Tak nak... Buang!!! | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Thursday, November 4, 2010

Tak nak... Buang!!!

Pagi ini ayah kelihatan gusar. Sekejap duduk sekejap berdiri. Jarang ayah seperti ini. Ayah risaukan padi yang semakin hilang ditelan "bah" [air banjir]. Belum sempat lagi padi diambil hujan sudah mencurah... Kalau berterusan, ayah pasti kerugian. Insyallah kalu rezeki tu ada, takkan kemana pun dia pergi... Padi mengingatkan aku pertanyaan ayah dulunya.Kita menanam padi dengan taburan benih yang sama... cara yang sama... racun dan baja yang sama. Tapi tahukah kita di dalam hamparan padi yang meluas itu, yang tumbuhnya tidak sama. Dalam padi yang ditanam itu tumbuh padi angin dan juga sambau. Kita hanya menginginkan padi dan kita seringkali memikirkan cara menyingkirkan sambau dan padi angin. Apa yang tak menyumbang dalam kehidupan kita...kita singkirkan... lupuskan dari pandangan...puas hati kita!!!
Kita lupa... sungguhpun ianya iada bererti bagi kita, ia pasti punya erti pada yang lainnya. Jika kita perhatikan di sekitar kehijauan hamparan padi itu... terdengar kicauan burung2 kecil yang bertaburan di langitnya... berdansa mengikut rentak dan irama sang bayu... Sudah penat beterbangan sang kecil ini akan menjunam ke sawah... menjadikan sambau sebagai makannya... Apakah benar seperti kata kita... sambau tiada bererti ?

p/s: Apa yang tak bernilai dimata kita belum tentu sama dimata orang... Siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman (^^,)y

Sambau = sejenis rumput
Padi angin = Padi yang tak berisi, lebih tinggi dari padi biasa, hinggakan kadang2 mengganggu pertumbuhan padi


+biarjasajadikenangan+

9 comments:

misSbLurRy said...

teringin nak duduk dlm suasana padi..bile la boleh

Bally Da Shoe said...

Dtg la tempat saya...pasti bisa... Saya anak pesawah.. hidup dlm suasana sebegini

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

rindu sawah. tempat saye da xde sawah. smua da wat rumah kat ats tuh.

Anis izyan Abd Rahman said...

sawah~
dpt idea dr situ~
thanks yah!

surahim said...

tidak dijadikan sesuatu benda dgn sia-sia..

simplicated said...

betul2, x de benda yg sia2.. dia dwujudkn uk hiburan.. haha.. hiburan malam.. jgn marh ye incik bally ~x de kaitan ngan post~

Bally Da Shoe said...

cik sue:org malaysia dh mula mkn western...x layan dah nasik2 ni....
Aniz:idea.. haha wlcm2... (^^,)y
srhm: tp org yang buat benda sia2
Cik Simplicated: zerk...zerkk... hah perli la...hahaha

kerangRebus said...

alamak..sambau tu pae?--ehee..kurang fhm..

hebat bhasa kamu!:)

Fizah Amaryllis said...

hg ni sastera gak kn.pnulisan hg ni baguih..byk dah kte bc pnulisan org..hg ni pndai kaitkn sesuatu dgn sesuatu yg len.ayat pnuh mkna tersirat.guuuuudddd..
hg blaja dr mana ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...