Bally.Da.Shoe: June 2009

Rakan BlogKu

Sunday, June 28, 2009

Paku Langsuir


Hmmm hari ni saja lepak depan rumah...



Pagi ni xde kerja menyiram pokok sebab hujan... So saja lepak2 depan rumah tengok Makhluk hijau Allah yg bermandikan rintik2 hujan. Rasa nyaman jer suasana. So saja nak kongsi dengan kawan2 salah satu pokok penyejuk...huhu mostly pokok penyejuk ni dari jenis yang berdaun besar or lebar...Selalunya orang letak tumbuhan dari jenis keladi tapi bali lebih suka ferns. Hmm... Masa masuk hutan dulu fern yang paling bali tertarik Asplenium nidus. Nama tempatannya paku langsuir...fern ni sesuai diletakkan dilaman rumah kerana daunnya yang lebar menampakkan laman kita lebih sejuk. Tumbuhan ni perlu diletakkan ditempat separa sejuk dan jangan sejuk sangat. Pastikan ia berada ditempat yang suhunya lebih 16degree C. Kalau letak dekat beranda rumah pon ok... Sebenarnya ada banyak lagi fern yang sesuai jadi hiasan laman.
Nama Saintifik: Asplenium nidus L.
Famili: Aspleniaceae
Nama Tempatan: Paku Langsuir (Bird's nest fern)

p/s : disamping menyejukkan laman rumah, melihat benda2 hijau ni baik untuk mata dan dapat menenangkan jiwa...
+biarjasajadikenangan+

Saturday, June 27, 2009

Jasad tandus tanpa perasaan

Andai kata aku robot....


Aku nak hidup ceria...hidup tanpa perasaan... tanpa emosi.... tanpa bayangan. Bebas dari belenggu emosi yg merantai pergerakanku, tuturkata ku, lirik senyumku iras wajahku, semuanya bermain dengan perasaan...


Tidak perlu dijaga perasaan orang jika punya kita tidak dijaga... Biarkan mereka ketandusan... Aku ingin sendiri... bersahabat dengan bayang2ku... Jangan dibelai dengan rasa, kerana rasa jasad celaka...
--------------------------

Keistimewaan manusia adalah perasaan. Kerana perasaan manusia berfikir sebelum melakukan sesuatu. Kerana perasaan manusia berhubungan dan bersahabat. Kerana perasaan manusia menikmati dan kerana perasaan jugalah manusia berkelahi dan bermasam muka.


p/s : Jagalah hati dan perasaan orang lain jika kita juga ingin menikmatinya. Tiada ruginya membuat kebaikan kelak hidup berhidang kebahagiaan...


Friday, June 26, 2009

Masa melayang~


Sayu terharu terpikir Apa sume ni kenapa masa cepat berlalu Hari sekejap sekejap menjengah dan pergi..."Hari semakin pendek bila tidur semakin panjang"


+biarjasajadikenangan+

Cilok dari Deqna Jepun~


Bekas kekasih saya - tiada.xsempat pon…
Saya sedang mendengar – bunyi kipas tua brpusing
Mungkin saya patut – siakan report hutan atau tidur trus
Saya suka – bercuti~
Sahabat-sahabat saya – sahabat kepada saya
Saya tak faham – itu dan ini
Saya kehilangan –keyakinan
Ramai yang berkata – jom makan nasi bujang…erk…
Cinta itu adalah – perjanjian (trbaca di koran) ngee~
Di suatu tempat, seseorang sedang – meninggal~ sedey
Saya akan cuba – apa yang saya belum cuba (dadah xmo..xbes)
Perkataan SELAMANYA membawa maksud –tak kunjung habis/tamat/hilang
Telefon bimbit saya – ada keretakan akibat jatuh (xtawu sape buat)
Bila saya terjaga – apa nk buat hari ni??
Saya paling meluat – diekori ( cik mcm mana sy nk pilih baju kalau cik ikot je…saya ni pemalu )
Pesta/parti adalah –sesuatu yang sma maksudnya tetapi lain ejaannya…toink2~
Haiwan yang paling comel pernah saya temui – Tupai…nampak baek!! tp jahat
Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – Masa kat skolah~
Hari ini – misteri hari semalam dan sejarah hari esok~
Malam ini saya akan – Buat report Kem Hutan….adeyhhh~
Esok pula saya akan – pikir semula lpas bangun tdur
Saya betul-betul inginkan – sesuatu yg infiniti (sama mcm deqna)
Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini– Apsal x ceria nih…
Pusat membeli-belah atau arked permainan – jimat2 la sket….
Makanan Barat atau Jepun? – Makan apa pon xpe….jgn deman~
Bilik yang terang atau gelap? – Bilik yg brdinding cermin….boley tgk bintank~
Makanan segera adalah – kurang selamat untuk badan
Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang–Satgi kta p mkn koeyteaw na sabaq sat…
Siapa yang anda ingin tag: Azpa(hadiah sbelum ke UUM) hahaha….
+biarjasajadikenangan+

