Pagi ini, aku duduk dimuka pintu, berhasrat ingin melihat terbitnya sang suria pagi. “Sepertinya kamu tak pernah lihat ya si Suria”. “Aku pernah lihat sebelumnya… Tapi hari ni sepertinya aku mahu lihat dia, mungkin aku selepas ini aku sudah tidak berpeluang melihatnya lagi”. “Sebetulnya kau mahu kemana?” “Aku takkan kemana2… Cuma selepas ini, aku mungkin akan hanya lihat pada Si Bulan Malam saja.”
Sang Suria yang terang benderang… Sinarnya didambakan… habanya dinanti2… Dialah harapan sekaliannya. Jaguh terbilang dicakerawala. Lain pula bicara pada si bulan… Hanya menumpang kasih si suria… Sungguhpun cahayanya milik si suria…namun ianya mendamaikan… Terang seluruh malamku saat ia menjamah kulitku… dengannya malamku tidak kelam lagi.
Si bulan yang budiman, terpegun aku pada budi dan jasamu… Menyimpan segala bahang keperitan… dan sebaliknya menyimbah selaut petunjuk kepadaku agar aku tidak sesat lagi.
Biarpun kau tenggelam dalam bayang2 suria… tapi aku tahu… Kaulah penunggu malamku…
p/s: Biarpun kau tak menyerlah… tapi pasti ada yang menyedari kehadiranmu…

+biarjasajadikenangan+
5 comments:
like3! mudah dihayati!~keep it up! :)
=P
bulan gilang di waktu malam ;)
Gilang dimasa yg lainnya leka dan lena... hahaha
nice~~~
dh mcm org bahase dh ko ni..
p la tukar kos
ambik sastera..hahaha
Post a Comment