Bally.Da.Shoe: September 2012

Wednesday, September 5, 2012

Seram Sangat: Padah ambil benda dalam hutan

Aku bukan nak bangkitkan cerita2 hantu ni tapi aku rasa macam perlu jugak aku cerita benda2 ni. Ini pasal pengalaman aku sendiri masa buat kerja lapangan dekat salah satu Taman Negara di bahagian utara tanah air. Peristiwa ni berlaku bulan April 2012 lepas.


Hari tu aku, pensyarah, 2 rakan sekerja dan 2 pelajar tahun akhir tiba di Pekan berhampiran kira2 jam 10 malam. Kami check in di guesthouse yang berdekatan untuk memudahkan kerja keesokan harinya. Di rumah tumpangan, masing2 sibuk menyediakan peralatan masing2 untuk mendaki dan merintis laluan baru. Nak kata tinggi tak jugak sebab bukannya gunung... tapi agak mencanak jugak lah jalan dia. Ada dikalanngan guide yang menggelarnya bukit maut. Untuk pengetahuan, pihak pengurusan kawasan hutan ini ingin membuka satu trail baru (denai hutan) dan kami diminta untuk merintis jalan baru ini dan menyediakan panel2 interpretasi di kawasan ini.

Ekspedisi bermula dari Jeti PERHILITAN. Perjalanan menggunakan jalan laut hanya mengambil masa lebih kurang 45minit untuk ke kawasan pantai berhampiran. Jika menggunakan jalan hutan, pengunjung memerlukan hampir separuh hari perjalanan ^^. Setibanya di pantai, masing2 bersedia untuk mendaki. Aktiviti kali ini adalah tagging pokok (mengenalpasti spesies pokok) dan kami dipandu oleh seorang guide (Pak Sudin) **bukan nama sebenar**

Perjalanan mulanya senang kerana jalannya agak mendatar dan sesekali kami perlu merentasi anak sungai. Proses mendaki hanya bermula selepas kami merentasi sungai yang ke 3. Boleh tahan la curamnya tu... terjelir jugak lidah. Sepanjang menjalankan kerja2 mengenalpasti pokok, takdak pulak berlaku apa2 yang pelik.

Dalam perjalanan pulang kami melalui suatu tempat yang dipenuhi dengan rotan. Dalam banyak2 rotan yang tumbuh dikawasan tu, ada satu rotan yang nampak menarik dan sesuai dibuat tongkat. Pak Sudin menawarkan diri untuk mengambil rotan itu jika kami mahu. Pada mulanya kami menolaknya dengan baik kerana mengeluarkan hasil hutan di kawasan taman negara adalah salah, namun disebabkan keunikan rotan itu, salah seorang daripada kami telah mengambil rotan itu.

Malam tu, aku terkejut bila terdengar member aku menjerit. Buntang mata aku bila tengok dia menjerit2 sambil menepis sesuatu. Aku lihat jam di dinding. "uish pukul 3 pagi" bisik aku dalam hati. Kata orang pukul 3 pagi ni la waktu hantu bekeliaran...sejauh mana kebenaran tu aku pun tak tahu. Aku baring semula di campbag. Lepas aku pejam ja mata, tiba2 aku terasa berat macam kena tindih. Pada masa yang sama anjing mula menyalak... Auuuu~ panjang dan bersahut-sahutan. 

Masa tu, aku dah tak boleh buat apa... Aku baca ayat kursi dalam hati. tapi satu ayat hilang, aku tak dapat nak teruskan. dada makin sendat rasa...sesak nafas! ikhtiar terakhir aku Al-Fatihah. aku baca berulang2 kali.   
Dalam 2 3 kali aku baca...anjing pun berhenti menyalak. Aku pun dapat bukak mata dan badan dah tak rasa berat lagi. Aku lihat member aku... dia mendengus kecil... macam orang penat berlari 100meter. Tiba2 dia mengiring ke arah aku... dia tengok campbag aku dan menjerit seolah2 terkejut sesuatu. Sekali lagi anjing menyahut. Aku terus bangun dan duduk. Aku tanya member aku, "awat weh! hang jerit apa". "Aku tak boleh tido". 

Disebabkan masing2 tak selesa kami ambil keputusan untuk keluar lepak kedai mamak. Dia kemudian cerita dekat aku. "Ada pompuan (perempuan) panjat katil aku, Dia naik kat kaki aku". Faham la aku kenapa dia jerit. Lagi sekali dia jerit masa tengok campbag aku. Itu sebab dia nampak pompuan tu tido depan aku. Patut la aku macam kena tindih ja rasa. 


Keesokan harinya, kami pergi semula ke sana dan pulangkan apa yang kami ambil dan alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Sejak malam tu, aku dah tak berani nak ambil apa2 dari hutan... Walaupun aku minat sangat dengan keladi2 dalam hutan tu.. terpaksalah bersabar. So jangan lah ambik apa2 dari hutan sesuka hati... bukan apa takut dia ikut dan tak mahu pulang... haru~

+biarjasajadikenangan+

Sunday, September 2, 2012

Kusut salah semalam...

Hari semakin berlabuh di muara sana.. Menandakan saat alam mahu beristirehat dan aku...

Aku menyarik-nyarik di halaman, mencari lembaran kosong yang masih sudi mendengar rayuan hati dan runtunan jiwa yang hampir kering.

Dalam menelusuri beting-beting kehidupan.. Manusia tidak lepas dari kenangan lalu yang merantai rasa resah dan gundah.. Membuatkan kita tertambat dengan perasaan kecewa dan amarah!

Semakin ingin diputuskan rantainya.. Semakin kusut dan berselirat, menjerut hingga sukar bernafas.

Apa akan ada yang sudi membantu aku merungkai kekecewaan ini ?

p/s: mungkin aku mengukir dalam cara aku yang tersendiri... Mungkin mual dibaca.. Mungkin sukar difahamkan.. Namun begitulah apa yang terbuku dihati.... Berserabut dan berselerak...

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...