Thursday, June 25, 2009


Ketransformeran...kebestsan...keterlampauan...


Mlm td ku g mnonton Transformer utk kali kedua.... Nak hilangkan duka lara sket.... Kami tgk dekat Alorstar Mall... As usual mesti ada jumpa sesapa dkt sana....Kali ni jmpa pdot dgn yus (adek abang) depa dtg satu group jgak.... Movie nni serius best... aksi mmg "salut" sangat gempak...membe ak kt sbelah asyik lompat ja (menjiwai optimus prime) haha... mesti org dkt blakang dye bengang x nampak skrin... Naseb la depan kami sume average jah....xde yg standard klcc.. Ending pon gempak...unpredicted... Xmcm yg 1st...itu mmg lahabau...ngee~


p/s : huhu kalau nak tgk muvi tu tgk la movie neh...x rugi....action + lawak2...gerenti puas hati...huhu


rest ur mind b4 starting ur new semester...babai dh nk g penang...


+biarjasajadikenangan+

Tuesday, June 23, 2009

Bila Izrail datnag memanggil...

(gambar hiasan)

Hmm hari ni hari yang sedey...xdpt nk waras sebab hari ni memang x mampu nk waras... Tadi petang bali keluar g Pacific dengan kuya dan azpa sebab si azpa nk beli kemeja...dye nk masuk u dah...huuu... Suddenly my mother call, "bali balik awal sket, nak g tengok Pak Long meninggal.... erk... tetiba blur ja rasa....mcm x boleh terima dek akal sebab sungguhpun dye (arwah) adalah Pak Longku, tapi i never meet him before... Rupanya ku dapat tatap arwah sekali ja seumur hidup... pada masa kematiannya...


Mak Long ckp kereta Pak long terbabas dalam pjalanan pulang dari dusun dekat Kuala Nerang... Disebabkan abah takde (ada urusan di Terengganu dan x sempat balik), so akulah wakil keluarga...(tapi mama ikot jgak)... Bayangkan mcm mna nak hadapi situasi ni... Rumah Paklong blakang KMC jer...(aku baru tahu). Kalaulah aku lebih prihatin sebelumnya.... Aku masuk ke ruang tamu, terlihat sekujur tubuh berselimut putih....Itulah arwah Paklongku yang xpnah ku jumpa sebelum ni... Semoga Allah memberkatinya dan menempatkannya dikalangan org2 yg soleh...


p/s : Jangan persiakan masa yang ada dan berbaktilah pada kedua orang tua kamu semasa mereka masih ada...gunakanlah kesempatan sebaiknya...


Semoga roh PakLOng diterima disisi-Nya
+biarjasajadikenangan+

Monday, June 22, 2009

Kalau kita sebut...


Setelah lama tak ber-online...


Malam ni kami ( bali, kuya, khairi, azpa) g makan nasi bujang. Kami g borak2 hal2 semasa 'lelaki'... huhu guy stuff. Lepas tu dlm pjalanan pulang dalam kereta, Kuya memulakan agenda dengan kisah hantu...huhu dah la jalan yang kami gunakan tu "Angker"... huhu meh nak gambarkan sket jalan yg kami lalui tadi...disepanjang jalan terdapat daun2 pisang yang melambai2 ditiup angin malam. Rumput2 lalang yang setinggi cermin kereta sesekali bergesel ke dinding kereta. Terdapat rumah2 buruk yang terbiar di dalam gelap tanpa berpenghuni. Tapi setahu bali, rumah kalau ditinggalkan lebih 4 bulan tanpa berpenghuni akan mengundang "penghuni baru"...Bayangkanlah rumah yang sudah bertahun2 terbiar. Selalunya Bali jarang terpengaruh dengan cerita2 seram nih, bukan tak percaya tapi malas nak ambil peduli. Tapi malam ni terasa seram sejuk semacam jer lepas kuya mengeluarkan satu statement...


