Maksud cerita | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Wednesday, November 3, 2010

Maksud cerita


Jauh ditengah kota raya tinggal sang abang dan sang adek. Yang dikatakan kehidupan ditengah kota itu memerlukan biaya yang tinggi untuk hidup. Si Abang berniaga bagi menyara kehidupannya dan si adek manakala si adek masih menuntut si sebuah kolej pendidikan. Bagi memudahkan pergerakan si adek, si abang menghadiahkan sebuah kereta usang kepada adeknya... "Maaf adekku, hanya ini yang mampu abang berikan". "Terima kasih abang"

Detik dan waktu pantas beranjak....Si abang semakin tua begitu juga dengan si adek. Hadiah dari abang masih lagi digunakan walaupun seringkali mengundang masalah. Satu hari si adek sudah tidak tahan, dia mengadu pada si abang "abang, pemberian abang itu sudah rosak, apa bisa dibaikinya buat saya?" si abang menjawab "Apa yang rosak adekku, kelihatannya masih elok". Si adek terdiam seribu bahasa kerna dia tidak tahu apa nak dikatakan pada si abang. Setiap kali si adek meminta pada abangnya, pasti itu jawapan yang terucap dari mulut si abang. Akhirnya si adek pasrah...

Suatu hari, si adek sepeti biasa ke kolejnya dengan kereta pemberian si abang. Si adek memandu dengan sangat berhemah...namun kata orang malang itu tak berbau... Ketika melalui satu selekoh merbahaya, brek kenderaan si adek gagal berfungsi. Si adek terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelum melaggar sebuah kereta dari arah bertentangan. Si adek parah... dia dikejarkan ke hosptital dengan ambulans.

Sejurus menerima perkhabaran musibah itu, si abang bergegas ke Hospital mendapatkan si adek. Si adek kritikal dan peluangnya untuk hidup hanya sepuluh peratus. Apabila si adek sedar dari koma, si abang dibenarkan berjumpa dengan si adek...Perjumpaan itu mungkin saja untuk yang keterakhir kalinya. Si adek mengukir satu senyuman manis sebagai menyambut kehadiran si abang saat si abang masuk.

Di akhir hayatnya si adek berkata "Abang, saya tak dapat menerangkan pada abang masalah pada pemberian abang itu, tapi hari ini saya dah tunjukkan pada abang yang apa yang saya maksudkan itu" Sesungguhnya masalah itu meragut nyawanya hari itu.p/s: Kita mungkin tidak pandai menceritakan... tapi kita benar - benar maksudkannya

+biarjasajadikenangan+

3 comments:

norfaezah said...

betul sgt2! boleh quote? nak share dgn sorg sahabat ni...

surahim said...

hurm.. not bad.really cool..

Bally Da Shoe said...

norfaezah: Boleyh sja...(^^,)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...