Kenapa mesti berenang | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Monday, January 11, 2010

Kenapa mesti berenang

POst 10 Januari 2010
Kenapa aku suka berenang walaupun tak hebat berenang?

Berenang bagi aku umpama kehidupan aku.
Air Ibarat perasaan dan aku tetap aku.
Aku mungkin seorang lelaki yang dikelilingi dengan perasaan.
Perasaan dimana aku sendiri tak tahu

Aku takut dengan air yang gelap…
Ia membuatkan aku terkapai2 ketakutan
Apa yang ada dalam sana?
Bahaya ke tidak di dalam sana?
Semua persoalan tercetus oleh rasa takut
Kotak fikiranku menjadi sesak,
lalu aku lemas

Lemas di tengah perasaan…
Atau lemas menghadapinya…
Mana harus aku pilih?
Aku sedar lambat laun aku akan lemas
Tetapi lebih baik aku lemas cuba untuk berenang
Dari lemas tanpa sedikitpun mencuba

Biar aku lihat apa yang ada didalam air gelap itu
Biar aku selam kedasarnya
Mencari apa yang aku takutkan
Apa yang aku inginkan?

Aku berenang…
Hari ini aku masih berenang
Hari esok aku akan terus berenang
Andai aku lemas
Aku lemas kerna mencuba
Bukan kerna tidak berbuat apa-apa


p/s: Banyak perasaaan yg ada disekeliling kita…kita tinggal cuba memahaminya… Bally :)

+biarjasajadikenangan+

4 comments:

::NICE::rar:: said...

post sexy bally...cover2 sket
mcm ni punya sexy... awek x jatuh hati ka.... hahahah...

Bally Da Shoe said...

seksi...? wakakakaka seksi apa cm2....mcm rsnting pokok js...haha

::NICE::rar:: said...

hahaha... kira seksi ranting pokok la.... ranting pokok pun seksi ka? huhu

Bally Da Shoe said...

Hahhaha kurus kering loh mksdnye....xseksi...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...