Merapek di malam buta~ | Bally.Da.Shoe

Thursday, November 18, 2010

Merapek di malam buta~

Malam ni baru mula nak membelek2 nota... Dah nak membuang baru nak gali lubang... hehehe i can't help with that... Sedang puas2 bersetadi aku berhenti kejap... Toleh kiri dan merenung keluar.... Padang Serumpun kosong malam ni.Takde dah lolongan budak2 maen bola... hilang sudah jerit2 gadis yang asyik dengan futsal. Kan budak2 dah mula bercuti...aku je yang tak balek. Toleh kanan balik...nota... erkkk!!... nak muntah dah.

Aku capai camera, belek2 gambar then jumpa satu gambar...

Gambar bilek aku. Takde yang spesel pun dengan gambar ni... tapi bagi aku ada sesuatu yang beerti dalam gambar ni... Aku suka kutip benda2 yang aneh... tak hairan la sebab aku pun memang pelik... (^^,)y Aku buleyh habiskan masa berjam2 bawah pokok kutip buah saga, aku sanggup berjemur bawah bahang matahari di pantai semata2 nak kutip kulit kerang dan batu karang,dan aku juga sanggup kuis2 dalam semak hanya kerna mencari buah getah. Aku tak pasti samada orang laen sanggup atau tak tapi itulah yang aku akan buat.

Mungkin masa kecik2 aku takde bende nak main... sampai2 buat sume benda ni. Bagi aku biar setiap apa yang aku buat, aku akan pastikan ianya meninggalkan kesan walaupun hanya untuk diri aku. Sebab tu aku pilih ‘biar jasa jadi kenangan’ sebagai motto aku. Sesuailah aku sebagai anak jati kelahiran bumi jelapang padi KEDAH DARUL PEACE~

Aku maseh ada simpan silembu pemberian sahabat aku semasa aku di MRSM, aku jugak masih simpan lagi keychain merlion pemberian orang yang pertamanya buat aku jatuh cinta...Gelang tangan getah milik sahabatku di matrik... biar dah putus tapi masih elok disimpanan, Lukisan si katak endah, si hijao, si Beruang, katak klorofil, lukisan ala2 grafiti dan yang terbarunya aku dapat bonsai...tak lupa juga pemberian2 yg lainnya.. semuanya aku simpan dengan harapan semuanya akan kekal menjadi memori... Semoga aku bisa tersenyum bila melihat... mungkin disaat aku perlukan sesuatu untuk tersenyum.

Yang mahal itu tak semestinya bernilai...dan yang tak berharga itu belum tentu tak punya nilai. Biar hanya selembar kertas...namun bagi yang benar2 mengerti ia adalah khazanah...

- Terima Kasih -

**


p/s: tak perlu mahal2, cukup sekadar diingati

+biarjasajadikenangan+

6 comments:

happily Dofin said...

x sangke anda dan saye mempunyai hobi y sama...menyimpan segala khazanah alam n segala pemberian org y sye rase sungguh bernilai walupun ia x bernilai d mata individu lain...hehe

Bally Da Shoe said...

huhu sy ingat sy je aneh... rupanya kita sama2 aneh... hehehehe

::NICE::rar:: said...

hmmm.. ini bukan sikap aneh, tapi lebih kepada idea artistic and creative... good job bally..

kdg2, ini sbg kenangan kita di masa depan.. walaupun org yg bg brg tu dah x ingat apa2 pun pd masa depan

p/s: mana satu gmbr awek bally???? hehe

Bally Da Shoe said...

owh ya ka... tp artistic n creative tu mcm bkn ciri sy ja...hahaha hmmm mane ae?? hmmm...

kerangRebus said...

saya masih simpan pemberian mug kawan saya sempena harijadi saya..di masa sy sekolah menengah :) da 10 tahun~~wuhuu..

Bally Da Shoe said...

mesti sangat brharga pembrian tu... huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...