Cincin paling berbisa~ 'Blue-ringed Octopus' | Bally.Da.Shoe

Sunday, February 19, 2012

Cincin paling berbisa~ 'Blue-ringed Octopus'

Boleh pandang-pandang~ Jangan pegang-pegang... bla...bla...


lawa nan bisa~

Mentang2 aku baru balik pulau teringin pulak aku nak buat entri pasal marin ni. Baru2 ni aku ada pegi Pulau Tinggi. The beach was so great!! teruja pulak aku tengok air laut yang biru2 hijau tu...Biru?? sebut psal biru ni aku nak cerita pasal cincin paling berbisa...kalah cincin emas 916. =P

Pernah dengar pasal 'Blue-ringed Octopus'. Bahasa melayu nak sebut apa ae? Sotong Cincin Biru mungkin... Setakat yang diketahui manusia, Sotong cincin biru atau 'BRO' ni saja antara sotong kurita yang boleh membawa maut kepada manusia.



Sedikit fakta disini~

Si sotong cincin biru ni tergolong dalam famili Octopodidae. Ia mempunyai 8 tangan beserta mata dan kepala yang besar. Fakta kot~ Apabila terancam, cincin2 biru pada tubuhnya akan menjadi terang ala2 gelang 'glow in the dark' dekat funfair.. Itu tanda amaran yang dia akan menyerang... Siap kasik hazard light lagi..

Dengan saiz diantara 12-20cm.. jangan tertipu!! Bisanya mampu membunuh!! dan yang paling teruk tiada penawar yang ditemui lagi setakat ni. Menurut Cephalopodpage.org, 1 miligram toksin boleh membunuh manusia. Rawatan yang diberikan hanya CPR selama 24jam... ini kerana racun akan beransur2 hilang dan disingkir dari sistem badan.

layan video kat bawah ni... mana tahu dapat sumtin ka =P..


Death never looked so beautiful !

p/s: yer... mati tak penah hensem!

+biarjasajadikeangan+

2 comments:

Hans said...

nampak cantik tapi beracun rupanya

Bally Da Shoe said...

ya bos... sangat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...