Ya aku budak 80-an! | Bally.Da.Shoe

Tuesday, July 17, 2012

Ya aku budak 80-an!

Aku kanak2 80-an yang hidup ditemani sukan layang2 dan wau bulan. Aku maen tuju guli dan "police sentry" masa kecik2. Aku jugak maen tuju kasut dengan congkak guna biji getah. Petang2 kalau ayah aku takdak, curi2 pi pancing ikan, sampai jatuh sungai.. nasib baik panjang umur. Curi2 beli fishing rod kononnya nak EX... balik kena rotan. ^^, Kalau ayah aku ada, maen khemah2 atas pokok.. bajet gerila =P haha 


Bila dah besar sikit, aku main kad tepuk dekat sekolah, simpan duit makan sebab nak beli digimon. Main lawan pemadam, hari2 bawak balik sekotak pemadam..cukup stok setahun. Balik sekolah singgah kedai mamak beli komik Dragonball. Itu pun kalau ada duit sebab selalunya aku habeskan beli ais mony (jelly beku kaler kuning). Ada duit baki beli komik, aku masih beli Eskrem, tapi eskrem POP la... pulas2 hujung dia then ludah kat longkang. I love every moments. 




Bila masuk sekolah menengah, jerawat pun dah banyak kat muka... dah tak main digimon dah. malu takut awek tengok. Eskrem pop pun tak beli dah... layan mat kool pulak. dengan harapan nampak Kool~ **hampeh** Bila keluar PS1, Gameboy... semua pun nak layan game... itu belum kira lagi revolusi chattin'... Kayuh basikal sambil dengar diskman konon2 nampak macho **mampos~** begitulah masa berlalu... banyak benda yang kita dah tinggal tanpa kita sedar. kenapalah cepat sangat umur aku berlalu... i wish i have more time as a kid. 


 +bilajasajadikenangan+

2 comments:

NadZ KucinkoreN said...

kiranya zaman kecil kita masih ada persamaan. cuma memancing agak kurang sebab harus menunggu kazen yang umur dah banyak datang bertandang. haha

permainan dekat borneo juga tidak jauh bezanya dengan utara semenanjung ya. :))

Bally Da Shoe said...

Cik Nadz: Sama lah hobi kita. jom memancing! ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...