penuh wajah (bauta) atau topeng yang hanya menutupi mata (Columbina).
Selain dari contoh topeng menyamar Venice yang telah disebutkan, topeng jenis lain adalah Volto atau larva, Moretta, Medico Della Peste atau "The Doctor Wabah" dan lain-lain. Gaya klasik topeng berhidung panjang sehingga kini masih menjadi topeng samar Venice yang popular dan digunakan dalam banyak acara keramaian.

Topeng masquerade Venice boleh dibuat dari beberapa bahan seperti plaster, kulit dan kertas mache. Mereka biasanya dilukis dengan menggunakan tangan dan mempunyai fabrik yang teratur rapi, permata dan bahan-bahan lain bagi meningkatkan kecantikan dan keunikan topeng.

Sehingga kini, Topeng samar Venice masih digunakan oleh kebanyakan orang yang menghadiri masquerade balls untuk menyerlahkan keanggunan dan keindahan kepada si pemakainya.

p/s: lepas ni boleh la masing2 cari topeng..lepas tu g marah orang yang korang tak suka puas2... =P [im just joking...jgn buat betol2 plak]

+biarjasajadikenangan+

Sunday, January 16, 2011

Khas buat Sahabat

Perjalananku dari bangku sekolah...hingga ke puncak menara gading...Sahabatku...temanku...

Aku tentu saja bukan sahabat yang baik

Bukan juga teman yang serba sempurna

Tak kurang lebih hanya manusia biasa

Ditolak rebah...diguris berdarah

Perjalanan aku mengutip kilauan2 permata bernilai

Kusemat didiri bukan untuk terlihat bergemerlapan

atau untuk terpamer agung...

Sekadar bersyukur kerna punya harta tak ternilaikan

Sahabat...

Ikhlas buat teman2 yang sudah berjejak ke kasta hidup yang lebih atas

juga buat yang bakal2 melangkah...

Cuma 1 semester berbaki

Semoga selamat semuanya

p/s: Jika ada salah dan silap, hayatilah video ini dan... maafkanlah aku

+biarjasajadikenangan+

Saturday, January 15, 2011

Saya takut jarum~~~

Darah pakcik Google
Takde yang spesel...just nak cakap aku g derma darah tadi.... dats it. HUHU heppy sket! member aku (Si Tong) tak lepas sebab Dr. ckap tekanan darah dia rendah. Aku lulus! heppy skali lagi. Mungkin korang fikir aku ni kerek... "Itu pun nak seronok" tapi tak kesah la. Aku rasa aku dah buat pencapaian yang baik dalam hidup..

Sebenarnya aku ada masalah dengan darah... Aku kurang darah.. bukan kurang ajar~ kalaulah aku derma satu pain rsanya orang kena kasi balik dekat aku 2 pain.. Aku selalu pening2 [rasa macam tv takde siaran] terutama bila panas... muka dah macam vampire..pucat kesing. [Ada lah reason2 dye... cerita pun takde gunanya] rasanya muka lebih kurang macam ni lah....
Di sekolah dulu aku selalu masuk olahraga... bukan nak cakap aktif...tapi hakikatnya takde sukan laen dah yang aku tahu maen... lari ja yang aku tahu (tak tahu sangat pun....setakat tempek2 je)

Masa tingakatan 2... aku kecederaan... tangan aku patah...jadik macam tangan sotong... erkk... So aku pergi berubat bomoh... tak jugak ok dan lastly pergi hospital jugak... kan senang kalo pegi awal2... Duduk dekat wad tu dapat banyak darah... darah aku takde ke?? Banyak je masalah aku dengan darah ni... Susah2 "breakoff" je la...huhu =P
Lagi... masa baby pun aku dah buat masalah dah. Anak selalu bikin susah orang tua saja... ^^, Aku kena demam/penyakit kuning... mana satu je la. Agak kronik rasanya sebab ayah cakap Dr cakap terpaksa tukar darah... My parents masa tu punya la cuak. then ayah aku bawa lari dari hospital untuk berubat cara kampung... Alhamdulillah jimat tabung darah hospital tu.

