Jangan bertandas di air tenang | Bally.Da.Shoe

Tuesday, September 27, 2011

Jangan bertandas di air tenang

Jangan bertandas di air tenang. Ini bukan peribahasa dari kamus dewan atau pemberita masyur. Ia sekadar pesan orang dulu2.

Tahu tak kenapa orang dulu2 tak bagi buat tandas tepi sungai yang airnya tenang? tahu tak kenapa? mai nak cerita.

Orang2 dulu kebiasaannya buat tandas di sungai. Hmmm...dekat dengan sumber air agaknya. macam mana aku nak gambarkan rupa bentuk tandas kt korang ae... Okeh.. bayangkan ada titi sampai ke sungai. Kat hujung tu dibuat dinding dengan menggunakan guni baja ataupun daun nipah. Di lantai ada lubang yg dibuat pada lantai untuk tujuan melombong emas.. (ala2 slumdog millionaire) er...er... itu xpasti lah. Susah btol nk explain tandas nih

**hah... lebih kurang macam ni lah**

Okay... berbalik pada isu jangan bertandas di air tenang kita. Ini kerana ada yang suka mengendap. Hah! sapa pulak yang nak ketumbit mata ni..mengintai orang melabur. Individu rakus tersebut adalag sang buaya. 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. Kena dah pepatah ni.

Buaya akan mengendap bila korang melabur...Korang?? er...er... ok lah.. orang masa zaman jepun dulu lah... sebab zaman sekarang semua tandas marmar bagai... okeh2.. buaya akan mengintai korang melabur... kerana terlalu teruja nengok korang bertenggek kat tandas tu.. senyap2 dia berenang ala2 freestyle kearah korang.. seram dak? hehe.

Disebabkan air tenang maka senanglah kerja dia.. Buaya akan cucukkan kepala dia dekat pasir di dasar dengan ekornya keatas. Dengan steadynya dia melibaskan ekor kearah tandas. yang tinggal kat atas cuma selipar ja. korang sah2 jatuh dalam sungai.. Buaya yang baik hati tu setia tunggu kat bawah nak sambut korang. Esok2 orang datang cari...jumpa selipar ja.

Kalau Air deras, buaya takleh nak buat seperti di atas. Maybe dia akan cuba cara lain. hehehe... Info ni aku dapat dari seorang pegawai PERHILITAN dekat Paya Indah Wetland. Cerita ni sangat kelakar kan. (kalau korang rasa kelakar lah). Ia akan tetap kelakar sehinggalah korang berada dalam mulut buaya tu. Tyme tu sila menyesal.

p/s: so jangan bertandas di air tenang =P Melaburlah ditempat yang selamat. Pesanan Kementerian Kewangan.

+biarjasajadikenangan+

8 comments:

Amelia Ahmad said...

keruh je air..sape yg mlombong 2..ahaha

Bally Da Shoe said...

hahaha... lombong apa la yg keruh sgt tu kan... =P

imah said...

jangan ngintai.. nanti mata naik ketumbit ketumbar...

tq follow imah..

imah follow ballydashoe balik ^^

happy blogging..

Bally Da Shoe said...

huhu ketumbar pun ok wud ^^, slamat juga =P

KaK LimAh Si SupiR said...

huh..pasti xkan melombong emas kt sungai =_=

Bally Da Shoe said...

=P huhu

Hans Hanis said...

ko macam ada pengalaman jer nih bro
baik ko mengaku
jangan risau
aku tak bagitahu sesiapa pun
hahahahahaha

Bally Da Shoe said...

er...er... xdak keja aku nk melibas orang atas jamban... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...