Pesan Bally Kepada Diri~ | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Saturday, June 6, 2009

Pesan Bally Kepada Diri~


Bally ingin berpesan buat pedoman diri dan teman, Jadikanlah hidup kita ibarat benang yang mencantumkan tetapi jangan pula kita seperti jarum yang mencucuk dan melukai orang lain. Kita mungkin melukai perasaan orang sekeliling kita tanpa kita sendiri menyedarinya kerana dalam laut boleh diduga dalam hati siapa tahu... Dalam kehidupan ini lakukanlah sesuatu itu seolah-olah kamu tidak lagi berpeluang melakukannya dan lakukanlah sesuatu itu dengan yakin dan bersungguh kerana kita punya asa, Allah punya kuasa. Hargai setiap inti kehidupan kamu Kerana ianya suatu kenangan yang tak terbeli... Sematkan detik-detik manis dalam diri kamu nescaya ia penawar luka dihatimu dan buangkanlah rasa benci dan dengkimu itu kerana ia bara-bara yang membakar kesabaranmu... Lunakkan suaramu dgn puji-pujian buat Sang Pencipta kelak hidupmu sentisa berlegar dalam nur-Nya. Kasihlah seseorang seikhlas mungkin, kerna keikhlasan itu unsur kecintaan. Cintalah kita kerna itu fitrah. Tanpa cinta tiada warna kehidupan... cinta dusta kerna lahir, kerna paras dan harta duniawi, Lahirnya akan lari dikejar usia, parasnya akan pudar dimamah masa, hartanya akan ditinggalkan tatkala ajal merangkak tiba... Bally berpesan kepada diri agar tidak gopoh mencari kerna ianya pasti ditemui cuma lambat atau cepat...dan percayalah wahai diri lambat dan cepat itu adalah permainan masa. Carilah cintamu itu seolah-olah ia akan datang padamu...
+biarjasajadikenangan+

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...