Pengalaman yang takkan aku LUPAkan | Bally.Da.Shoe

Tuesday, October 4, 2011

Pengalaman yang takkan aku LUPAkan


Hari ke berapa tah tak ingat.. tapi yang pasti peristiwa ni berlaku masa aku collect data dengan kawan2 dekat plot atas. Memang aku takkan lupa peristiwa lewat senja tu. Hujan lebat (buat projek musim tengkujuh sapa suruh). Kami berehat bawah khemah utama sambil masak milo panas.. memang ohsem!!! Unggun api yang galak menjadi tumpuan semua lah sambil sembang2.
Unggun temppat menumpang kasih ^^. selesanya~

Milo panas yang ohsem!! ^^, sapa yg buat.. hehe

Hujan semakin lebat, banyak dahan pokok yang patah dan jatuh. Ini menambahkan tahap cuak kitorang takut2 pokok pulak yang patah. Akhirnya kitorang buat keputusan untuk turun ke chalet fakulti. Dengan gaya laju2 kitorang masukkan barang2 penting dalam drybag si naim dan chow! Elok sampai dekat alur saja HOHEMGEE! jalan dak takdak.. dah takdak alur2 dah... air dah hampir paras dada. Air naik. Mustahil kalau nak melintas dengan bahagianya sebab air sangat deras. Silap percaturan hanyut~

Kem 3 mesketeer

Disebabkan nafsu nak turun yang naik mendadak2 tu, Kitorang masing2 melintas guna pancang ala2 orang buta melintas zebra crossing. Kitorang pacak pancang kuat2 kt dasar dan lintas... brilliant tak? haha Ijak jalan dulu sebab fizikal dia yang gagah..huhu naim tengah dan aku last sebab aku bawa barang. Masa tengah brilliant2 menyeberang tu, aku tengok ijat dah goyang.. gila ahh kalau dia tak tahan.. apatah lagi aku yang keding dan kering ni. Dalam goyang2 tu lepas jugak.

Sebelum air naik
Selepas air naik

Aku ikut rapat belakang naim. Sampai ja tengah pancang aku pegang tercabut... pelanting rasa. Kalau hanyut ni memang jalan lah. Saat2 tragis dan sadis tu lah si naim sambar lengan aku. Demmm!! aku memang berhutang nyawa dengan hang naim. Bag kamera habis lencun.. nasib la kamera dengan gps dalam dry bag.

"Eh.. jalan putus!"

Kitorang pun panjat tebing terus start motor. Jalan licin giler.. hape ko hengat motor aku pandai shafel tectonik kah.. Banyak kali jugak la motor aku tergelincir.. nasib tak jatuh. Aku gerak belakang.. ijak depan sebab dia suruh aku suluh dia. Tengah sedap safel tu ijak berhenti. Air lintas jalan... dan separuh daripada jalan runtuh. Proses menyeberang terpaksa dabel hati2 takut air tolak motor. Memang tawakkal habes masa menyeberang. Lepas bahagian tu jalan dah agak selamat sebab dah mendaki. takde banjir2 dah.. setakat dahan2 jatuh tu ada la. Tapi tak lepas lagi kitorang.. ada satu lagi azab.

Jalan putus (malam)
Jalan putus ( keesokan hari)

Betul tekaan kitorang, jalan balak yang kitorang lalu tu melintas 2 kawasan tinggi. dan diantara tu air naik. Kali ni arus lagi kuat dan agak dalam. So kali ni aku g dulu sebab motor aku tinggi sket. Masa melintas, moto memang terdorong ke sisi sebab air kuat. tapi disebabkan aku berdua so tak terasa sangat. sampai satu spot tiba moto jatuh lobang. demm!! wap stim membuak2. Aku tengok belakang eksoz aku dah bebuih... aku pulas trottle mcm nk tecabut rasanya.. naik juga moto aku. Aku toleh ja aku nampak moto belakang dah selam.. separuh moto hilang dalam air. Kelam kabut kitorang p tarik motor.

Usaha2 menghidupkan motor


At last.... (afta teti minit)

lokasi motor lemas

Naik tebing ja.. ada setengah jam jugak lah cubaan menghidupkan motor. Nasiblah maw hidup jugak... Hondak petak sangat ohsem!! Berakhirlah pengembaraan sadis hari tu. Aku rasa tu lah pengalaman yang paling teruk sepanjang collect data sebulan tu.. dan aku dah berhutang nyawa dengan orang. kalau tak hilanglah aku malam tu dalam air yang bergulung2. Aku ingat sampai mati naim.. tenks!!

Ni lah cerita...




+biarjasajadikenangan+

12 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

uishhhhh..advanture tuu bali..tp alhamdulillah semua ny slmt

Bally Da Shoe said...

huhu tu la... alhandulillah hidup lagi ^^.

Unknown said...

aku pun sentiasa ingat cerita nie, even tak der kena mengena dengan hang~huhu

Azira rahman said...

weh..ohsem gila pengalaman hang///

bet2

Amelia Ahmad said...

whoa..nk collect data pnye la dhsyat!
tp yg xtahan 2 ngeri2 cm tu sempt lg posing..ahaha

Bally Da Shoe said...

En Geng:crita kt anak cucu (konon cerita perang

Bally Da Shoe said...

Cik Azira: haha ohsem mende... sadis ada la.. Tapi tu lah pengalaman ^^, mmg memberi impak =P

Bally Da Shoe said...

Cik Amelia:haha ktorang pnya kos memang susah tyme collect data... sbb nun di dalam sana.. haha posing mesti.. kenangan nk crita anak cucu nanti ni =P

cg4dis said...

berdebar-debar saya baca...
alhamdulillah semuanya selamat =)

Anonymous said...

da mcm eksyen muvi da.

Bally Da Shoe said...

Cik naziyatul: huhu alhamdulillah... haha debar kah.. =P

Bally Da Shoe said...

Cik Sue: =P lagi mcm horror movie adalah ^^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...