Bally.Da.Shoe: December 2011

Tuesday, December 20, 2011

Hati2... nanti kena tampar... Tuii!!

Huhu at last dapat juga lari dari keramaian manusia.. huhu i hate crowded place. Sebenarnya pagi ni ada Perasmian Bengkel dan Seminar Rekreasi Kebangsaan 2011. huhu aku takde mende pun... menempek ja kat situ buat ramai. Ok enuff!!

Aku nak cerita pasal video kat bawah ni, 2 hari lepas kan ada satu video " Nak Ludah Muka Mahasiswa" yang dah dipost oleh Bukan mahasiswa *rasanya la...* menyampaikan rasa tak puas hati dorang kepada mahasiswa. Er...er... nmpak gaya mcm memang tak puas hati..

"Aku jumpa aku ludah muka kau!!" Aisemen bro...takde ayat murni sikit ker... burung berak atas kereta pun orang marah.. ini kan nak ludah muka orang. rasa2 aku budak tu pun tak biar hang saja2 pi ludah kat muka dia. Kalau boleh aku nasihat sket... tunjuk la sikit ciri2 manusia bermoral. Benda2 macam ni boleh disetelkan dengan lebih rasional... Kau pun penah jadi Mahasiswa *kalau penah la* Cara kau cakap tu macam "dongak ke langit dan ludah". Ok takpe lah tu, mungkin dia marah sangat kot sebab pemimpin kesayangan dia dinodai oleh budak2 tu.



Video 1: Nak ludah muka Mahasiswa

Menurut salah satu akhbar di Bikini Bottom, "berikutan video tak puas hati yang di muat naikkan ke laman youtube 2 hari lalu, sekumpulan "Panglima2 perang" dari Pertubuhan Myspace telah melahirkan rasa tak puas hati mereka pada Pertubuhan Facebook pimpinan Mark Zuckerberg. Berjuta2 ahli dalam pertubuhan Facebook kini dalam ketakutan dengan ancaman tampar dan ludah daripada pertubuhan terbabit menerusi video "KP | Panglima nak ludah muka buku" yang dimuat naikkan ke laman sesawang." - Utusan Bikini Bottom.



Video 2: KP| PAnglima nak ludah muka buku

Hahaha memang ohsem lah video korang. Mimik muka sebijik!! Video ni menyedarkan aku yang myspace maseh wujud *sorey....* Huhu Habeslah kali ni, lawan meludah la korang HAHAHA...

Sebenarnya apa yang aku nak highlightkan disini 2 video ni kelihatan serupa tapi memiliki maksud dan tujuan yang berbeza. Itu saja... hahaha ^^, Maaflah kalau membosankan

p/s: Orang2 sekarang tak makan dengan kekerasan... So tak perlulah kata2 kesat tu semua... kita tegur cara baik..orang lagi senang nak terima **nasihat utk Video 1**

+biarjasajadikenangan+

Sunday, December 18, 2011

5 things i hate!!


5 things i hate!! **alamak tajuk omputeh la** Semua orang ada benda yang mereka tak suka. Sama lah dengan tukang kasut ni. Sejak akhir2 ni banyak pulak benda2 yang tak suka ni timbul. Meh la nak cakap benda2 ni. Mana la tau mungkin ada yang prihatin

1. Aku paling tak suka orang bohong dengan aku.


Aku nak bohong pun takut2. fikir itu ini.. tapi orang sedap2 ja kencing aku sana sini. Ingat aku jamban ka. Aku tak kesah pun buruk macam mana pun janji benda betul. Lu tipu gempak2 bukan betol pun. Bohong ni bukan dapat apa2 pun. paling tidak hanya kepuasan yang bersifat sementara. Lama2 pembohongan tu akan terbongkar juga dan yang dapat maluw tu kita juga. Dapat malu ja ok la... kalau dapat marah sekali ?

