Secebis itu pun pantas~ | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Thursday, June 10, 2010

Secebis itu pun pantas~


Aku simpan apa yang aku lihat dalam gambar
Aku simpan setiap kenangan yang aku lalui dalam lagu
Aku simpan perasaan aku dalam coretan tintaku

Dalam segala apa yang aku lakukan, aku cuba untuk abadikannya sebagai satu kenangan yang telah aku lalui sepanjang perjalanan hidupku dan bagi mengingatkan aku bertapa matangnya aku dari setiap pengalaman yang ditimba.

Bila mata semakin kabur, Bila ingatan semakin haus,
dan perasaan semakin kering...biarlah gembiraku, sedihku, bahagiaku, cintaku, dan ilmuku terabadi sebagaimana ianya benar-benar wujud. Walaupun ianya begitu seni dan tiada nilai dimata orang, ianya sangat bererti bagiku dan pantas buat diingat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...