Peliss Sangat: Selamatkan Naga Tasik Chini | Bally.Da.Shoe

Tuesday, August 28, 2012

Peliss Sangat: Selamatkan Naga Tasik Chini

Bila sebut pasal Tasik Chini semua pasti akan teringatkan satu kisah dongeng rakyat "Naga Tasik Chini". Ini dikaitkan dengan lagenda dimana terdapat naga yang menghuni dasar tasik ini. 

Hari ni kita sekali lagi dapat dengar cerita mengenai Tasik Chini.. Jelas sekali ianya bukan cerita pasal penemuan naga di tasik ini... Tasik Chini yang dulunya menjadi destinasi pengunjung2 dan pencinta alam semula jadi kini diambang kemusnahan gara-gara tangan kotor manusia yang galak mencukur dan menggondol kawasan hutan serta aktiviti perlombongan berdekatan tasik tersebut.

Aktiviti2 rakus ni memberikan impak yang sangat besar terhadap keadaan tasik dari segi kualiti air, kadar pembiakan hidupan akuatik sekaligus meranapkan keindahan kawasan tersebut. Bukan itu saja, lumpur2 hasil dari perlombongan voleh menyebabkan tasik menjadi cetek.

Tasik Chini - Dulu **banyak bunga teratai**

 Sekarang!! Buntut ayam lagi lawa lah..


Orang Asli Gumum yang mendiami kawasan itu sangat bimbang akan perubahan mendadak tasik semula jadi ini. Bagi mereka ini akan menjejaskan sumber ekonomi orang tempatan yang dulunya bergantung pada kehadiran pengunjung2. Hanya kekecewaan sajalah yang dapat dilahirkan kepada mereka2 yang galak melakukan penebangan hutan secara tidak terkawal semata-mata ingin mengaut keuntungan.  

 -cantikkan- 

Jadi,aku harap kita dapatlah kiranya bersama2 membantu dalam usaha menyelamatkan naga.. eh! silap... menyelamatkan tasik yang berada di kawasan hutan seluas kira-kira 5,026 hektar ini sebelum ianya berkesudahan seperti sungai klang yang "aman damai" dengan pencemaran yang makin berleluasa. *bahasa cap ayam dah ni* Jangan biar khazanah yang kita ada hari ni hilang gara2 sikap tak ambil peduli kita. Kelak apa lagi yang kita nak wariskan pada generasi akan datang... Sampah? Pencemaran? Tunggul balak? ataupun tasik yang seperti loji kumbahan? Fikirkan dalam2...



Real heroes protect the Earth!! 

+biarjasajadikenangan+

4 comments:

PemilikCahaya said...

eeeeee..mana pihak yg bertanggungjawab ni..buatla sesuatu..ni mesti kes kena suap duit haram ni tu yg semua bnda dihalalkan

Anak Cik Mat said...

Hmm.xdpt la jumpa naga lagi pasni. :'(

Bally Da Shoe said...

Eezyamin: sabaq2 haha.. Banyak pihak ambil mudah perkara ni... bila terok baru nak tangani.. tak guuna dah nanti... huhu

Sufri: Tu la, lepas ni dia p lepak dekat kolam klcc la pulak. baru depa dok kalut~

Unknown said...

Xleh nak wat ape...tengok jelah...sedeyyy :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...