Tapi aku gembira sebab dah layak nak derma darah... huhu masa derma tadi laju je darah aku keluar...macam tak sabar2 nak tinggalkan badan bermasalah ni... huhu takpe2 selamat ketemu sama tuan baru...Ingat daku dalam doamu... Ok sampai sini sajalah bebelan aku.... cakap banyak nanti orang tak suka =P

p/s: Adek2 misi [jururawat] sana cantek2... Faktor utama aku derma darah... Hahaha jangan marah ya nanti kena jual~

+biarjasajadikenangan+

Tuesday, January 11, 2011

Motivasi Januari 11

Mata masih terpejam saat bebayang daun2 melambai di luar kelopak mataku. Angin menjengah masuk kejendela sambil berbisik dikupingku... “Aduh, lewat pula aku bangun hari ni”. Otot2 tubuh masih leka dibaluti selimut gebar yang setia menemani malam2 ku... “malasnya mahu bangun” Terlupa aku pada mereka2 yang tidur hanya beralaskan mengkuang anyam... Terleka aku dari memikirkan mereka2 yang terpaksa turun mencari rezeki seawal 5 pagi. Aku leka...

Aku bangun dari pembaringan... beralih ketepi jendela sambil menggabus kedua mataku. Terlihat aku pada seorang remaja seawal usiaku. Begitu rajin dia, sudah sibuk bekerja sedangkan aku baru seketika tadi bangun menghadap hari ke-7681 aku dengan tiada apa2 yang istimewa. Bertapa terbuangnya detik2 hidup yang sebentar tadi itu....sesungguhnya aku leka...

Beralih dari jendela, aku duduk dilantai sambil bersandar ke pintu. Kurenung lama2 ‘dumbbell’ yang tersimpan rapi dibawah katil. Sudah lama tak ku jamah... tentu sekali ia sunyi dan sejuk dibawah sana. Tentu saja ia mahu merasakan hangat tanganku menjamahnya...menjulangnya seperti para2 atlit Negara menjulang piala dan medal. Namun hampa... tiada diambil peduli apalagi diangkat dan dijulang semahunya. Sudah lama aku tak bersenam... sendiku sudah terasa berat..badanku terasa tebal.. namun aku aku tetap bersahaja. Aku abaikan amanat lelaki berjubah putih itu...aku sudah tak peduli lagi...Aku leka...

Apa lagi yang bisa memotivasikan budak semalas aku. Aku sendiri sudah tidak pasti apa aku masih memiliki hari2 mendatang...masa depan yang setia menanti nun dihadapan sana...Seperti apa rupanya, bagaimana pula lagaknya, meriahkah, mewahkah, atau...mungkin saja suam2 kuku. “Astagfirullahalazim...mengelamun lagi aku”. Kurenung ke calendar... 11.1.11 Cantek!! Teringatku pada satu babak drama yang pernah kutonton.. Kalau melihat jam 11:11 ertinya ada yang memikirkan tentang diri kita... Pasti 11.1.11 juga hari yang baik. Rugi jika aku persiakan hari yang baik ini. Aku harus berubah... yaa... aku mahu berubah... Jadi inilah motivasiku hari ini... Moga tiada yang tersiakan...hingga jasa jadi kenangan..

p/s: Terima kasih untuk motivasi...sayang awak lebih Januari 11, 2011. (^^,)

+biarjasajadikenangan+

Monday, January 10, 2011

Sepi


Sepi
Apa sampai mati pun aku akan kesepian
Apa senyum tak akan pernah hadir padaku
Yang cuma hadir dibibirku
Tapi bukan dimataku

Aku sepertinya mengerti
Walau tidak pada yang lainnya
Hingga berat terasa bebanku
Tapi…biarkan saja

Biarkan…biar hanya aku yang tahu
Dalam setiap satu bibit-bibit cinta dan sejarah
Digauli onak duri derita…
Aku perlu..aku mahu…..
Kesabaran yang agung
Agar aku dapat terus berdiri

Apa ada detiknya ku bicara
Saat hati nekad bersumpah
Selagi aku bisa atasi segalanya
Aku tetap teguk seluruhnya
Selagi bisa….


p/s: selagi kita maseh bisa tegar berdiri...sabarlah menelusuri jalan2 hidup yang sepastinya penuh dengan liku2 suka derita... Asal kuat dihati...pasti kuat seluruhnya (^^,)

+biarjasajadikenangan+

Sunday, January 9, 2011

Loceng Aiskrim...

[Ni jam pakcik google... Aku pinjam jap]

Semua orang sibuk cakap facebook nak tutup...ada jugak yang cerita pasal AJL bagai...Asal aku apa pun tak tahu.... Aku bukan lagi katak bawah tempurung...tapi katak purba bawah tanah... Takpelah esok2 aku baca paper banyak2... ada sapa2 nak kasik tv dekat aku?? angkat tangan pelisss...jgn malu2

Lama dah tak update blog... faham2 sangatla sem baru baru seminggu. Banyak benda yang nak kena set-up balik... bilek, barang2 setor budak2 ni, lagi nak sesuaikan diri dengan jadual... memang habeh berterabur.... padan la dengon blog yg bersawang neh...

