Hari Lahirku... | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Tuesday, May 12, 2009

Hari Lahirku...


hehe sepatotnya dipost 5 hari lepas tp xpela



Pada 8 Mei 1989 di bulan syawal iaitu pada hari raya kedua, lahirla seorang budak "comel" yang sempurna pancaindera diberi nama Muhamad Zulfazli berbapakan Zakaria Haji Abdullah. Bayi tersebut selamat dilahirkan pada Subuh hari di sebuah Teratak Di desa Gerigis Mukim Tajar Alor Setar Kedah . Nama timangannya adalah Bali


Anak itu dipelihara dengan baik dan sempurna sehinggalah menjangkau umur 5 tahun. Bali mula masuk ke alam persekolahannya bermula di Taska Lahar Budi, Taska Abim, SRK Iskandar, Kolej Sultan Abdul Hamid, Kolej Matrikulasi Kedah hinggalah sekarang di Universiti Putra Malaysia. Banyak ilmu telahdipelajari sepanjang penghidupannya namun bak kata orang tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Ilmu didada ini masih tak seberapa. Bali mengambil jurusan Bachelor Sains Perhutanan di UPM ini bersama saudara tuanya yang juga menuntut di sana.


Dikesempatan ini, anak kecil tadi yang bernama Bali ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang tak jemu2 mendidik anak ini sehingga menjadi seperti apa yang terjadi sekarang. Semoga Allah memeliharamu dari sebarang malapetaka. Ingin sekali aku menebus segala jasamu walaupun sedikit. Diharap aku akan berkesempatan dengan izin-Nya...

2 comments:

m@hi3r4 said...

comey r gmbr mase kecik....hehe

Bally Da Shoe said...

makaseh...huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...