P. Ramlee... hilangmu tiada ganti | Bally.Da.Shoe

Sunday, May 29, 2011

P. Ramlee... hilangmu tiada ganti

Dimana kan ku cari ganti...serupa dengannya....






Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee, PSM, AMN, DA(P) (Sarawak) (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Che Mah Hussein.


Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola. Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Bakat beliau dalam bidang seni ini mula diasah sejak zaman sekolah lagi. Bermula dengan cerita 'Chinta' Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.


Selain itu beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)). Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee. Nama beliau turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee di tengah Bandaraya Kuala Lumpur (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982 . Tedapat juga jalan yang dinamakan Jalan P.Ramlee di Kuching.




Begitu banyak jasa dan bakti beliau kepada negara dalam bidang seni. Antara pencapaian dan anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh beliau:


1956

Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong

"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee


1957

Festival Filem Antarabangsa Berlin

Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah


Festival Filem Asia ke-4 Tokyo

"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee


1959

Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur

"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok


1962

Festival Filem Asia ke-9 Tokyo

Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok

Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail

"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.


1963

Festival Filem Asia ke-10 Tokyo

"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee


1964

Festival Filem Asia ke-11 Taipei

"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga


1965

Festival Filem Dunia Paris

"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku



Hilangnya P. Ramlee beerti hilanglah satu lagi kilauan bintang dalam industri seni tanah Air. Sempena Ulangtahun pemergian beliau, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah.. Semoga rohnya sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.


+biarjasajadikenangan+

1 comment:

surahim said...

lame x tgok blog bally..
awat dh mcm suam2 kuku skrg ni, xslalu update..hihi..keep it up!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...