Kuya cakap dia terbaca artikel ahli2 paranormal berdasarkan kajian yang diorang buat, ' kalau kita sebut tentang sesuatu entiti dan gambarkan perwatakannya di sesuatu kawasan, entiti seperti yang digambarkan itu akan muncul... Kiranya walaupun kita sengaja ada2kan cerita tentang kewujudan entiti tersebut ianya akan muncul lama kelamaan... Terdapat banayak cara untuk kita gambarkan entiti itu, tidak semestinya kita menyebutnya tapi mungkin juga kita membayangkannya... Hmm... Cuak habis kami semua...


Haha tapi janganlah fikir sangat, Yakinkan dalam diri bahawa dia juga makhluk Allah seperti kita. Janganlah kita takut sesama makhluk tapi takutlah pada yang maha pencipta...


p/s : Jika kita semakin takut, dia akan smakin berani... babai


+biarjasajadikenangan+

Thursday, June 11, 2009

Sayang apa adanya~


Hmmm malam ni tak boleh tido, excited sgt nak g reunion esok... 50 orang lebeh yg join aktiviti neh...huhu hope x sesat esok cari hotel tuu... huhu so takde post utk 2 hari... huhu tapi kalau ada peluang, mesti ada je post..huhu so hari ni takde apa2 yang spesel....tp baru terdengar lagu ape tah.. tajuk dye tak mungkin kerana sayang....hmm ada rangkap yg menarik perhatian...huhu...

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Memang setiap apa pun di dunia ini tiada yang abadi...Bila berlaku kematian pasti akan ada kelahiran. Jika kita kehilangan sesuatu, pasti ada pengganti buat sesuatu itu. tetapi harus kita mengerti kerana setiap pengganti itu tidak mungkin persis yang sebelumnya...Mungkin juga sesuatu itu tidakpun dapat diganti sama sekali. Contoh yang paling pas adalah kedua ibu-bapa kita.... Tiada galang gantinya....huhu Sayangilah mereka apa adanya...ini kerna Manusia tidak akan merasakan keistiwewaan sesuatu itu sehinggalah sesuatu itu pergi darinya...


p/s : Sayangilah sesuatu itu bukan kerana kamu memilikinya, tetapi kerana keberuntungan kamu dimiliki olehnya...babai

Wednesday, June 10, 2009

Kelodak kenangan lepas


Hari ni hari sedeh so bally nk cerita benda sedeh la...



Diari lama tahun 200*, haha percaya tak kalau kita luangkan lebih masa dengan seseorang yg lain jantinanya dari kita, kita akan jatuh hati padanya. Ini mungkin kerana kita beroleh masa secukupnya untuk mengenali insan itu. Ini sama sekali berbeza dengan Cinta pandang pertama... Cinta pandang pertama lebih tertumpu pada fizikal, contohnya rupa paras...



Ceritanya...

Dahulu kala...ada seorang remaja yang telah jatuh hati pada seorang gadis yang bernama Timah. Remaja tadi bernama Ali. Ali jatuh hati kepada Timah sejak pertama kali melihatnya... Nak dijadikan cerita, Ali mula menyimpan keinginan untuk mengucapkan suka kasih cintanya pada si Timah. Malangnya Ali seorang yang pemalu dan tidak pandai berkata-kata tambahan pula Ali sering kaku bila berhadapan dengan wanita2 kerana dye dari tadika sampailah ke sekolah menengah dia tidak pernah mempunyai classmate gadis...Ini kerana sekolah Ali all boys...



Ali mempunyai seorang sahabat baik bernama Abu. Abu seorang yg "happy go lucky" dan peramah. Abu faham akan perasaan Ali dan bersedia membantu Ali...Pada mulanya Ali ragu2 tetapi kerana percayakan rakan karibnya itu Ali setuju. sejak itu ali dan Abu berkawan dengan Timah... Oleh kerana Abu lebih pandai berceloteh, Timah lebih rapat dengan Abu. Semakin hari semakin rapat sehingga Ali sering ditinggalkan bersendirian. Akhirnya Ali bertekad untuk memberitahu Timah akan hasratnya... Ali pon menghantar sms kepada Timah. Mereka pon ber sms...



