Cara Ular sawa menyelesaikan hidangan | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Thursday, September 29, 2011

Cara Ular sawa menyelesaikan hidangan

pakcik gugel kasik pinjam

Dalam entri yang sebelum2 ni aku pernah cerita pasal ular sawa desperate masuk rumah orang. Kali ni aku nak berkongsi bagaimana ular sawa menyelesaikan hidangannya. Mungkin dengar macam sesuatu yang kelakar.. tapi aku sememangnya serius... *muka kedut2..tanda serius =P

Ular sawa ni sekali imbas nampak macam makhluk pemalas yang tau melapuk dan menyemak dalam semak. dun judge da book by its cover... sila lihat harga dulu =P Reptilia badan bercorak ni sebenarnya sangatlah pantas kalau bab2 cari mangsa.. kalau ngesot macam siput.. makan rumput la jawabnya. Okay enuff! jom tengok apa yang si sawa ni nak buat...

1st skali dia akan tunggu dan hendap mangsanya. Dia usya baik punya... tengok ada isi ke tak. Kalau dapat gred A makan besar la hari tu. Kebiasaannya ular sawa aktif memburu pada sebelah malam. "kebiasaannya"... kalau dia tak biasa tu tak tau lah... aku bukan ular.

Nak mudahkan cerita, kita ambil contoh manusia sebagai mangsa. Sepatutnya tajuk entri ni cara ular sawa makan orang... tapi tak murni pulak orang baca nanti. Back to the story... bila dah dekat dengan mangsa, dia akan terkam (sangat pantas okay...), kepalanya akan bertindak sebagai penumbuk... dia akan tumbuk tepat pada jantung. Perghh!! konfem sebak. dan selalunya mangsa akan rebah la.

Bila korang dah jatuh.. ehh... mangsa (ayat sopan), dia akan terus belit badan si mangsa. lepas tu? telan? hohoho tak semudah itu. Lepas belit.. lidahnya yang bercabang tu akan dicucuk ke lubang hidung korang. Tujuannya untuk kasik lemas... bluup...bluup... Dengan kemampuan ototnya... dia akan belit korang sampai remuk tulang temulang korang. Info tambahan: mangsa2 ular sawa mati disebabkan kesukaran bernafas dan bukannya kerana gigitan atau akibat daripada remuk tulang.

Selepas disahkan mati... ia akan telan korang bulat2. tak sempat nak siang2 dah.. mangsa ditelan bermula dari kepala.

Tujuan aku tulis nin nukan nak kasi takut atau nak gertak bagai... sekadar peringatan supaya kita lebih berhati2. Lagi 1 sebab aku tak suka ular... huhu. So, tenks kepada member aku yang koje dgn PERHILITAN sebab share info ni dgn aku hingga membolehkan aku share ngan korang. *tak payah nak korang sangat lah.. bajet macam orang baca belog hang*

Okay ada rezeki aku kongsi lagi ^^.

p/s: Ular sawa sama macam api... kecik2 boleh nak buat kawan... besaq2 jadi lauk dia lah..

+biarjasajadikenangan+

7 comments:

sUe UnniE;) said...

cara citer cam ade pngalaman. hehe..

giler seram..huhu

Bally Da Shoe said...

huhuhu... ular tu yg buat pengakuan =P Serius mmg seram~

happily Dofin said...

ular 2 wat pengakuan sendiri kat penulis yeee...nasib baik dia x telan penulis lak..klu x lagi seram cite nie..haha

Amelia Ahmad said...

yg belit2 smpai remuk 2 biase dgr,tp xsgka plk yg tmbuk tepat ke arah jntung 2..whoaaa..

Bally Da Shoe said...

Cik Dofin: hehe kalu telan...xde menulis kt sini dh la...huhu ^^,

Cik Amelia: kalu saja2 dia datang belit...konfem makan kaki... tak cukup tanah lari

imah said...

scary je nih..

Bally Da Shoe said...

cik imah, huhu mmg scary...tambah2 tgk gamba ular tu pulak... err...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...