Apa pendapat korang kalao lulusan/status lelaki lebih rendah daripada wanita... | Bally.Da.Shoe

Tuesday, June 15, 2010

Apa pendapat korang kalao lulusan/status lelaki lebih rendah daripada wanita...

Rasa macam ada yang tak kena je kan... huhu. Bagi pendapat aku, bila situasi ini terjadi... kecik kemungkinan satu hari dialog yang akan muncul " Abang, awak tu dah la lulusan tah hape2...awak sedar tak awak tu menumpang saya jer". Wah memang sadis untuk dibayangkan. Tapi bukanlah nak maksudkan situasi yang sebenar macam tu....cuma sekadar kemungkinan.

Kalau dilihat dari situasi sekarang, Lebih ramai penuntut-penuntut di universiti awam mahupun swasta di negara kita yang terdiri daripada pelajar-pelajar wanita. Tak kurang jugak yang belajar di luar negara. Tak mustahil situasi seperti diatas akan berlaku. Kalao korang gadis2, korang buat mcm ni tak?? harap2 tak... Aku risau ni, mana tau jodoh dengan gadis yang lulusan lagi tinggi ker....

Sekarang ni, ramai wanita yang "kurank" pandai masak. bukan semua tapi sebilangan....jangan dok pi lapor plak...tak pasai2 ke dalam plak aku nanti... Contohnya intebiu yang aku buat dan jawapan yang aku terima " saya nak cari calon suami yang pandai masak, senang dia boleh masakkan. Saya segan la masak-masak ni". Ada pulak nanti pembantu rumah lelaki...

Aku selalu jugak jumpak dekat supermarket suami-suami yang galas beg tangan sambil dukung anak sementara isteri-isteri sibuk memilih barang. Hiuuuu~ Suami mithali tuh.... ^_^ dye nak ringankan kerja isteri je tuh.... jgn dok salah sangka plak... :P

Ada satu lagi masalah yang kian memenatkan kepala otak aku berfikir. Baru-baru ini aku terbaca dalam koran, Kadar peningkatan perokok wanita pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding perokok lelaki. Apa maksud dye nih... maknanya wanita skang dh mula merokok dengan hebatnya!!! Aduh... ini serius~~~ Bila kesan daripada tabiat ini muncul, dialog yang akan muncul, "Abang, anak kita pramatang la, kaki cantum, muka tinggal separuh..kenapa bang!!!". Hah lepas tu saling tuduh menuduh...last skali dah tak tahu nak buat apa, lempaq ja bayi tu dalam longkang, tanam hidup2.

Kita punya jahat orang lain kena tanggung... So kepada gadis2 janganla ada yang macam kat atas ye... Jaga diri molek2, kesian dekat laki-laki yang skang ni tengah tunggu bakal2 isteri diorang... dah la dah semakin pupus...haha [Sekali lagi ditegaskan, ini pendapat aku semata2...jgn bawak p court pless]...hahahaha!!!! Jangan risau kiteorang orang laki2 akan sentiasa mencari yang terbaek buat diri dan masa depan (keluarga). Moh sama2 kita buat master dgn PhD...hahaha

Mintak2 takde pihak yang tersinggung.

+biarjasajadikenangan+

6 comments:

Anonymous said...

nice post...kadang2 saye sebagai perempuan pon tkt untuk pilih lelaki zaman skang...tp kdg2 lelaki ni x belajar tinggi ade sebab2 tertentu...ade jugak guys yg pndai tp x cukup duit untuk sambung belaja..so this kind of guys still boleh diterima...tp kalo guys yg dah lah xpandai, pastu pemalas xmau cr kerja..yg ni yg rmai skang nih...

Bally Da Shoe said...

wah.... bnyk ka mcm tu~ em kalau dh kekangan xleyh buat ap2 la... huhu btol x :P huhu

HaNyA aKu said...

jjr btl post ni...yg brkenan dihati ko tu bkelulusan tinggi ke?hehee..(ada mkna disebalik crita ke)hahahaaa

Bally Da Shoe said...

hmmm yg bekenan dihati je, huhu setiap cerita punya pengertian dan musabab yang tersendiri, terserah pada audiens utk judge... :)

HaNyA aKu said...

btl2..the truth is kalu ko ad mint sspe, just let she knows.kalu ko xgtw,mn la die nk tw...huhuhuuu

Bally Da Shoe said...

wow.... cnnot tell her, im not suit 4 her, dye alim, baik, semua srba baik.. stdy pn luar2, aku....apa ada?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...