Angan... | Bally.Da.Shoe

Saturday, February 26, 2011

Angan...


Sebenarnya aku nak tulis perkara lain...tapi belum tentu aku dapat tulis dengan tenang... Jadi biarlah dia kekal dalam diari aku...sampai masa aku akan pahatkan disini ^^,


Sekarang mari aku cerita apa yang aku bayangkan untuk sebuah majlis makan malam akhir...

Aku teringat imaginasi seorang pelajar sekolah lelaki tentang majlis makan malam... dan pelajar tu adalah aku. Mengingatkan kembali impian lama itu buat aku tersenyum. Masa tu aku masih ditingkatan 5, sebuah sekolah tinggi yang aku bangga2kan. Dalam meredakan perasaan sedihku aku berkata pada diri...


Kelak, Di Majlis makan malam terakhir sebelum aku menamatkan pengajian di menara gading.. Aku mahukan majlis yang akan memberi erti buat aku. Majlis yang dihadiri oleh semua kawan2. Semua orang berpasangan..begitu juga aku. Semua orang masuk kedewan melintasi karpet merah. Aku mengenakan suit serba putih dengan sekuntum mawar putih ditangan kiri. Pasanganku mengenakan gaun putih labuh.. Kami kelihatan sangat secocok... duduk dimeja tengah dengan hidangan2 yang sangat indah... bila saat musik dimainkan, kami bangun dan menari... alunan musik yang merdu membuatkan suasana menjadi romantis... Kami memandang sesama sendiri.. sambil tersenyum. Aku terus menariknya ke piano. Dia duduk disebelahku dan aku memainkan lagu cinta musim salju.. Alangkah tinggi cita2 bagi budak sementah aku..


Dan...esok merupakan hari itu. Saat ini aku yakin, tiada satu pun yang akan jadi seperti yang angan2 yang aku pasangkan bertahun dulu. Aku tidak cukup kuat untuk realisasikan walau satu perkara... Bila aku merenung piano, aku sedeh kerna aku masih tidak tahu memainkannya... Bila aku merenung suits putih di Butik, aku sedih kerna aku masih belum berpeluang memakainya.. Aku menyesali semua tentang aku... namun ianya takkan berubah. Benarlah kata orang realiti itu tidak seindah fantasi...dan dengan penuh realiti, aku akan menghadapi hari esok...


p/s: Jangan salahkan aku punya angan2 sebesar ini, salahkan cerita2 cinta yang menimbulkan bayangan seumpama itu


+Biarjasajadikenangan+


10 comments:

Oda Willy said...

semua tu mungkin lebih mengujakan jika tidak dibayangi angan2 pada awalnya...mungkin...

-Tukang Kebun- said...

mungkin kita xmampu mengapai mimpi y indah.. namun kita boleh membentuk saat yang bermakna, jangan kerana ingin mengapai mimpi y indah kita terlupa setiap saat y bermakna y kita mampu cipta,, antara mahu atau tidak.. saat itu datang tanpa dijemput, pergi tanpa disedari,, hargailah ia semasa ia MASIH ADA,,, huhu

amin said...

mimpi dan angan-angan akan datang bila-bila kita perlukan..cita-cita perlu kita selit dengan usaha dan ikhtiar...

insyallah :)

Aisyah said...

Tak pa Bally, jgn sedeh2 na. Orang cakap, kalau nak sesuatu tu, kita kena doa.

Jika Allah cepat makbulkan doa kita, itu tandanya Allah menyayangi kita.

Jika Allah lambat makbulkan doa kita, Allah sedang menguji kita.

Tapi jika Allah tak makbulkan doa kita, bermakna DIA merancang sesuatu yang lebeh baek untuk kita.

surahim said...

mngkin kite xdpt sesuatu seperti ape yg kite impikan tpi mngkin disaat itu kite mndpt ape yg kite perlukan dan ianya jauh lebih bermakna dan lebih indah dari ap yg kite impikan and alwyz remember that not getting what we want is a wonderful stroke of luck...:)

xpe bally,realisasikan impian ank mse ank kawen nnti..
msti seronok kn..huhu

peace~~

-Tukang Kebun- said...

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintannya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan manjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu.. kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari..
BAHAGIA ITU TERLETAK PADA HATI BUKAN PADA IKATAN. KESENDIRIAN JUGA BUKAN SUATU DOSA. MALAH KITA AKAN NAMPAK IA SATU PELUANG LAGI UNTUK MELIHAT KEKURANAGAN DIRI, MEMPERBAIKI DAN MENGHALUSINYA. KADANG-KADANG KITA PERLU MELALUI KEPAHITAN UNTUK MENCARI KEBAHAGIAN DALAM HIDUP.
ps; mase masih panjang.. ia akan datang.. kalau ia memg utk kita,,,

Fazlin Zulkipli said...

x slah menyimpan angan2 mcm tu. sy pon suke berangan2 jgk sbb bermula dari angan2 la baru boleh terjadi sesuatu kann?
insyaallah..suatu hari nanti angan2 bally tu akan tercapai bkn di majlis mkn malam akhir tapi majlis perkahwianan bally sendiri.. ok jgk la tu kan?hee~

Amelia Ahmad said...

fantasi lg indah dr realiti...hurm..smua org punyai angan2 walau kdg2 kta rsa memg susah nk gapai angan2 2...relax bally,p'jalanan msih pnjg...angan2 2 masih boleh dicapai mgkin dlm 'suasana" b'beza....

*t'tnye2 nk g dinner fac ke?dinner kolej lmbt lg kn.......

b i r u.CHOCOLATE said...

hahahaha...at last u couple wif me!...cian bally...awat xckp awl2 nk awek gaun putih...kot x aku da bli kot...ahahah~

anyway impian kamu ini bkn xleh dicapai...cuma take time jek...yg pntg carik awek dlu...jgn ar ptus asa...aku jadi twin ko pon ade org jelez...tu tndanya kamu ade market...just find someone n make her cherishes u for life..nk suoh die pkai gaun putih hari2 pon boleh nnt...XD

Bally Da Shoe said...

Tenks, bnyk btol kata2 semangat.. terharu ^^, takpe.. sy dh puas hati dinner mlm tu.. walaupun bukan dinner college sendiri kan... ^^, Twin: dun mention part cari2 tu, sy maluw =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...