Bally.Da.Shoe: January 2012

Tuesday, January 31, 2012

Wanita panik??


"KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit......"


Satu kali hantam! - normal
2 kali hantam - mungkin naseb tak baik
6 kali hantam.!!! Aiyo~

Aku rasa makcik ni mesti teruja sangat nak maen bumper car dekat fun fair. Mesti trauma habes la makcik tu. Suami dia lagi la trauma... bergolok bergadai la nak bayar semua kerugian. Kalau boleh kelem insurans ok lah... kalau tak loteh la nak cari duet~ nak berita penuh boleh usha sini.

Baru2 ni pun.. 3 hari lalu kalau tak silap dekat Putrajaya.. pelumba basikal wanita kebangsaan pun dilanggar ketika sedang berlangsungnya perlumbaan yang membabitkan 50 pelumba negara di Percint 2. Er..er... pelumba2 ni dilanggar oleh seekor sang kancil yang ditunggang oleh seorang kakak... Hmm... tengok video dalam berita... akak tu dah cuak habis... kesian dia. tapi kesian lagi orang yang dilanggar tu...sampai terpelanting atas bumbung..


Hmmm nak kata pemandu wanita cepat panik...gelabah... tak patut jugak...
Tapi yalah...selalu gak aku tengok gadis2 ni bawak 'sangat berhemah' **dkt area UPM lah~ tempat laen tatau** Bayangkanlah dia punya concentrate pada pemanduan tu sampai tahap tak tengok kiri kanan dah. Dia punya bagus tu pula sampai tahap 1 kilo lagi nak belok dah kasik signal... Ohsem!! ^^, bagus! er...er...

Tapi tapi tapi.... apa yang aku nampak tu maybe suratan... atau kebetulan cuma. Jangan amek hati na... Kita saling2 mengingat tak salah kan... dan...dan... aku tak cakap semua pemandu lelaki ohsem!! ada jugak yang macam pundek bawak. tapi so far we win lah =P dan kepada suami2 sekalian... jgn lupa bawak isteri dan awiks korang pegi maen bumper car dkt funfair... ohsem kot!!

p/s: janganla sebab cek cakap ceni nanti tadak gadis nak kawen dengan cek... membujang plak sampai tua =P kesian aku ~

+biarjasajadikenangan+

Sunday, January 15, 2012

Ohsem!! : Vetebrata paling kecil di dunia yang pernah dicatatkan


Baru sekejap tadi belek2 pesbook sambil usya status2 orang. dah takdak keja sangat la ni... huhu tetiba dapat wall post dari member aku pasal ni... =P. Tenks Dewa.

Tahu tak ?

Vetebrata paling kecil di dunia adalah katak. Januari baru2 ni Paedophryne amauensis telah dinobatkan sebagai haiwan bertulang belakang paling kecil di dunia. Katak kerdil ni ditemui oleh seorang Herpetologist Christopher Austin yang menjalankan ekspedisi bersama pelajar PhDnya Eric Rittmeyer untuk meneroka kekayaan biodiversiti di Papua New Guinea pada Ogos 2009.

Dengan panjang 7.7mm, katak ohsem ni berjaya merebut gelaran vetebrata paling kecil yang sebelumnya disandang oleh Paedocypris progenetica [7.9mm] dari indon. Elok sangatlah... yang kecik2 semua dari Asia..hmmm.... rage!!

Apa yang menarik pasal katak ni ?

Katak kerdil yang ohsem gila ni mampu melompat 30kali dari panjang badannya. ianya sama seperti aku yang 'tinggi' ni melompat sejauh 49.8meter. Whoa!! nak jugak.. nak jugak.. tapi sayang... dah menang title "paling" tapu masih duduk dalam daun2 kering di lantai hutan. Takpe lah...esok2 dah jadi katak senang tahulah dia beli rumah. ^^,

p/s: pengumuman...aku bukan lelaki paling rendah yeay!! **sambil lompat2**

Saturday, January 14, 2012

Tiba2 teringat hangpa semua T_T

Sebenarnya hari ni mood nak post entri pasal burung... tapi...tapi...tapi... tiba2 teringat kawan2. Maklumlah setiap kali nak tinggalkan UPM yang ohsem ni mesti banyak benda yang teringat2... sampai masuk mimpi lah senang cerita..

Huhu sebelum ni masa aku habis matrik, aku buat video perpisahan burn dalam CD dan kasik kawan2 sebagai kenangan... tapi sayang tyme degree... aku ada buat sumtin untuk kawan2...tapi tak sempat nak kasik pun. T_T

Untuk kawan2, kita dah sama2 dalam 3tahun yang dah lepas berbulan2 lepas.. banyak yang kita lalui kan. Kita susah belajar sama2... kita makan sama2...panjat bukit sama2... turun sungai sama2... masuk hutan sama2...sesat sama2... travel sama2... semua pun sama2. Semua tu aku takkan lupa... harap hangpa semua pun sama. ^^,

Layanlah video ni ... dan maafkan aku atas salah2 aku jika aku ada buat salah ^^,


+biarjasajadikenangan+

Friday, January 13, 2012

Syndrom lagu2 melayu..

Adoyai dah berabat aku tak bukak ini belog... busy sangat kebelakangan neh. sampai2 nak bukak beautifulnara dgn blogserius pun tak sempat. huhu tak ohsem lah...


Kenapa orang buat lagu2 yang gunakan nama orang sebagai tajuk. memang trend kah? Mungkinkah zaman2 lagu ber-mood "kecewa.. curang" dah habis...

Aku ingat dulu2 ja orang letak nama orang... oppsss! nama gadis. Sekarang datang balik trend2 letak nama gadis ni ^^,. Kembang lah nama sapa yang kena tu.. huhu.. Contoh nama2 yang dah femes memes ni macam:

Rozana (Search),
Aleeya Maisara (Mamat),
Suzzana (M. Osman),
Kamelia (Sweet Charity),
Nina Karina (MEGA),
Azura (Jamal Abdillah),
Sofea Jane (Black),
Julia (Exist)
Jesnita (Exist)
Dewi Aleeya (Black)
etc...

Punya la banyak nama gadis. Itu baru sikit. kalau 'korek' balik lagu2 lama mesti sejam jugak aku kat sini nak menaip. Hah terasa macam diskriminasi lah... haha tapi baru2 ni sedap dengar radio tiba2 dengar satu lagu yang memang kelakar giler... tajuk dia Ahmad nyanyian Arrora Salwa. Amek kaw!! tarik2 Ahmad teruss~


Ahmad~ ahmad~ (Gelak guling2) XD

Apa2 pun industri kita makin kretip dalam buat lagu2 ni... Sapot la sket **tepuk tangan kuat2** ni balek2 lagu omputeh... xpatriotip yop.. Hokay! Alarm perut dah bunyik... masa2 macam ni bau kemenyan pun bau macam ayam bakar.. huhu chow dulu~

tapi...tapi...tapi... 'mamat' ni lagi kretip! wakaka **walaupun tak berapa nak mamat**


p/s: sapa2 sila buat lagu tajuk "Bali" peliss! *larik*


+biarjasajadikenangan+


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...