Dunhill & Lancer | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Saturday, September 24, 2011

Dunhill & Lancer


Berlaku dialog antara sepasang suami isteri.

Isteri : Abang ni tak habis-habis merokok. Membazir abang tau tak?

Suami : Apa nak buat, susah nak berhenti.

Isteri : Abang hisap rokok ape?

Suami : Dunhill, kenape?

Isteri : Sehari berapa ringgit duit abang habiskan beli rokok?

Suami : RM20 je.

Isteri : RM20 JE abang cakap?? Itu baru sehari tau. Kalau sebulan dah RM600. Kalau setahun tak ke dah RM7200? Abang dah berapa tahun hisap rokok?

Suami : (dengan selamba) 20 tahun.

Isteri : Tengok tu, 20 tahun. Kiranya abang dah membazir sebanyak RM144,000!

Suami : Ok lah tu.

Isteri : Ok apenye. Kalau dulu abang tak mula hisap rokok, sekarang abang dah boleh pakai kereta Lancer tau.

Suami : Hmm.. (malas layan)

Kedua-dua mereka terdiam seketika.

Suami : Awak pula?

Isteri : Saya?

Suami : Yelah.

Isteri : Kenapa dengan saya?

Suami : Awak hisap rokok jugak ke?

Isteri : (Tangan di dada, mata ke atas) Tolonglah, saya tak pernah hisap rokok tau.

Suami : Habis, mana kereta Lancer awak?

+biarjasajadikenangan+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...