Siapa mabuk laut angkat tangan!! | Bally.Da.Shoe

Saturday, July 28, 2012

Siapa mabuk laut angkat tangan!!


Selepas gigih aku berpuasa 2 hari, hari ni tak bangun sahur pulak.. memang naisss~. Aku baru ja balik dari outstation kat Langkawi dengan Penang. Seingat aku la, Sepanjang2 aku melancong ke Langkawi sebelum ni takdak pulak ombak seganas baru2 ni. Macam nak karam feri dibuatnya. Manusia2 dalam feri jangan cerita la, masing2 muka dah biru... ‘lava’ dalam badan dah sampai ke tengkuk, tinggal nak sembur ja. ** itu aku lah tu**

Aku terfikir, kenapa aku mabuk sangat ni... sebab baru2 ni jugak aku ada pi mencandat sotong di Kemaman. Dia punya mabuk jangan cerita. Aku fikir aku mengalami fobia yang membuatkan aku mabuk dengan semua pergerakan. ** okay aku saja buat terok** “ pssttt!! Si bali tu memang ada motion sickness, saja takmau mengaku la tu”.

Untuk menyedapkan hati yang aku tak fobia, aku google la cari info pasal mabuk laut ni. Mabuk atau kinetosis, juga dikenali sebagai mabuk perjalanan, merupakan satu keadaan di mana berlaku perbezaan antara apa yang kita rasa dengan apa yang kita lihat ketika kita berada dalam kendaraan yang bergerak. Ia boleh berlaku di dalam kapal (mabuk laut), dalam kereta atau apa saja benda bergerak.

Aku bagi contoh Feri atau Bot. Dari dalam kabin, kita dapat rasakan yang kapal sedang naik turun mengikut gelombang. Kita akan mencatatkan gerakan itu dalam telinga (Tiub Eustachio). Telinga akan bagi tahu otak yang kita sedang bergerak. TETAPI...kepitelete ni... Bagi mata pulak, bilik di sekeliling kita (suasana dalam kabin) seperti tak bergerak. Mata kita akan hantar maklumat ke otak mengatakan yang kita tak bergerak. Ini menyebabkan otak konfius.. “yang mana satu betul ni?”


Pening, letih, dan loya adalah simptom yang paling biasa jika mengalami mabuk perjalanan. Jika loya ni tak diatasi, muntah la jawabnya. Cuma, muntah dalam konteks mabuk perjalanan lebih cenderung tidak melegakan rasa loya itu. So kita akan muntah kuning, muntah merah, muntah muntah, dan muntah hijau. euww~ habis toksik keluar. 

Macam panjang ja entri ni... OK, last dah ni, masa aku mencandat hari tu banyak petua aku dapat dari member2, pensyarah, saudara mara, pakcik bot... semua aku sebat... Ditopup sket dengan sumber internet. Petua2 menghilangkan mabuk adalah :

Urut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut. **internet**

Minum air laut masa mula naik bot. Kalau nak minum sampai kembung pun boleh. Ini kerana rasa masin boleh menahan tekak dari merasa loya. **Petua pakcik kedai pancing dekat downtown mines**

Makan ubi keledek mentah. Keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya. Pisang kelat, air limau pun mempunyai ‘efek’ yang sama. ** internet**

Selit atau ikat kangkung dipinggang atau poket. **Petua epong** Terasa asli pulak ikat kangkung dipinggang. =P

Tumbuk lada hitam yang dicampur dengan halia bara, kemudian sapu diperut terutama dibahagian pusat sebelum ke laut. Nak lagi senang tampal ja koyok dekat pusat.. pasti berangin~ **Petua Doc Mano**.

Sebelum turun ke laut atau travel, elakkan makanan berkrim, berminyak atau bersusu... Lagi bagus kalau bawak air oren... masam2 boleh menghilangkan rasa loya. **Petua Doc Mano**

Ok enuf!! Itu saja.. panjang sangat dah ni. Renung2kanlah dan selamatt beramal! **ucapan bajet ada orang baca** Kbai.

+biarjasajadikenangan+

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...