Aku sebenarnya brmasalah. 2 hari lepas aku jalan2 dengan member aku [Dewa]. Memandangkan membe aku banyak beli barang aku pun terasa nak beli satu... aku takde benda nak beli so aku beli selipar dengan jam loceng (O-O). Jam tu murah ja tapi agak comel la... bulat2 macam kueh dorayaki... Apa yang menjadi masalahnya... sejak beli jam tu dah 2 malam aku mimpi makan aiskrim. Ada ja apek yang sibuk nak juai aiskrim dalam mimpi aku... Naseb tak juai air tebu. Kalo tak basah jugak katil aku malam tu~ tak pasal2 kena usung tilam g tandas...

p/s: Apa rasanya makan aiskrim dalam mimpi ~

+biarjasajadikenangan+

Thursday, January 6, 2011

Legakan perasaan


Aku dapati jua akhirnya
Segalanya yang hilang semalam itu
Walaupun tak dimengerti sepenuuhnya
Tetapi sememangnya ia penting

Aku percepatkan langkah mengejarnya
Tapi...semalam itu sudah pergi jauh
Aku panjangkan tangan menggapainya
Kini ianya menghilang bersama puputan bayu

Legakan perasaan... Legakan perasaan
Kenangan itu sememangnya indah
Legakan perasaan... Legakan perasaan
Jangan begitu cepat berputus asa
Legakan perasaan... Legakan perasaan
Kerna esok sedang menunggu aku

Sunday, January 2, 2011

Tahu Baru


Januari 2...sudah banyak yang mulakan cerita baru...sudah banyak yang cerita azam masing2... atau mungkin ada yang dah siapkan template tahun baru...

Selamat Jalan tahun 2010... Bagi aku tahun 2010 terbaek... Banyak benda yang aku dah sorok dalam tahun tu... berberan beran kenangan dan pengalaman yang aku peroleh... apa lagi mencipta sahabat2 yang asyik...
Dalam tahun tu aku banyak jumpa kawan baru. walaupun diperingkat kenal2 gitu ja tapi aku maseh gembira. Untuk orang yang kurang sosial mcm aku ni...ini x ternilaikan... Aku pergi nonton teater...Aku lihat mereka2 yg berteater...dengan karakter dan personaliti yg mesra dan penuh wibawa... Aku pasti akan contohi keyakinan mereka...itu azam aku untuk tahun ini.

Aku sering melawat Ladang UPM jika ada petang2 terluang... Duduk di pagar ladang... ambil angin sambil bergambar... wah tenang rasa. Cantek sungguh...hingga buat aku jatuh cinta samanya... Aku pasti takkan sia2kan kameraku... Aku mahu ambil gambar dia banyak2... itu azam aku untuk tahun ini.

Bila stress aku selalu keluar jogging sorang2... kalau ada teman, aku pergi swimming.. Tapi...teman2 aku selalu g swim dah habes blaja... pasti aku dah jarang melawat kolam lpas ni... or mungkin aku kena cari hobi laen... or aku pegi ja sorang2...huhu apa2 pun aku harus dan tetap menjaga kesihatan untuk hari2 mendatang... itu azam aku untuk tahun ini.

Keputusan dan pencapaian akademik alhamdulillah tahun itu lebih baik dari sebelumnya... Jarang dah maen tangga2 ayam... Aku mesti mahu tingkatkan lagi... cuma 1 sem berbaki... Pasti mahu cuba untuk 4flat...bisa tak... skali ini sja...itu azam aku untuk tahun ini.

Orang selalu cakap "dah nah habes ni, takmau cari lagi ka". Bukan taknak cari tapi rasa tu belum ada... Dulu punya cerita bikin sekarang jadi bergini. Insyallah aku bakalan akhiri zaman single aku... Dah ada calon nanti aku mesti cepat2 cakap...taknak jadi mcm dolu2... hahaha. Tapi aku cari cinta...bkan cari orang... so kalo cinta takde apa bole buat...Insyallah itu pun akan jadi azam aku tahun ini...untuk buang persepsi yang lepas2...

Dan lagi... Aku mau bikin ramai kawan...aku mau jalan2 ke tempat yg aku tak pernah sampai.. Aku mau ke zoo negara [huhu aku xpenah pegi lagi...hehe], Aku mau lintas jambatan KLCC, aku mau jogging pusing2 wetland...aku mau blaja itu ini...aku mau saat 2011 lebih hebat dari 2010.

p/s: maafin jika penulisan ini xde hati...

+biarjasajadikenangan+



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...