Diari usang seseorang.... | Bally.Da.Shoe

Monday, May 25, 2009

Diari usang seseorang....


Diari Usang..

Aku ada menerima surat dari seorang kawan yang mahu namanya dirahsiakan. Moral ceritanya, aku serahkan kepada semua yang membacanya untuk menilaikannya. Kisahnya begini…..

Darjah Enam
Aku ditukarkan ke sekolah baru dan mataku terpaku melihat seorang gadis yang duduk di sebelahku sambil memegang sebuah buku berwarna biru diribaannya yang kuanggap diari. Aku melihat rambutnya yang halus sehalus sutera dan kulitnya yang kuning langsat, alangkah indahnya jika dia menjadi kekasihku. Aku cuba senyum kepadanya tetapi tidak ada balasan dan dia langsung tidak memandang. Selesai kelas, dia menahan aku dan ingin meminjam nota yang tidak sempat disalinnya. Dengan pantas aku menyerahkan nota, dan dia terus berlalu setelah mengucapkan “Terima kasih” dan menyentuh tanganku. Ah! Betapa aku ingin memberitahunya yang aku ingin terus hidup bersamanya sehingga mati, bukan sekadar kawan. Aku ingin memberitahu perasaanku tetapi terlalu malu, dan paling menyakitkan, aku tidak tahu mengapa.

Tingkatan Tiga
Kami ditempatkan di sekolah yang sama dan membawa hal masing-masing. Namun kami masih berkawan baik dan saling berhubungan walaupun dia mempunyai teman lelaki. Suatu hari, telefonku berdering dan suaranya di hujung talian. Dia menangis teresak-esak menceritakan bagaimana ditinggalkan teman lelaki. Aku mengajaknya keluar dan kami menonton wayang untuk menghilangkan kesedihannya. Dia datang dengan bertemankan diari yang pastinya terpalit kekecewaan yang baru dialaminya. Di dalam wayang, dia bersandar ke bahuku dan sekali lagi perasaanku bergelora.Bagaimana hendak aku luahkan perasaan ini? Dia baru sahaja putus kasih dan aku seolah-olah ingin mengambil kesempatan. Tidak mengapa, masa masih panjang. Dia pasti akan menjadi milikku suatu hari nanti.

Tingkatan Lima
Majlis perpisahan akhir tahun, dia tidak mempunyai teman dan begitu juga aku. Kami pernah berjanji jika masing-masing tidak mempunyai pasangan, kami akan pergi bersama. Tak ubah seperti kisah My Best Friend’s Wedding. Dia datang dengan bertemankan diari birunya. Selesai majlis aku menghantarnya pulang dan di depan pintu rumahnya, dia mengucapkan terima kasih dan mencium pipiku. Ah! Betapa aku ingin terus memberitahunya yang aku ingin terus hidup bersamanya sehingga mati, bukan sekadar kawan. Aku ingin memberitahu perasaanku tetapi terlalu malu, dan paling menyakitkan, aku tidak tahu mengapa.

Hari Graduasi
Peluang terakhir untuk aku melihat dia sebelum masing-masing membawa haluan hidup. Dia kelihatan cantik sekali dengan jubah dan topi ketika ketika mengambil sijil di atas pentas. Ketika menjulang sijilnya, dia sempat menjeling kepadaku di sebalik huraian jurai rambu topinya. Senyuman dilemparkan dan aku bersumpah, itulah bakal teman hidupku suatu hari nanti. Diari birunya di tinggalkan di sebelahku. Sudah pasti kejayaannya yang gemilang akan terpatri di dalamnya sebagai satu tarikh istimewa. Ingin sekali aku menatap isi kandungan diari tersebut. Tak amanahkah aku? Sesi fotografi, aku bergambar dengannya dan ketika itu juga aku cuba meluahkan sesuatu. Ah!Betapa aku ingin memberitahunya yang aku ingin terus hidup bersamanya sehingga mati, bukan sekadar kawan. Aku ingin memberitahu perasaanku tetapi terlalu malu,dan paling menyakitkan, aku tidak tahu mengapa.

Beberapa Tahun Kemudian
Surat terakhir sebagai kawan yang aku terima darinya berbentuk kad emputan. Ya! Dia akan berkahwin dan yang pastinya dengan lelaki lain. Aku tetap hadir di hari persandingannya dan dia kelihatan seperti puteri kayangan dengan pakaian pengantin yang ditempah khas. Keanggunannya memukau setiap mata yang hadir dan aku hanya mampu tersenyum kelat ketika mata kami bertentangan. Ketika menyambut hadiah daripadaku dia mengucapkan “Terima Kasih” dan menyentuh tanganku. Cuma bezanya kali ini tanpa lagi diari birunya. Ah!Betapa aku ingin memberitahunya yang aku ingin terus hidup bersamanya sehingga mati, bukan sekadar kawan. Aku ingin memberitahu perasaanku tetapi terlalu malu,dan paling menyakitkan, aku tidak tahu mengapa. Apakan daya dia telah menjadi milik orang.

Pengkebumian
Aku menerima berita kematian pasangan pengantin baru seminggu selepas mereka pulang dari berbulan madu.Kereta yang mereka naiki dilanggar sebuah lori dan terbabas ke dalam gaung. Kedua-duanya mati ditempat kejadian dan ketika ditemui, sebuah diari biru tergenggam erat di tangannya. Di celah diari tersebut terselit sekeping nota “Jika aku tiada lagi, serahkan diari ini kepada sahabat baikku Adam.”Aku pulang dengan hati yang berat. Diari yang dibawa terasakan seperti
peti besi berharga. Kata-kata aluan diarinya berbunyi begini;
“Untuk insan yang sentiasa aku cintai tetapi tidak pernah aku miliki.” Seterusnya, “Ah! Betapa aku ingin memberitahunya yang aku ingin terus hidup bersamanya sehingga mati, bukan sekadar kawan. Aku ingin memberitahu perasaanku tetapi terlalu malu, dan paling menyakitkan, aku tidak tahu mengapa. Alangkah baiknya jika dia pun terasa begitu.”Aku terduduk dan termanggu seketika, air mata mengalir lemah di pipiku. Oh tuhan, betapa aku cintakan DIA.
Aku cinta pada mu... Aku cinta pada mu... Aku cinta pada mu...
Sedetik masa berlalu, Selangkah menuju maut.


(bally): kalaula rasa malu pkara kedua....
+biarjasajadikenangan+

9 comments:

Cnidaria said...

so...wat r u witing for..?? ;-)

Zoulhusni:My Emancipation said...

erm..kadang kala feeling utk diexpress..bukan utk disimpan dlm gedung hati...sekurang2 nye bile diexpress, hilang beban dihati...

alep said...

hahahaha.ank mmg ar bali.hahahahahahaahhahahahahahahahaahahahahahaha.jth chenta kt ketiaw sup tp bantai kwn mati.hahahahahaa

air effects said...

oh.begitukah akhirnya.sudah kusangka!lol.

Bally Da Shoe said...

kalo diexpress nanti drejeck...huhu

Bally Da Shoe said...

huhu ending mmg bgitu, xgembira...sob3...

Cnidaria said...

belom choba belom tauuu........

Bally Da Shoe said...

haha dh pnah cuba...huhu ending x best

Mellyana Sara said...

bali...saya pernah baca kisah tue...dr sebuah cerpen english... cinta itu..harus dilafazkan..berani berhadapan risiko...tidak2 hatimu lapang...jangan dipendam sebuah perasaan..beban yang ditanggung lebih berat dr sebuah piramid di atas bahumu...

[nasihat seorang sahabat]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...