Terdapat banyak jenis hantu yang diceritakan dalam Kepercayaan Melayu. Antara yang dapat aku kaji adalah:
Pontianak – Menyerupai perempuan yg memakai Jubah putih dan berambut panjang.Digelar Kuntilanak di Indonesia. Selalunya mengila pada waktu malam.Orang tua2 cakap, belakang tengkuk Pontianak ada paku dan jika dicabut akan merupa menjadik wanita cantek.



Toyol – Hantu kanak2 yang digunakan oleh pemilik [pembela hantu] untuk mencuri wang orang lain. Bertubuh kecik dan Katik.

Pelesit - Hantu dalam bentuk belalang. Digunakan oleh pengamal ilmu Hitam untuk memiliki seseorang. Orang dulu2 gunakan pelesit kalau nak dapatkan gadis or jejaka idaman diorang. Orang yang kena ganggu pelesit ni saja yg nampak sedangkan orang lain tak nampak. Mak aku cakap pelesit takut dengan lada hitam.

Hantu Air – Hantu air di sungai, tasik dan lautan. Orang tua2 cakap hantu air suka sembunyi jasad orang lemas. Itu yang ada ksesetengah tu lemas, mayat diorang tak timbul2. Tak tahu la tu betol ke tak.
Hantu Raya – Dibela untuk menjaga kampong(rumah&Kebun). Hantu Raya memiliki pandangan yang sama dengan pemiliknya. Selama ketiadaan pemilik Hantu Raya mungkin mempunyai hubungan seksual dengan isterinya dengan menyerupai pemilik. Ayah aku penah namapak sekali dekat kampong warna dye merah gelap dan mengeluarkan bau yg busuk giler.
Hantu Pocong - Jasad yang dibungkus kain kafan putih dan melompat-lompat. Ni kategori hantu femes ni. Dipercayai kalau mayat yang dikebumikan tak dibuka ikatan pocongnya(bahagian atas, bawah dan tengkuk), rohnya akan terperangkap. Ini aku baca dekat internet lawan web indon. Tapi cuba korang bayangkan…Kalau korang drive dkt jalan n jumpa perempuan selubung putih….Korang lalu tak jalan tu…mesti lalu kan sbb kita tak sure tu hantu ke tak. Tapi kalau korang jumpak pocong tepi jalan korang berenti tak? Mampus tak kan….haha sebab takde orang yg nak balut badan mcm pocong…. So pocong ni memang terkenal sbg simbolik hantu melayu.

Bunian - hantu atau jin baik yang tinggal di hutan. Suka menolong manusia. Orang tua larang kita kencing dekat busut. Atuk aku cakap, orang bunian tinggal dekat busut. Tak tau la tu…tapi aku pernah sekali kencing dekat busut…Mak aii derita giler aku lepas tu…Malu la nk crita jadik apa tp korang jgn g kencing dekat busut. Kalao nak merasa pegi la try…


Bunian - hantu atau jin baik yang tinggal di hutan. Suka menolong manusia. Orang tua larang kita kencing dekat busut. Atuk aku cakap, orang bunian tinggal dekat busut. Tak tau la tu…tapi aku pernah sekali kencing dekat busut…Mak aii derita giler aku lepas tu…Malu la nk crita jadik apa tp korang jgn g kencing dekat busut. Kalao nak merasa pegi la try…

Hantu Jepun - Perang Dunia II hantu Jepun. Mereka mengenakan pakaian tentera Perang Dunia II dan membawa pedang samurai. Kebanyakan tanpa kepala. Wah ini memang ngeri dan aku sendiri tak tau ak imagine mcm mana…Korang kalau ada cerita kongsi-kongsi la ek dgn aku…huhu sekadar nak ambek tahu sket2…hehe.
Hantu Pari- Pari - peri hantu. Hmmm ini tak tahu la…dekat intenet pon carik x jumpa…Tapi orang dekat gunung jerai ada satu kolam peri dekat air terjun... Aku penah join kem dkt gunung Jerai. Ada budak2 perempuan yg tak bersih g mandi dkt air terjun tu…Malam tu dekat 10 Orang hysteria…So kem kiteorang tpaksa dibatalkan. Malam tu mmg horror la…Nanti kalo ada masa aku ceritakan dengan detail kay…
Hantu Galah - Hantu sangat tinggi. Setinggi pohon kelapa.
Jin Tanah – Jin yang hidup di bawah tanah. Member aku cakap hantu2 semua tak jejak bumi sbb takut kena tarik dengan jin tanah…HmmmBetol ke tak aku pon x tahu…kena tanaya hantu sendiri la..haha.

Hantu Kum Kum - Hantu perempuan membawa batu nisan sebagai seorang bayi. Hmm ini aku jumpak dekat internet ruangan Wikipedia senarai hantu2 melayu… Tapi rasanya hantu neh lebihkurang Pontianak la stok merayau-rayau waktu malam sambil dukung nisan. Huhu Aku terinagat masa buat Semangat Wira dekat junior dulu. Aku rembat telekung dekat surau lpas tukendong batu panjang…Hehe bertabur bdak2 lari…hehe itu dulu skarang dah baik…




Langsuir - berasal dari perempuan yang telah bekerja penyakit (meroyan) sebagai akibat daripada penderitaan kematian anak-anak mereka dan siapa diri mereka meninggal saat melahirkan menjadi selepas 40 hari. Memiliki sebuah wajah busuk dan taring panjang, dan mempunyai keupayaan untuk terbang. Hal ini juga diyakini Kepercayaan langsuir mempunyai lubang di belakang leher (yang digunakan untuk menghisap darah)......Untuk mengelakkan wanita berubah menjadi Kepercayaan penangkalan, orang menaruh banyak manik-manik kaca dalam mulut mayat. -Dipetik dr internet
So tu la serba sikit yang dapat aku cerita dkt sini. Sebenarnya data yg aku search dgn pengalaman dan sedikit cerita2 orang tu banyak lagi kalau nak dicoretkan dekat sini tapi takut korang bosan pulak dengar aku bebel. So kalau korang nak tahu apa2 tanya je kay…
p/s: Bersedia dari dalam…. Terpulang kepada korang lah nak menilai post aku ni tapi jangan sampai membawa kepada syirik.
+biarjasajadikenangan+