Ali : Salam Timah, awak tengah watpe tue.

Timah : waalaikumsalam Ali.

Ali : Saya ada perkara nak bagi tahu awak

Timah: Eh sama lah. Saya pon ada benda nak bagi tahu awak.

Ali : oh betul ke, takpe cakap dulu.

Timah : Ali, saya suka dekat Abu. Patot tak saya cakap dekat dye.

Ali: Oh baguslah. Awak patut bagi tahu dye.

(jantung seperti tidak berfungsi....dimensi seolah2 hampa...kosong...)

Timah : Apa awak nak cakap tadi Ali

Ali : Eh takde...dah lupa lah...huhu biarlah tak penting pun



Jantung persis jam kehabisan kuasa sel kering, ruangan menjadi kaku...masa tidak lagi merangkak pergi, angin tidak lagi bertiup, pokok2 tidak lagi menari...seolah2 meratap hiba naseb seorang pencinta. Oh Bally, sanggupkah kau mengungkapkan hasratmu setelah hasratnya menjengah cupingmu. Sanggupkah kau rampas kegembiraannya dengan kata2mu... Ohh tidak!!! tidak!!! Aku tidak sanggup!!! Masakan aku tegar menyatakan hasratku...Biarpun aku harus menahan kesakitan ini... Biarpun jiwa ku rebah dihadapan jasad kaku yang tidak mampu memberi penggadilan kepadanya, biarpun hatiku meronta, mendambakan secebis simpati buatnya..... Sesungguhnya cinta itu tidak selalunya berakhir dengan kebahagiaan. Oh masa!!, merangkahlah kau...bawalah aku pergi...pergi dari sini...bawalah aku bersama jasad kaku ini...Tinggalkan maya maha pedih ini... Wahai hati, tidakkah kau gembira melihat orang yang kau cintai bahagia...Lepaskan ia pergi...agar ia terus bahagia...bahagia disisi orang yang dia cintai...



p/s : Cinta itu buta dan boleh membutakan, Sahabat...jika benar kau suka padanya pintanya dengan cara yg betul.... Jika kau takut akannya, kau juga seperti aku...



+biarjasajadikenangan+

Tuesday, June 9, 2009

Kosong perasaan~


Hmmmm...


Hari mcm kurang seronok. Tadi bangun pagi bally tgk kakak tgh kelam kabut...rupanya result dah keluar....Apa lagi terus on9 untuk semak result...Hmmm seronok lah dye dapat dekan lagi... tapi kupunya result agak menyedihkan...hambar saja....tapi takpelah orang lain dapat elok kita tumpang gembira...walaupun diri tak seelok mereka...huhu...yang penting semester depan kita buat lebih baik...ngee~~


p/s : sahabat2, kita jangan mudah putus asa kerana ini semua merupakan liku2 hidup yang perlu dilalui oleh semua insan, cuma yang bezanya hanyalah masa dan ketika, So usaha biar lebih kerana usaha itu tangga kejayaan....babai

Kongsilah sikit~


Hmmm....hari ni bali nonton muvee


Hari ni agak panas utk berkebun diluar, so bali nonton muvee jer, yg peleknye xtahu pon tajuk crita tue....huhu agak sedey cerita tu...watak utamanya seorang budak lelaki...cerita ni berkisar dalam sebuah keluarga. Cerita neh mula merangkak naik bila bdak ni kematian ibunya...Kesian dye...yg lagi sedih tu, ibu dye mati sebab nk selamatkan dye dari kena langgar lori...Sejak hari tu dye selalu slahkan diri dye atas semua yg berlaku...Dye selalu pergi ke tempat kejadian dan termenung sorang2... Bayangkanlah orang yg kita sayang pergi didepan mata kita...sangat tragik... Dye terfikir untuk bunuh diri... tapi kerana diri masih waras dye x jadi bunuh diri. Lalu ayah dan adik2nya datang mencarinya... adik2nya berlari sambil menagis kerana menyangka abangnya nak bunuh diri... Dialog yang paling x boleh dilupakan apabila ayahnya berkata "Kenapa kau begitu kedekut wahai anakku, tak bolehkan kau kongsikan sedikit kesedihanmu itu. Kenapa harus kau telan semuanya"...sgt sedey untuk sape2 yang tgk la muvee tu,


