Lurah Laut... milik Mariana | Bally.Da.Shoe

Sunday, August 7, 2011

Lurah Laut... milik Mariana

Masa kecik2 dulu aku memang suka sangat kumpul komik Doraemon @_@... Terasa budak kembali. ..selongkar2 carik buku doraemon balek... koff~ koff~ *debu*

Yang paling aku suka baca volume 4... berkaitan dengan penerokaan dunia dibawah laut... yeayy!! Mcm story teller pulak rasa... =P Walaupun ianya komik... bila diperincikan balik... fakta2 yang diceritakan dalam komik ni berasas yang bukan rekaan. Penulis/pelukis tidak hanya bercerita tetapi menjadikan komik ini salah satu medium penyebaran maklumat kepada kanak2... Jepun~ aku salute itu ^^,

Berbalik kepada volume 4: menceritakan jurang mariana.. iaitu jurang yang terdalam di dunia... mungkin ada yang menyebut parit jepun... namun ia tetap menjadi misteri hingga hari ini. Ia merupakan jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11,000 meter (11KM), fuhh jauh tu... naek basikal mahu sejam jugak ni baru sampai.. pendek kata, jurang mariana adalahn lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.

Lokasi Jurang Mariana *credit utk pakcik gugel*

Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik.... di selatan Kepulauan Mariana dan di timur Mindanao, Filipina. Pernah dengar tak orang cakap jurang laut bersembilan ?? abaikan...aku pun taktau kenapa orang sebut2... =P tapi yang pastinya... terdapat 9 jurang terdalam lautan yang terletak di lautan Pasifik.... huhu calon2nya adalah :

Jurang Mariana, Lautan Pacific, kedalaman 11,034m
Jurang Tonga, Lautan Pacific, kedalaman 10,882m
Jurang Japan, Lautan Pacific, kedalaman 10,595m
Jurang Kuril, Lautan Pacific, kedalaman 10,542m
Jurang Filiphina, Lautan Pacific, kedalaman 10,497m
Jurang Kermadec, Lautan Pacific, kedalaman 10,047m
Jurang Izu Bonin (Jurang Izu Ogasawara), Lautan Pacific, kedalaman 9,780m
Jurang Peru-Chile atau dikenali Atacama, Lautan Pacific, kedalaman 8,065 m
Jurang Ryukyu (Jurang Nansei-Shoto ), Lautan Pacific, kedalaman 7,460 m

Arghhh... kenapa ramai sangat jurang2 datang lepak dekat laut pasifik.... p la lepak dekat atlantik ka.... laut cina selatan ka... tak pun laut hindi... Ini menunjukkan lautan pasifik sememangnya kaya dengan khazanah alam, hidupan2 eksotik dan...dan... jurang~ =P

Kedalaman yang bakal dicapai kapal selam mini Virgin Oceanic

Jurang ni juga mempunyai panjang 2550 kilometer serta lebar sehingga 69 kilometer dimana ia menjadi pemisah diantara plat pasifik dan plat filipina... Ini bererti kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest. Perghh... senang ja nak buat rekod dunia...tak payah susah2 panjat... terjun ja =P huhuhu

Menurut sumber HarianMetro hari ini, Richard Branson akan memecahkan 30 rekod dunia Guinness sekali gus, termasuk lima daripadanya penyelaman paling ekstrem dalam sejarah. Dia akan menggunakan kapal selam mini Virgin Oceanic meneroka setiap dasar paling dalam di lima lautan termasuk Jurang Mariana... Perghh!! berani betul manusia ni... Aku belum tentu nak turun 11KM bawah laut dengan kapal selam sepanjang 2.4 meter... ^^'

Apa2 pun ianya bagi membolehkan kita manusia2 kat atas darat ni tahu apa yang ada dekat bawah sana. Disebalik kedalam jurang mariana ni... banyak spesies2 aneh dan unik telah dijumpai oleh para pengkaji.... Ini memang tak jumpa tepi2 pantai... dekat market takdak ni.






Hidupan2 di bawah sana kebanyakannya mengeluarkan cahaya...samada untuk tujuan mengumpan mangsa atau menyuluh jalan ketika bersiar2 itu aku pun tak pasti... tapi aku ada tebaca kat mana tah, cahaya2 ini dihasilkan oleh tindakan kimia dalam badan hidupan2 laut dalam ini... mungkin salah satu proses pencerahan kot sebab diorang tak dapat sinar matahari... Ini mungkin salah satu bentuk adaptasi dengan persekitaran yang gelap gelita~

Untuk info lanjut sila baca disini... dibawah ni sada video sket.... tengok lah....serius takjub!! Subhanallah~


p/s: Erkkk.... kalau sampai macam ni unik lah ikan2 dekat laut lepas... mesti aku seorang yang tak makan ikan...

+biarjasajadikenangan+

4 comments:

Unknown said...

aku baru duk terpikir pasal jurang mariana masa teraweh tadi. Ingat nak buat entri. hhuuhu..adakah kita memikirkan benda yang sama?? adeyh~

Bally Da Shoe said...

haha kebetulan mmg selalu ada bro... haha

shahiryusoff said...

kbetulan aku bru je kenal minah ni kt fb.name die mariana.er kebetulan jgk ke?heh

Bally Da Shoe said...

hahaha... ^^, mungkin kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...