2. Aku tak suka orang cakap aku lembut/Gay bagai!!!!


Bullshit... mungkin aku nampak nerd.. macam budak syndrom down ke hape ker... tapi jangan sedap2 kata aku G*&. Aku memang pantang betol. Don't judge. Its no your job. Its Allah. Apalah nasib orang yang nerd kulit pucat macam aku ni. Kalau hangpa nak panggil aku mayat ka hantu ka aku ok ja... bt peliss not dat word.. I hate dat word very VERy mUch!!! Sebab aku bukan. Sapa pun akan marah bila orang fitnah apa yang dia tak buat. tapi takpa... kepada mulut2 puaka tu... semoga Allah membalas dengan kebaikan. ^^,

3. Aku tak suka tengok orang pukul2 gadis/perempuan/makcik tua/isteri dll.


Tak sampai hati bila tengok benda2 macam ni. Wanita dijadikan daripada rusuk Adam bukan untuk dikasari, dipijak, dan diperlakukan dengan teruk... tapi untuk dikasihi dan dilindungi. Kadang2 tu tak boleh nak salahkan lelaki saja.. mungkin wanita ada jugak salahnya pada wanita. Ada segelintir wanita sekarang yang tak pandai menjaga adab dorang. sampai kadang2 aku tengok ada yang tengking2 pakwe di khalayak *sopink komplek* Lelaki ni ada egonya... kalau kita sama2 menjaga batas... rasanya ok kot ^^,

4. Aku tak berkenan orang yang suka membuat kesimpulan awal tanpa dalil2 sahih


Banyak orang sekarang suka buat kesimpulan sendiri. Contoh yang paling mudah disini, Korang tengok ja seorang mamat bernama Bali berjalan2 di Sopink komplek... " Kereknya mamat tu... tengok pun tau dah sombong". Pliss jangan. DOn't judge the book by its cover. Nak buat mcm mana kalau muka aku nmpak belagak... mai dulu tegur2 kenal2 baru la korang judge. betol tak.... Berprasangka buruk pada peringkat awal sama seperti mengumat dan mempitnah dan fitnah tu lebih besar dosanya dari membunuh. So kepada yang berkenaan... anda baru saja membunuh orang. ha..ha.. tak tahu...

5. Aku ak berapa suka nak tulis benda benda macam ni.

Sebenarnya banyak jer benda aku tak berapa2 suka ni. tapi benda yang boleh tolerate aku tak kesah sgt pun. hahaha demand banyak2 org benci =P Haha so jangan ambil hati kalau ada kata2 kesat dalam ni ^^, Maafkan aku! jom kita sama2 berubah jadi yang lebih baik. JOm!!!

p/s: Mak aku pesan, jangan buat jahat dekat orang, biar orang ja buat jahat dekat kita. **kaitan ?**

+biarjasajadikenangan+

Saturday, December 17, 2011

Gay kawen pakai baju Melayu bagai.. FAKK!


"Pagi yang cerah kini sudah gelap..." Brader mana tah tadi menyanyi pagi2 masa aku turun jogging tadi. **Tengok langit dan hairan**

Bukan nak buat entry kesihatan bagai... sekadar kekesalan dengan anak melayu kita. **secebis anak melayu** Hangpa semua mesti dah baca benda alah ni dekat Utusan kan. Kan? ke tak...

Ni dia ceritanya

Seorang pelajar "Melayu" kita..pelajar perubatan, Arif Alfian Rosli yang dikatakan hilang di Dublin sebelum ni telah menconteng arang kemuka negara. **jap2.. negara ada muka kah** Pelajar tajaan Petronas ni gagal dihubungi sejak 3 tahun lalu.. Sudahlah menghampakan arapan ibu bapa yang nak lihat anak dia berjaya jadi doktot (Doktor) apabila berhenti dari pengajian... lepas tu lesap tah ke mana. Mak ayah hang dah 8 kali pi Dublin cari hang. Cap ayam punya budak.

Bebalik isu conteng2 arang bagai ni, mamat ni dah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila dikhabarkan berkahwin dengan pasangan GAYnya, Jonathan.