So kawan2, bali pon terfikir tak bolehkah kita kongsi sedikit kesedihan yg kita alami...dengan cara itu kawan2, saudara kita akan tahu masalah yg sedang kita hadapi...mungkin mereka dapat tolong walaupun sedikit. Bukan kesenangan sahaja yg ingin dikongsikan tetapi juga dukamu...wahai sahabat, jika kau menitiskan air mata aku juga turut bersedih. Jika kau mengukirkan senyuman yang hambar, aku tentu sekali tahu akannya... ku harap kau beri peluang untuk seorang sahabat itu merialisasikan erti sebuah persahabatan.


Seseorang itu tidak mungkin bersahabat jika dia tidak ingin berbagi suka dukanya dan sebuah persahabatan itu tidak akan hidup jika ia tidak disertakan dengan suka dan duka. Ingatlah sahabat sekalian Bumi mana yang tak ditimpa hujan...langit mana yang selalunya cerah...Bersahabatlah kerna ia inti kesatuan.


p/s : persahabatan itu tidak dapat dipegang dan dilihat, ianya hanya untuk dirasa dengan hati yang ikhlas...


+biarjasajadikenangan+

Monday, June 8, 2009

Up To Date




Hari neh ku keluar town....

huhu hari neh ku ikot magee dgn aspa keluar town...Mreka masing berawek so ku kesepian...ngee~ disebabkan kebohsanan jadi ku g ronda2 dalam CP (City Plaza) sambil2 usya prkembangan dunia neh...huhu mcm katak bawah tempurung jer... Hahaha ada sesuatu yg menarik disitu...Ku dan mereka2 sangat berbeza....huhu rupanya ku berpakaian yg sgt kuno...Baru sedar diri neh kuno... Orang lain brpakaian gempak gempok....cakap je apa fesyen sume ada...fesyen londeh sluar, feshen pkai singlet dan bertudung didalam, fesyen seluar kna kelar pon ada....huhu Malaysia boleyhhh...Adeyh...ku cuma berT-shirt kosong berjeans straightcut...huhu x "uptodate" lngsung...naseb tak kluar pakai T-shirt pagoda ...haha. So kehairananku terjawab kenapa azpa berdandan hebat....wah up to date rupanya....Saye neh org hutan je...So rasa mcm nk ubah penampilan la....tp tak tahu cena...ngee~ So kawan2 kalao ada idea sumbang la sket....kesian bali, kuno sgt dah ni....huhu tapi bali pon nk ckp sket kat sini...huhu bali suka org yg tunjukkan dirinya yg sebenar...hmmm kalau nk berpakaian seksi tu biar la betol2... baru puas hati. Maksudnya bukanla berbogel kt situ....cuma kalau pakai singlet 2 xperlula pakai tudung dekat dalam...huhu aneh rasanya...huhu tapi rata2 gadis sume pakai molek2...lelaki pon hebat2....so Malaysia mmg hebat lah....

p/s: marilah kita sama2 saling membantu kearah yg lebih baek untuk meninggalkan apa yg tak baik...huhu Fikirkanlah apa inti dari ayat neh....babai

Sunday, June 7, 2009

Kisah Benar...


Ku bertanya pada sahabatku bernama A. seorang wanita "em eh nanti kau nk cri suami cena..".nada polis menyoal matpIt. Sahabat pun menjawab..."em nanti nk cari suami yang handsome,kiut,xkaya xpe janji tahu masak..." Zerkkk!!!! Mindaku macam dipalu dengan gendang masjid...Perghhh.....yg pandai masak. Bukan sbb x pandai masak...Cek tahu masak naa...kasi tawu nk mkn apa...hehehe jgn chikenchop dah la...huahua tp terkejut dgn kenyataan memberku td....Sebelum neh dh penah tnya dah membe yg lain... sama jew....Hoho wanita skang nak lelaki yg tawu masak...Seram wohhh!!! Adakah gadis skang xtawu masak...atau malas nk buat kerja2 tu. Mungkin juga diorang nk tukar tempat dgn lelaki... Xbagus tu, tanda2 akhir zaman....Kepada gadis2...kalau saya, saye x kesah jika kena tolong isteri memasak di dapur tapi biarlah sama2 memasak...baru utuh rumah tangga....tapi xelok jika gadis xmahu memasak or xtahu memasak....belajar la sikit2... Jejaka2 sekarang pandai masak sbb diorang nk survive dkt rumah sewa & nk jimat duet...haha so gadis2 jgn ambek kesempatan pilih calon yg pandai memasak sbb nk jadikan bibik baru dirumah...huhu kesian lelaki...hahaha Itu jew bally nk cakap...huhu so kita sama2lah beriktibaran dan bertebaran yahh...babai :)


