Jom masak2!! | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Tuesday, June 21, 2011

Jom masak2!!

Serius bosan malam ni. So aku teman mak aku masuk dapur malam ni. Sekali sekala tolong mak aku masak apa salahnya kan... huhu tak hilang kejantanan aih.. =P memandangkan ptg tadi aku ada terbaca pasal puding gula hangus so aku terasa nak buatlah malam ni... Bila dapur dah clear aku pun mengorak langkah... ala2 chef wan..hoho sebenarnya mudah jer nak buat puding caramel ni. Bahan2 yang diperlukan:

Telur 7 biji
Susu Pekat 1 tin
Gula Pasir 3 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Tepung Kastard 2 sudu besar
Air 1 cawan (lebih kurang 200ml)
Loyang (Orang kedah panggil pengat) anggaran diameter 15~20cm

Sekarang bahan dah ada. Jom kita tengok cara nak buat puding ni. Caranya mudah ja. Panaskan gula pasir dalam loyang dengan api sederhana kecil sehingga gula mencair. Apabila gula cair sepenuhnya, ratakan gula cair itu agar menutupi permukaan dasar loyang. Padamkan api apabila gula cair berwarna kuning cair. WARNING: Jangan sampai warna gula terlalu gelap atau hitam kerana ia akan menyebabkan rasa pahit.

Telur, garam, tepung kastard, susu pekat manis dan air dimasukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga sebati. Cewahh!! Adunan akan terlihat seperti float perisa vanilla yg mengasyikkan =P Bila dah sebati, tuangkan ramuan dengan menggunakan penapis ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair. (tadi cair lah, sekarang dah beku). *penapis tu guna jer penapis apa pun...penapis teh pun boleyh* Tujuan menapis adalah untuk memastikan ramuan yang betul2 sebati ja masuk dalam loyang. Ia juga bagi mengasingkan lapisan bendalir (tali pusat) yg terdapat pada telur yang boleh menimbulkan bau hanyir.

Loyang dimasukkanke dalam pengukus apabila air yang dikukus mendidih. pastikan api agak kecil dan kukuslah!... Kukus sehingga 35 - 40 minit. Apabila sudah masak, puding ditelangkup ke atas pinggan leper dan disejukkan dalam peti sejuk la... *utk memastikan puding masak atau tidak, cucuk puding dengan garfu... jika tiada puding yang melekat pada garfu, itu menunjukkan yang puding sudah masak... mak aku yang cakap =P Nah..puding siap dimakan bersama keluarga ^^,

Serius mudah...semudah 1,2,3 (^^,)y cubalah... walaupun rupa macam tak hensem jer puding aku ni...tapi rasa dia boleyh tahan la... (mak aku ckp daa...)

p/s: susu tak perlulah betul2 1 tin...kencing manis kang... huhu letak agak2 puas hati je

+biarjasajadikenangan+

12 comments:

cg4dis said...

sedap nye...:p

Bally Da Shoe said...

huhu =P cubalah...

fina said...

so sweet of u bally.. =DD

Bally Da Shoe said...

=p Haha sja2 ^^,

Nadirah Hamid said...

advance kamu,bally..salute!
sekarang ini,aku tengah belajar potong sayur,ikan dan sotong.muahahaha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

wahh, pandaii buat!!! best.

Aisyah said...

Sedapnya Bally...alang2 dah buat tuh, kirim la ckit kat KA. Kita kan sekampung...

Haha...beruntung betoi sapa dapat hg nih. Dah la rajin, pandai masak plak~

Haha~ slamat mencuba msakan laen plak.

Cityiklan said...

80% tukang masak kat hotel ternama adalah lelaki..xde apa nak dimalukan dengan memasak..anyway..thanks for the recipe..


___________
Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia

Anis izyan Abd Rahman said...

mmg tak hilang kejatanan !!
nnt tolong bini kat dapur plak eiyh~

نور افيره said...

ouh..name sbenor dy "puding caramel" ghupenyer..hehe...
cik firah bese pgil "puding gula hangus" jer..hehe
sbb gula tu kite kne bg hangos cket.. =P

Bally Da Shoe said...

Cik Nan: Huhuhu yuk sama2 belajar tu ^^,

Cik Fifiey: Xde lah pandai... huhu

Cik Aisyah: huhu jgn le puji sgt... mana ada rajin... =P malas jah ni... huhu okeh nanti cuba masakan laen plak ^^.

Cik City: huhuhu tenks, huhu tp pmpuan memang dah mengalir dalam darah korang bakat memasak tu ^^,

Cik Anis: Hehehe em kena tunggu ada bini dulu lah... huhu ^^.

Cik nurul: huhuhu sama ja nama dye... kt sini pun panggil puding gula hangus jgak... org rebrand balek kot.... gula tu mmg hangus kan =P

noname said...

aku nak buat menda nie this weekend, tak jadi siap hang....hahhha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...