WTF... Pompuan banyak lagi bai.. Itu lantak hang lah.. moral hang dah rosak... tapi janganlah nak rosakkan imej melayu dengan berpakaian baju Melayu hitam dan berciuman dengan pasangannya. Aku baru lepas layan 1957 Hati Malaya, jiwa dengah patriotis ni. Nak gay p jauh2... tak perlu nak mention melayu ka islam ka. tahi lembu!! (Bullshit)


20111216-210445.jpg

Nak baju Melayu bagai... jual maruah sendiri sudah... tak perlulah jual maruah bangsa. Ya Allah..kembalikan dia ke jalanMu

20111216-210502.jpg

Bapak kau punya risau kau terjeba benda2 tak elok. Last last itu jugak yang hang cari. Hmm... kenapala semakin ramai orang macam ni T_T Kepada mak ayah yang ada nak mengaji jauh2 kat obersi tu selalu2 la berhubung dengan depa (mereka) tanya2 khabar.. sesekali bagi pedoman dan nasihat apa salahnya. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.

p/s: Ya Allah.. Jangan kau pesongkan hati kami setelah kau berikan kami pertunjukmu T_T

+biarjasajadikenangan+

Thursday, December 15, 2011

Bila dah dicium baru tahu bertapa nikmatnya ciuman itu

KECIK TAPI GAGAH

Pernah dengar cerita Si Gajah dan Tikus ? Gajah yang begitu besar dan gagah tetapi takut dengan Si Tikus yang kerdil. Ini cerita dongeng kanak2 masa zaman tadika. Tak pasti pulak aku kanak2 zaman sekarang masih dengar cerita2 tukang karut ke tak ?
Tapi aku bukannya nak tulis pasal gajah allergik tikus bagai. Aku nak kongsi dengan hangpa semua makhluk kecik yang gagah.

Tahu Tak ?
Ada satu makhluk halus **bukan hantu hokayy** yang sangat mengerikan merayap2 dalam hutan... Er...er... Artis popular yang dimaksudkan tu adalah Cengkenik. Penah dengar ?
Seramkan!

Cengkenik merupakan makhluk ektoparasit yang hidup dengan makan darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia. Makhluk Femes ni jugak dikenali dengan nama Sengkenit, kutu babi atau pirah (sek kelate kito).


Cengkenik ni dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Ixodoidea bersama2 dengan hama lain.Ramai orang tak sedar kewujudan makhluk ni sehinggalah mereka tersua dan jatuh cinta... dan percayalah... hangpa takkan dapat lupa sengkenik yang halus mulus ni.. tak percaya tanya aku.. hehe


Sebelum2 ni aku pernah masuk hutan dan teserempak dengan cengkenik. Bayangkan satu sarang terjun atas kaki aku. Mula2 aku ingatkan semut mayat yang halus tp rupanya tidak. Habis depa buat kenduri darah2 aku. Selepas peristiwa tu malam2 aku menjadi ngeri.. Bila peluh saja gatal pedih complete!!. 2 Bulan azab!!


Bila dia dah hisap darah badannya akan mengembang jadi merah.. Bila kita cabut, hangpa akan rasa macam kena renjat elektrik. rasa nak pitam pun ada **hiperbola kah??** tapi serius ni. Ada member aku yang kena dalam telinga. Bayangkan~ mesti berbaldi2 air mata dia. =P

Tapi ada petua orang tua2 cakapkan... bila kena cengkenik sapu dengan kapur barus. Ala..kapur yang org makan dengan sireh tu. haa yang tu la. Lagi satu lumurkan dengan minyak tanah. Petua ni aku dapat masa dekat Taman Negara Pulau Pinang baru2 ni... **Baru2 ni pun kena cium dengan cengkenik.. tengah tersiksa skang ni T_T **

Tapi yang penting sekali, jika hangpa kena cium dengan cengkenik, jangan garu.... kalu garu nanti berkudis dan meninggalkan kesan parut kekal. *meninggalkan!! bakunya~*.


p/s: Bila dah dicium baru tahu bertapa nikmatnya ciuman itu


+biarjasajadikenangan+

Sunday, December 11, 2011

Sikap Kita2 yang senang


Dalam kenyataan hidup hari ini yang kuat memerintah.. yang lemah hanya menadah.. hingga melimpah air mata dalam doa yang disembah...

Mana mungkin yang lemah memerintah.. nanti habis lemah semuanya... Cuma yang penting bagi seseorang pemerintah tu bukannya sekadar kekuatan dan keberanian.. tapi juga kebijaksanaan dan ilmunya... cewah! Bakunya

Hari ni aku bukan nak cerita politik2 bagai ni. Itu semua belum masuk bidang aku lah. Hari ni aku nak cerita bertapa kita patut bersyukur dengan kemakmuran yang kita ada hari ni.