+biarjasajadikenangan+

Saturday, June 6, 2009

Pesan Bally Kepada Diri~


Bally ingin berpesan buat pedoman diri dan teman, Jadikanlah hidup kita ibarat benang yang mencantumkan tetapi jangan pula kita seperti jarum yang mencucuk dan melukai orang lain. Kita mungkin melukai perasaan orang sekeliling kita tanpa kita sendiri menyedarinya kerana dalam laut boleh diduga dalam hati siapa tahu... Dalam kehidupan ini lakukanlah sesuatu itu seolah-olah kamu tidak lagi berpeluang melakukannya dan lakukanlah sesuatu itu dengan yakin dan bersungguh kerana kita punya asa, Allah punya kuasa. Hargai setiap inti kehidupan kamu Kerana ianya suatu kenangan yang tak terbeli... Sematkan detik-detik manis dalam diri kamu nescaya ia penawar luka dihatimu dan buangkanlah rasa benci dan dengkimu itu kerana ia bara-bara yang membakar kesabaranmu... Lunakkan suaramu dgn puji-pujian buat Sang Pencipta kelak hidupmu sentisa berlegar dalam nur-Nya. Kasihlah seseorang seikhlas mungkin, kerna keikhlasan itu unsur kecintaan. Cintalah kita kerna itu fitrah. Tanpa cinta tiada warna kehidupan... cinta dusta kerna lahir, kerna paras dan harta duniawi, Lahirnya akan lari dikejar usia, parasnya akan pudar dimamah masa, hartanya akan ditinggalkan tatkala ajal merangkak tiba... Bally berpesan kepada diri agar tidak gopoh mencari kerna ianya pasti ditemui cuma lambat atau cepat...dan percayalah wahai diri lambat dan cepat itu adalah permainan masa. Carilah cintamu itu seolah-olah ia akan datang padamu...
+biarjasajadikenangan+

Friday, June 5, 2009

Sepintas kenangan lampau adeyh seram!!!


Sepintas kenangan lampau...


Pagi neh sesaja ku membelek ensetku yg mulai mereput... teringat plak pristiwa masa ku pegi repair enset dkt City Plaza... haha critanya mcm neh...huhuhu long2 tyme ago, Ak ke city Plaza nk repair enset.Cermin enset dah retak seribu...maklumlah kerja berat!!! A pown masuklh ke kedai dan merepair ensetku...Tiba2 dtg sorang pakcik neh nk repair enset jgak...enset dye syot jatuh dlm tandas...eee~ Pakcik neh nmpak alim dgn lebai putehnya... nk dijadikan crita dye tegur ku, apa lagi ku pon sambut la..pastu sembang2...dya bahasakan diri dya pakcik... standart la tu... pastu dye sembang2 tp yang pelekny dya ska tampar paha ku... org tua2 biasala kalau sembang sepenuh hati... Lepas tu tetiba dya nk mraba lebey2 lak... senget btoi pakcik neh.. seram gak pikir2 balek...tp ku tabahkan hati...maklumla dye pakai lebai wooo~ takkan nk jahat kowt... Ku pon ngelak2 la...huh saja blakon2 cari det dlm poket...wahaha... lpas tu ensetku siap...apa lagi cepat2 ku g bratur nk bayar... Tetiba dye dtang "Adik kejap lagi jgn lupa bagi nombor phone dekat ABANG na" Weakkk!!! nk muntah...tadi pakcik skarang dh jd abang...dah tue dah paksik oi!, ku dah glabah tapi maintain cool..."ok pakcik kejap g saja kasi"..hah lepas jer bayar ku lari xcukup tanah...Seram giler masa tu...Wah rupanya ada jgak org mcm tue...huhu so jgn la cepat buat kesimpulan kawan2...padah nanti... babai


p/s: Kawan2...Don't judge the book by its cover....Luar bekilat dalam berkarat...ngee~

