Sangat tak Ohsem: Pesta bunuh beramai2... | Bally.Da.Shoe

Thursday, November 24, 2011

Sangat tak Ohsem: Pesta bunuh beramai2...

Acara bunuh ikan paus pilot

sumpah rakus!

Menurut akhbar Kosmo hari ni, sejumlah penduduk di bandar Torshavn, Denmark membunuh beberapa ekor ikan paus pilot. Beberapa ?? macam tak yakin ja bilangan mangsa2 yang terbunuh.


Menurut satu lagi akhbar 'The Ikans', Beberapa buah keluarga Paus Pilot telah melaporkan kehilangan beberapa ahli keluarga mereka. Mangsa dikatakan tidak pulang selepas keluar bersiar2 di perairan Kepulauan Faroe. Kejadian kehilangan beramai2 ini dilaporkan berlaku setiap tahun. Laporan dibuat di Balai Polis Bikini Bottom.

Penduduk2 rakus dikepulauan tu menggunakan tiket sebagai keturunan viking untuk menangkap dan memotong daging 'beberapa' ikan paus pilot. Mereka dikatakan dari keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi.

Ikan paus pilot ni dikatakan menjadi diet kepada penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu. Mereka memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk sebelum menangkap dan membunuh ikan tersebut. Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk.

Hmm... apa nak jadi lah sekarang ni. Bila banyak semua pun pakat2 buru dan bunuh... bila dah kurang... dah jatuh dalam senarai calon2 ikan paling hensem dan terancam baru la nak sibuk2 konseff bagai wuddafish!! Orang takkan rasa kepentingan sesuatu sebelum mereka kehilangannya. Ni lah manusia~

note** BEBERAPA TAK BERMAKSUD SEDIKIT!!!


p/s: sedih tengok laut dah macam darah *aku tacin hokay!!*

+biarjasajadikenangan+

7 comments:

Amelia Ahmad said...

wah..xsabar nk dptkn paper "the ikans"..brite hangat ni!;)

happily Dofin said...

x suka nyer..huhu..

Bally Da Shoe said...

Cik Amelia: dapatkan di kedai2 makan, senaskah 3 ringgit, beli paper dapat ikan bakar =P

Cik Dofin: HUHU itu lah manusia kan =(

imah said...

sangat x bertamadun!

Yuyu Salleh said...

tak osem!luzer~

Bally Da Shoe said...

Cik Imah: kan :'( banyak lg benda nak makan.. hmmm

Ck Yueyue: yea loser! =P huhu ikan paus sedap ka? er...er....

happily Dofin said...

manusia mmg rakus..huuhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...