Bila dah dicium baru tahu bertapa nikmatnya ciuman itu | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Thursday, December 15, 2011

Bila dah dicium baru tahu bertapa nikmatnya ciuman itu

KECIK TAPI GAGAH

Pernah dengar cerita Si Gajah dan Tikus ? Gajah yang begitu besar dan gagah tetapi takut dengan Si Tikus yang kerdil. Ini cerita dongeng kanak2 masa zaman tadika. Tak pasti pulak aku kanak2 zaman sekarang masih dengar cerita2 tukang karut ke tak ?
Tapi aku bukannya nak tulis pasal gajah allergik tikus bagai. Aku nak kongsi dengan hangpa semua makhluk kecik yang gagah.

Tahu Tak ?
Ada satu makhluk halus **bukan hantu hokayy** yang sangat mengerikan merayap2 dalam hutan... Er...er... Artis popular yang dimaksudkan tu adalah Cengkenik. Penah dengar ?
Seramkan!

Cengkenik merupakan makhluk ektoparasit yang hidup dengan makan darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia. Makhluk Femes ni jugak dikenali dengan nama Sengkenit, kutu babi atau pirah (sek kelate kito).


Cengkenik ni dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Ixodoidea bersama2 dengan hama lain.Ramai orang tak sedar kewujudan makhluk ni sehinggalah mereka tersua dan jatuh cinta... dan percayalah... hangpa takkan dapat lupa sengkenik yang halus mulus ni.. tak percaya tanya aku.. hehe


Sebelum2 ni aku pernah masuk hutan dan teserempak dengan cengkenik. Bayangkan satu sarang terjun atas kaki aku. Mula2 aku ingatkan semut mayat yang halus tp rupanya tidak. Habis depa buat kenduri darah2 aku. Selepas peristiwa tu malam2 aku menjadi ngeri.. Bila peluh saja gatal pedih complete!!. 2 Bulan azab!!


Bila dia dah hisap darah badannya akan mengembang jadi merah.. Bila kita cabut, hangpa akan rasa macam kena renjat elektrik. rasa nak pitam pun ada **hiperbola kah??** tapi serius ni. Ada member aku yang kena dalam telinga. Bayangkan~ mesti berbaldi2 air mata dia. =P

Tapi ada petua orang tua2 cakapkan... bila kena cengkenik sapu dengan kapur barus. Ala..kapur yang org makan dengan sireh tu. haa yang tu la. Lagi satu lumurkan dengan minyak tanah. Petua ni aku dapat masa dekat Taman Negara Pulau Pinang baru2 ni... **Baru2 ni pun kena cium dengan cengkenik.. tengah tersiksa skang ni T_T **

Tapi yang penting sekali, jika hangpa kena cium dengan cengkenik, jangan garu.... kalu garu nanti berkudis dan meninggalkan kesan parut kekal. *meninggalkan!! bakunya~*.


p/s: Bila dah dicium baru tahu bertapa nikmatnya ciuman itu


+biarjasajadikenangan+

3 comments:

hazanis said...

wehh..ore klate jugok ko??haksss

KaK LimAh Si SupiR said...

ahaha..xpe bali..tabah2 :P

Bally Da Shoe said...

Cik Hazanis: Kawe oghe kedoh... saing bnyak kelate... sbb tu sek2 kito ^^, demo oghe kelate

Cik Kak: huhuhu tgh tabah ni, =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...