Cubaan Ular Sawa pecah rumah.. | Bally.Da.Shoe

Monday, September 26, 2011

Cubaan Ular Sawa pecah rumah..

**Gambar hak milik Pakcik google**

Seekor Ular Sawa seberat 70 Kilogram memecah masuk rumah di teluk Intan gagal apabila ianya disedari oleh tuan rumah. Menurut Harian Metro hari ini, Ular sawa tersebut masuk keruang tamu ketika penghuninya sedang menonton televisyen.. Serius berani ular ni.

Ular Sawa sepanjang 6 meter ni dipercayai kelaparan dan desperate dan masuk kerumah berkenaan untuk membaham kucing milik tuan rumah. Serius desperate ular ni. Kehadiran reptilia besar ni disedari tuan rumah disebabkan bunyi bising di ruang tamu. Tindakan berani dua beranak cuba menghalau dan menangkap seekor ular sawa terbabit membawa padah apabila salah seorang daripada mereka dibelit. Ini bukan pecah rumah dah...

Menyedari diri dalam keadaan bahaya, ular tersebut bertindak aggressive sebelum membelit anak tuan rumah yang berumur 21 tahun... kalau 2 tahun, komfem dah remuk tulang2 dye... er...er... dalam keadaan cemas..si ayah bertindak bijak apabila mengetuk kepala ular berkenaan menyebabkan ular itu melepaskan belitan ke atas anak lelakinya. Mereka terpaksa berhempas pulas selama dua jam untuk menewaskan ular itu.

Orang cakap bela kucing selamat kampung... rasanya tak selamat mana lah.. bayangkan kalau si ayah panic dan tak buat apa2... pasti jalan anak dia. So kalau nak berhadapan dengan reptilia besar ni.... kurang2 ada 2 orang... tolong jangan jadi hero pelis... makhluk ni Nampak ja lembab... hakikatnya tak... bayangkan otot2 dia yg kuat tu...

Hmm nanti bila2 kelapangan aku cerita cara ular sawa setelkan hidangan dia =P

p/s: berdua lebih baik ^^,

(sumber): Harian Metro

+biarjasajadikenangan+

4 comments:

naziyatul fatihah said...

erkkkkk...

ngerinya

weheh... said...

org kate, klau smpat, mse ular 2 nk belit, ltak pisau ngn mata pisau mngadap ular, lg kuat belit, lg sakit ular 2.. org kate la

Bally Da Shoe said...

huhu btol gak kan... tp mana nk cri pisau tyme tu... cara mudah gigit hujung ekor dia...ataupun patahkan... nanti dia longgar dan jatuh... still kalau sempat kan ^^, tenks 4 info bos!

Shahril Mohamad said...

Cadangan paling WIN aku pernah baca "cara mudah gigit hujung ekor ular" hahahaha... terbaek!
Jgn jual ular, hasil jualannya adalah haram di sisi Islam.
p/s: cadangan aku kepitkan ekor ular dicelah kelangkang utk grip yg kuat dan berkesan... Boleh tak bos? jgn marah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...