Jika itu satu bencana....maafkan aku | Bally.Da.Shoe

Monday, August 30, 2010

Jika itu satu bencana....maafkan aku

Peristiwa yang lepas...datang melawat ke sarang akalku...bertanyakan khabar... bermohon minta diingat semula...

Suatu masa dulu, aku punya satu hobi.... melihat raut wajah orang. Sungguh anehkan punya hobi pelik... Aku cuma ingin mencari tahu...adakah orang yang tiada tenteram hidupnya... serupa apa wataknya...bgaimana pula lagaknya... Sehinggalah aku terjumpa seseorang...

Aku sering lihat dia keseorangan...mungkin jenis yang tak bergaul. lalu aku menegur dia. Tutur bahasanya lembut dan perlahan hinggakan susah untuk aku tangkap butir2kata yang diucapkannya. Bukan apa pun, sekadar ucapan salam [maklumla aku pun penyengap jgak]. Sejak dari itu, aku akan menghadiahkan senyuman padanya saat berselisih dan dia juga begitu.

Hari berganti hari,kesibukan mula menakluki kesenggangan masa hinggakan hari2ku terpaksa berlari... Kesibukan itu juga membuatkan aku jarang sekali berselisih dengan si dia. Masaku banyak dihabiskan bersama helaian2 nota yang bertimbun disudut meja. Arghh!! inikah hidup seorang pelajar matrikulasi... hidup bermandikan tinta warna beralaskan lembaran putih yang dihiasi angka2 ganjil diatasnya.

Untuk membataskan kesibukanku, aku sering berkunjung ke perpustakaan bagi menghadapi musuh2ku bersenjatakan kalkulator dan pensel tuaku... Aku ada nampak dia beberapa ketika. Dia dimeja hadapan. Menelaah kitab2 barat yang sudah menjadi kelaziman pelajar2 bakal mahasiswa. Saat aku terserempak, dia pasti dengan kitab itu, dan setiap kali juga aku pasti menghadiahkan senyuman buat dia...

Hingga satu hari aku lihat dia berlalu pergi dari meja itu meninggalkan kitab yang selama ini menjadi penemannya. Aku bangun dan mencapai kitab itu. terselit sekeping nota didalamnya....kepada saudara zul. Antara isi nota itu berbunyi :

"...Terima kasih kerana sering menghadiahkan saya senyuman walaupun saya tahu awak tak selalunya gembira. Tapi awak sepatutnya berhati2 kerana senyuman awak mungkin menyebabkan orang disekeliling awak terluka. Saya gembira kerana berpeluang mengenali awak walaupun sekadar menerima senyuman..."

Sejak hari itu aku tidak lagi bertemu dia... mungkin saja dia telah menerima tawaran belajar diluar negara. Apa aku masih bisa menerima jawapan pada teka-teki ini... Salahkah aku menghadiakan seyuman jika hanya itu yang mampu aku berikan...

p/s : maafkan aku jika itu membuat orang terluka...sesungguhnya aku ikhlas...tiada terselit walau sedikitpun kepalsuan dalam setiap riak senyumku...

+biarjasajadikenangan+

7 comments:

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

pelik gak kn. mybe sbb die sarat ngan mslh kot..erm..

Bally Da Shoe said...

hmmm... tu la tekak teki yg xdapt2 jawapan smpai hr neh...huhu dh 3 taon...

::NICE::rar:: said...

siapakah gerangan org itu, kalau boleh saya juga ingin berjumpa dgnnya...

Bally Da Shoe said...

haha...kalo saya tahu dia dimana... mstilah teka-teki ni dh trjawab...huhu

misSbLurRy said...

mereka datang dan pergi tanpa mengucap sepatah kata ~~~

Bally Da Shoe said...

pergi meninggalkan satu persoalan....yg menghantui sehingga saat ini...huhu

Puteri Dyla Qistina said...

senyuman ikhlas tak pernah salah bro. rilek...

kalau nak jumpa dia lagi,
gunakan malam2 terakhir ramadan ni dgn solat hajat.

;) hope for u to see him/her again :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...