Bulan2 yang lepas.. bulan 7 rasanya aku ada ikut trip ke Kemboja. Bertapa susahnya Negara tu. Tak tau macam mana aku nak gambarkan kat hangpa semua..

Adik2 kita hari ni adakah sesusah anak2 ni...

Pernah tak hangpa jadikan tebing2 tepi jalan raya sebagai katil tempat berehat dan tidur pada waktu malam... pernah ka hangpa berlari di atas tar panas tanpa kasut demi sesuap makan... tiang2 lampu dijadikan alang buaian anak2 kecil.. Pernah ka hangpa tengok kanak2 berkejar2 mengutip tin dan botol sebelum sempat lori sampah mengutipnya.

Adik2 kita hari ni adakah bergelumang dengan sampah2 n demi mencari sesuap makan

Hangpa mungkin tak pernah tengok... tahap kesedaran setiap orang mungkin berbeza.. tapi saat aku menulis ni, mata aku berkaca...

mereka tinggal dalam perahu...itu pun yang ada perahu~

Aku selalu mempersoalkan setiap perkara yang tak kena...yang tak sempurna... yang cacat cela. Tapi aku pasti takkan merungut lagi selepas ni. Aku selalu saja tinggalkan makan tanpa menghabiskannya... dan sekarang aku tak sanggup lagi nak buat macam tu.

mereka buat apa saja yang dapat menyuap makan ke mulut mereka


Yang paling aku sedih bila ada kanak2 kecil lebih kurang umur 4 tahun berlari2 tanpa kasut mengejar aku “ Sir, pliss buy, 1 Dollar”. Anak2 sekecil itu pun sudah mengerti erti wang... Ya Allah.. limpahkanlah rahmatmu pada bumi itu.

Mereka makan serangga2 kering seperti makan kerepek. Mereka makan katak macam makan ayam. Ayam ? Nasi ? apa tu... mereka tak tahu apa erti kemewahan yang kita kecapi hari ni. Jika kita kata kita susah disini... bayangkan bertapa fakirnya mereka kat sana

Peliss...jangan kita merungut lagi...bersyukur dengan apa yang ada...dan berusaha untuk menjadi lebih baik... Iringkan usaha dan tekad kita dengan doa dan tawakkal. Insyallah bumi kita akan terus makmur dengan limpah rahmat-Nya.

p/s: Jika kita rasa kita susah...ingatlah ada yang jauh lebih susah

Sumber gambar: Akem

+biarjasajadikenangan+

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu!! ohsemm My Maya

Redha itu ikhlas... pasrah itu menyerah


Ombak Rindu... Boleh bilang sangat crita yang aku postkan dekat blog. Sebenarnya aku tak suka mana pun post pasai2 muvee dekat belog... tapi cerita2 luar biasa ja aku kecualikan. Pagi ni gigih gila aku g Mines nak cari tiket.. las2 dapat tiket pkol 4.20... tapi takpa lah demi Lisa dan Maya yang aku kasihi~ =P

Maya dan Lisa bertudung... sangat suwitt~ ^^. **teruja hokay**


Cerita dia memang ohsem lah!! Tak sia2 aku ngan member2 tunggu lama. Cerita ni lebih menceritakan percintaan selepas kahwin... lain kalau nak dibandingkan LBS (Lagenda Budak Setan) yang bibit2 cintanya lebih dilihat sebelum kahwin.

Maya aku suwitt kot dalam cerita ni. Tambah2 babak dia letak kepala dekat bahu Haris... *Kalau nak pinjam bahu aku pun boleh* Semua watak hidup... tapi Lisa aku kurenk sket... Dia tak sheshuai la bawak watak jahat...comel sangat~



Aku rasa semua lelaki pun nak istri yang macam Maya... At least kalo tak semua pun mungkin sebahagian besar. .. kan...kan... kalau tak jugak aku je lah yang suka. huhu enuff mengarut... Sila p tengok OK!!


Ombak Rindu~ nak tengok lagi... My Maya ^^.

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...