Jangan tebang pokok tu!! | Bally.Da.Shoe

Rakan BlogKu

Saturday, January 12, 2013

Jangan tebang pokok tu!!

Aku terkejut bila dapat tahu isu penebangan pokok di sepnajang jalan di Pulau Pinang. Aku sangat sangat sangat kecewa dengan tindakan ni.

"GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Cap) dan Sahabat Alam Malaysia (Sam) kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memotong 44 batang pokok dan memindah 20 batang pokok untuk projek pelebaran jalan dan menaik taraf saliran di Jalan Masjid Negeri.

Projek itu didakwa akan dijalankan sepanjang 700 meter itu dari Jalan Bulatan Udini sehingga ke stesen minyak berhampiran di Jalan Masjid Negeri."


Mungkin jika aku menyokong aku dikatakan pembangkang dan jika kau tentang aku dikatakan sebagai orang barisan. Aku tak peduli semua itu... Aku orang hutan... aku belajar bagaimana untuk mengenal.. memahami... menjaga.. dan mengekalkan pokok. Jadi apa guna aku belajar semua tu kalau semua orang kalut nak tebang sana sini.

Dalam Malaysia ni tersangatlah ramai bijak pandai... ratusan bidang pelajaran yang ditawarkan... kejuruteraan... sains alam sekitar... takkan takdak seorang pun yang tahu bagaimana nak buat jalan tanpa mengganggu pokok2. Hampir di setiap Universiti menawarkan kursus kejuruteraan.. keluar saja terus jadi enginia~ mesti pandai buat jambatan kan.. kan... orang putih panggil flyover~ Kenapa nak ganggu pokok2 tu.

Negara2 luar sanggup bayar berjuta2 dollar kepada negara2 yang memiliki hutan semata2 untuk "Carbon Trading"... Tau dak karbon trading. Ahli2 politik kita mesti tau.. Depa kan bijak! Dengan kata kampungnya, negara2 besar yang tiada hutan tetapi banyak membebaskan karbon (perindustrian) akan membayar sejumlah wang kepada negara2 yang masih ada hutan untuk tujuan penjagaan hutan. Bayaran ganti rugi lah kiranya kerana menyusahkan pokok2 negara tu untuk serap karbon2 mereka. 


Apa kan daya... saat aku buat entri ni, pokok tu mungkin dah kena tebang. Dalam 80 batang pokok yang terlibat, hanya 16 yang dikekalkan. Inilah akibatnya jika manusia terlalu mencari jalan mudah. Mudah dan jimat kos.. itu sahaja yang manusia fikirkan.

Tapi, aku bersyukur sebab aada lagi orang yang masih memperjuangkan hutan2 ini. Aku tak pasti tujuan asal mereka sama untuk kepentingan politik ataupun tidak. Namun aku tetap bersyukur. Masyarakat sudah mula sedar yang dunia sudah semakin panas... banyak sepsies2 yang pupus setiap tahun disebabkan tidak dapat bertoleransi dengan cuaca bumi saat ini.


Esok lusa mungkin manusia pulak akan pupus. Sebelum semua tu terjadi, tepuk kepala dan pikir la deyyy~ Fight for what is right, not for which side you're in

+biarjasajadikenangan+

3 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

masalah politician kat negara kita ni adalah mereka tak expert dalam jawatan mereka pegang. contohnya menteri pertanian, tapi tak ada basic pasal pertanian langsung pun.

lepas tu taknak consult pada yang expert. bagi orang yang tak tahu apa2 yang uruskan, jadilah kucar kacir.

Bally Da Shoe said...

Aku setuju!! caca marba semua... yang depa tau suruh undi... kawan ni suruh undi kawan tu suruh undi... haishh~

Aena Helaena said...

ade jugak yg prihatin..alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...