+biarjasajadikenangan+

BBQ

Oittt Bakaq Ayam...lalala~




wahaha...yestrday ada BBQ.... Lalala agak kesyokan kelampauan... Mcm biasala evry sem break ada BBQ, huhu kali ni 5 org ja join, Si Bally, Azahari, Azpa, Shapiq Shahimi, dgn Si kuya...hmm wan magee ngan nazre pon ada dtg tp x join mkn pon... Hmmm ada keja katanya...


Aktiviti dimulakan dgn membasuh ayam...erkkk....pandai sungguh kuya, dye dtg lewat org dah settlekan basoh ayam....Senget...Pastuh buat rencah n peram....1 lagi prob...nyalakan api..ngeee~ itu kasi kuya aza dgn askar....hahaha...Hahaha yg lawaknya azpa pesan ais tiub mcm nk mnum 20 org...hahaha Senget btol...Naseb kuya x beli butter seKilo...kalo x...ngee~Pembakaran & pemanggangan brjln dgn agak lama...lepas 2 ngammmm! makan la.... huhu x abes pon mkn...tp x ley usha muvee sbb external rosak...adeyhhh...kurank trhibur...lalala overall best la jgak... huhu babai...
+biarjasajadikenangan+

Wednesday, June 3, 2009

Mlayu, Buruh dan Asing


Kita sering menyalahkan kerajaan semata apabila negara dibanjiri pendatang asing. Kita menuding jari kepada mereka2 yg kita anggap salam, tapi pernahkah kita terfikir punca punci situasi ini disebabkan kita sendiri... mereka datang ke sini bekerja sebagai buruh kasar di tapak2 kontrak, di puncak2 menara, suri2 kepada rumah, tukang kebun yg memotong siang&mlm, Pakguard yg habeskan berpaket2 Ali cafe semata2 nk brjaga, bangla2 di stesen mnyak, yang m'ambil order bila kta pesan roti nan & ayam tandori, mat bagla & minah indon yang sapu sampah dkt dataran masjid putrajaya. Itu tak kira lagi yg menyamun serata negeri. Sungguh sukar utk mereka mendapat pekerjaan di tempat mereka... Kita salahkan mereka merebut periuk nasi kita... Kita "protes" kita heboh satu negara....di koran2, televisyen penuh dgn artikel yg mengkritik & mencaci maki mereka2 ini....tp sesetengah tue wajar jgak... Pernahkah kita terfikir jika kita menghalau mereka pulang....fikirkan. Mampukah kita mengangkut batu bata di tingkat 31 sebuah bangunan yg belum siap, sanggupkah kita memotong rumput siang&malam, trfikirkah kita utk bersengkang mata tatkala org nyenyak dibuai mimpi....Tahankah kita utk menyapu sampah di floor2 Midvalley dan toilet2 awam... Sanggupkah kita...


Tentu sekali tidak.... Bangsa melayu tak nak kerja remeh temeh....xde class...apa yg mereka nak....Melayu nak jadi Boss... jd Dr, Engineer, Businessman & paling kurang seorang pegawai di Syarikat2.... Melayu tak sanggup menjadi jaga,tukang kebun bahkan waiter di kedai2 Nasi Kandar... Tidak dapat dinafikan lagi filem2 melayu lebih ghairah menyediakan filem2 berunsurkan kehidupan korporat yg dipenuhi dgn saham beratus2 juta, kereta mewah BWM, MES, paling tidak porsche dua pintu dgn pemandunya gah bereben hitam bertuxedo...Hebat...hebat kita...Amareka!!!!!!!


Jika benar kita ingin seperti itu usahakan, buktikan...jika kita tidak mahu menjadi seperti Mat bangla dan minah indon... Hentilah menunding jari dan mula berkerja...Jangan lupa gah kita, jgn lupa filem2 kita, jgan jadi "Melayu yg mudah lupa" bak kata Deqna Mlayu kita buang M terus layu...


+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...