Ohsem!! : Vetebrata paling kecil di dunia yang pernah dicatatkan | Bally.Da.Shoe

Sunday, January 15, 2012

Ohsem!! : Vetebrata paling kecil di dunia yang pernah dicatatkan


Baru sekejap tadi belek2 pesbook sambil usya status2 orang. dah takdak keja sangat la ni... huhu tetiba dapat wall post dari member aku pasal ni... =P. Tenks Dewa.

Tahu tak ?

Vetebrata paling kecil di dunia adalah katak. Januari baru2 ni Paedophryne amauensis telah dinobatkan sebagai haiwan bertulang belakang paling kecil di dunia. Katak kerdil ni ditemui oleh seorang Herpetologist Christopher Austin yang menjalankan ekspedisi bersama pelajar PhDnya Eric Rittmeyer untuk meneroka kekayaan biodiversiti di Papua New Guinea pada Ogos 2009.

Dengan panjang 7.7mm, katak ohsem ni berjaya merebut gelaran vetebrata paling kecil yang sebelumnya disandang oleh Paedocypris progenetica [7.9mm] dari indon. Elok sangatlah... yang kecik2 semua dari Asia..hmmm.... rage!!

Apa yang menarik pasal katak ni ?

Katak kerdil yang ohsem gila ni mampu melompat 30kali dari panjang badannya. ianya sama seperti aku yang 'tinggi' ni melompat sejauh 49.8meter. Whoa!! nak jugak.. nak jugak.. tapi sayang... dah menang title "paling" tapu masih duduk dalam daun2 kering di lantai hutan. Takpe lah...esok2 dah jadi katak senang tahulah dia beli rumah. ^^,

p/s: pengumuman...aku bukan lelaki paling rendah yeay!! **sambil lompat2**

5 comments:

依之汉 said...

kalau aku terpijak katak ni... habis pupus la ia....

KaK LimAh Si SupiR said...

geli2 tgk katak ni :P

alep said...

abiang ni memang ada fetish kat katak ka?

Yuyu Salleh said...

ciom katak ni agak2 bertukar jd prince tak?.LOL :D

Bally Da Shoe said...

IWong:haha sila jangan pijak =P

Kak Limah: hehe xpe kecik x prasan

Alep: hahaha~

yueyue: mungkin... tp putera kerdil la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...